Thursday 14 February 2013

Pendedahan Nazmi Faiz [Video]

Video ini aku petik dari xlupa.com yang banyak cerita panas dan info terkini...Pendedahan ini bukan pasal kepulangan Nazmi tapi pasal dirinya...Aku tak nak cakap banyak pasal ni, biar video ini berbicara dan nilaikan sendiri macam mana orangnya Nazmi Faiz...




Sumber : xlupa.com, buahmulut.com

Saturday 9 February 2013

Nazmi Faiz Bersuara ??

Entri kali ini aku tulis pasal Nazmi Faiz lagi..Sebelum ini entri aku tentang Nazmi juga..yang masih menjadi misteri dengan kepulangan dia ke Malaysia secara tiba-tiba..penuh tanda tanya dari peminat-peminat dia..(aku bukan peminat Nazmi Faiz).. Aku hanya sampaikan berita yang sepatutnya, bukan aku suka la nak menyibuk hal orang lain tapi aku juga terpanggil untuk tahu dan untuk sampaikan apa yang sepatutnya..


Sehingga hari ini kita masih belum kedengaran keterangan rasmi dari Nazmi Faiz dengan kepulangan dia secara mengejut itu..Memang dari satu sudut berdiam diri itu baik tapi bila dah berdiam diri tanpa ada keterangan dari pihaknya memang menimbulkan banyak spekulasi..

Tulis banyak tak guna jom tengok keratan bawah ni..


Samaada ini semua benar atau tidak aku tak tahu..ataupun mungkin hanya alasan semata..itu terpulang pada kau Nazmi Faiz..

Yang pasti press conference perlu diadakan untuk menutup mulut orang yang mengata sampai Kieran Hot FM mendesak Nazmi berterus terang dengan nada kecewanya, yang aku baca di xlupa.com << Tekan Sini 

Entri sebelum ni Klik SINI bagi yang belum baca..

Sunday 3 February 2013

Nazmi Faiz, Kebodohan Terserlah

Nama Nazmi Faiz sekarang ni memang hangat dipasaran..dengan cerita scandalnyaa..yang terbaru pasal perpindahan masuk ke Selangor PKNS, selepas keluar dari kelab diluar negara iaitu (SC0 Beira Mar..semuanya berlaku secara mengejutkan !

Tindakan ini memang banyak menimbulkan spekulasi yang tak senang ditelinga banyak pihak mendengarnya...Banyak juga persoalan yang belum terjawab dari tuan punya badan...

Impak dari Tragedi Nazmi Faiz memberi ketidakpercayaan banyak pihak pada pemain Malaysia.. =(

Apa Impaknya ?...

1) Seakan menutup periuk nasik pemain lain
Kenyataan ini dikeluarkan sendiri dari Ong Kim Swee, bernada kecewa bila membuat keputusan yang drastik tanpa memikirkan akibatnya..Pemain berbakat lain akan kena tempiasnya bilamana pihak luar akan meragui komitmen pemain dari Malaysia untuk dikembangkan bakat ke sayap liga lain.

2) Imej Malaysia tercalar
Seseorang yang mewakili negara secara automatik membawa nama negara ke persada dunia..Bila kejadian sebegini terjadi maka imej negara kita sedikit terjejas dalam industri sukan ini..Pihak luar akan memandang sinis pada negara kita disebabkan kejadian ini, seperti peribahasa 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'..

3) Melepaskan peluang keemasan
Peluang begini tidak sampai pada seseorang berkali-kali, cukup sekali buat kita untuk diuji kecekalan kita menghadapinya..Bermain dinegara orang tak kan sama bermain dinegara sendiri dengan pengalaman dan gaya permainan yang jauh berbeza, pengalaman berharga beginilah yang dilepaskan oleh Nazmi..

Aku tak memadai untuk buat ulasan begini..tapi inilah hakikatnya dengan apa yang terjadi..Yang kini memberi tempias pada Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam yang katanya akan dilamar untuk pasukan kelab Jepun FC Ryukyu..Bagaimanakah?..nantikannya...

Nantikan juga kenyataan dari Nazmi Faiz... =)




Nota kaki : Matang dalam berfikir adalah perlu untuk keputusan terbaik..Matang bukan pada umur tapi pada pengalaman dan didikan..