Thursday, 7 May 2015

Wordless

Assalamualaikum .. Bismillah .. Permulaan setelah hampir bertemu pengakhiran :)




7 MEI 2015 .. 12:56am

Friday, 8 August 2014

Boikot bukan hanya dibibir

Assalamualaikum .. Hangat sekarang dengan pelbagai boikot dari merata tempat untuk kebebasan rakyat Gaza, Palestine dari kekejaman Israel laknatullah .. Boikot ini sepatutnya telah lama berlangsung tetapi tahun ini adalah yang paling berjaya apabila dua syarikat besar Mac Donalds dan Coca Cola telah mengalami kerugian akibat dari boikot yang kita telah usahakan .. Syabas pada semua !

Boikot kita bukan hanya sekadar dibibir tapi biarlah bertekad dengan hati untuk menolong saudara-saudara kita di Gaza .. Janganlah ada yang di Facebook berkempen sakan boikot tapi bila melepak masih di Mac D .. Tak ada gunanya kita menjadi sebegitu rupa yang hanya menguntungkan pihak yang salah saluran sumbernya ..






Boikot juga bukan hanya pada pada Mac D dan Coca Cola tapi pada semua yang menyalurkan wang keuntungan pada Israel dan sekutunya ..

Ramai kata "ala kalau kau boikot takkan terjejaslah syarikat besar macam itu " .. Sebenarnya kita kena faham tujuan boikot diadakan .. 1. Untuk memberi tekanan bahawa tindakan menyalurkan dana pada Israel adalah salah .. 2. Sebagai tanda protes kita pada mereka yang telah menyeksa saudara-saudara kita di Gaza .. 3. Boikot kita juga sebagai usaha kecil kita pada Gaza, sedangkan nak pergi berjihad di Gaza memang belum mampu ..

Kita kena ingat yang boikot ini akan memberi impak pada mereka di Gaza dan jangan kita memandang negatif pada usaha memboikot ini .. kalau pun kita tak mampu memboikot semua barangan kita cuba untuk boikot sebahagian dari barangan bersekutukan Israel .. sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk menyumbang pada saudara-saudara kita di Gaza ..

Jangan jadi macam ni !

Banyak sebenarnya produk yang berkaitan dengan Israel dan boleh lihat kat SINI ...(tekan link ini <<)

Aku nak pesanlah dalam untuk boikot pun kita harus jaga adat-adat yang telah diajar dalam Islam dan teladan dari Baginda Nabi Muhammad SAW .. Jangan kita menjadi terlalu radical boikot sampai ada aku dengar pekerja Starbucks diludah, tak patut berlaku sebegitu rupa kerana kita Muslim telah diajar nilai-nilai murni dari teladan Baginda Nabi Muhammad SAW ..
 
Untuk akhir entri ini aku sertakan video mesti tengok kenape patut boikot Mac D !

Lihat video ini dari laman pages FB Sukan Star TV .. Boikot Mac D bukan sebab Israel semata tapi ... Video

Jika salah tegur, Jika tak tahu bertanya .. Wallahua'lam

Thursday, 7 August 2014

Come back to U

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat .. dah lama tak update blog ni so rasa macam tak best hidup kalau tak menulis .. Hari ini sempena aku cuti dah nekad nak post juga walau satu entri hari ni .. Last aku update post 3 July 2013 , dah lama boh ..huhu.. disebabkan dengan perubahan suasana hidup aku sekarang so tak dapat aku nak update ..

Aku nak cerita dan nak sambung pasal yang aku pergi Interview hari tu ,yang memang agak kelam kabut .. Untuk pengetahuan aku dapat kerja dari interview tu dan sekarang dah hampir 8 bulan aku kerja sebagai techniciam .. Alhamdulillah memang rezeki aku hari tu ..hehe.. Sebab aku dah kerja la aku payah nak update blog sebenarnya dan aku akui memang agak malas untuk update blog tapi sekarang mood tu dah datang semula .. hehe .. here i come ..






For a year hidup aku totally berubah dengan pelbagai perkara yang aku lalui dari aspek mental dan fizikal .. Biasalah kehidupan adakala diatas adakala dibawah .. So mulai hari ni aku dah nekad nak naikkan semula blog cikai aku ini ..haha..

Kehidupan kau sekarang bersekitar dengan kerja dan rumah saja, biasalah budak baru kerja memang kena kerja keras sikit kalau tak memang ketinggalan .. Benda itu biasalah walaupun kat mana pun tempat kerja, dilaut, didarat atau diudara tetap sama pada permulaan .. Kat mana aku kerja ? .. yang itu Lu pikir r Sendiri ! ..hehe..

Sampai sini dulu untuk entri ini, letih tangan lama tak menaip ..haha..

Penaja : www.jomlahshopping.com



Wednesday, 3 July 2013

Kelam Kabut Interview

Entri ini aku nak cerita pasal interview aku hari tu..Hari ahad (30 Jun 2013)..

Lokasi : Kerteh,Terengganu.
Waktu : 11.00 am.
Kelayakan : Tahan maki dan berkasut sukan.

(Info atas saja ditulis..hehe..)

Aku tulis entri ni sebab nak bagi pengajaran pada korang semua yang baca, jangan jadi macam aku..

Hari tu macam biasa la kan bangun pagi gosok gigi guna kodomo lion, lepas itu solat subuh..aku dah terbiasa kalau lepas syuruk subuh memang nak rehat sekejap, nak lelapkan mata..(jangan ikut)..lepas ini memang nak berubah..(nekad)..

1 jam lebih kemudian ada la call dari company tu..dia cakap kena datang lagi awal untuk sesi interview pukul 10.00 am..time ni la start kelam kabut...huhu..Bangun je mandi2x lagi, cari tali tie, pakai kemas2x..pahtu Resume tak print lagi..kena la print...lagipun bukan salah aku, patutnya HR kena Call aku lagi awal beritahu yang salah seorang tak dapat datang so aku la jadi ganti tempat dia tu.. :(

ayat pun dah macam kelam kabut..hehe..

Memandangkan motor aku masih syok stay kat johor...kena la aku pergi dengan My parents yang tercinta..Hari itu kereta ayah aku pecut selaju yang mungkin kalau kereta polis ada pun memang tengok saja la sebab tak sempat nak kejar..haha..laju bebenor..

Maka sampai la kat lokasi, ambik pas masuk semua..lepas pergi jumpa receptionist..dia cakap panel interview dah merajuk so kena rehat dulu..haha..(yg ni aku tambah sendiri)..kena la aku tunggu sampai pukul 11.00 am..

Bila dah nak mula interview aku pun kena la panggil " are you ready? "..Puan A cakap kat aku...Aku dengan selambanya cakap "yup, saya dah ready"..opppsss sebelum itu..Puan A tegur aku ready apa kalau rambut panjang ni, kasut bukan kasut pejabat...???..kan dah kena atas muka..hehe..

Kasut ini la aku pakai wat pergi Interview..hehe..

 Aku macam biasa memang selamba je la..Mujur la aku dimaafkan..sebab memang tak sempat nak potong rambut, nak cari kasut lain apa semua..kena la aku beleber .. tp rambut aku sebenarnya tak la panjang sangat kot...HAHA .. Padam muka !
lepas itu time interview pun aku jawab apa yang tahu dan buat yang terbaik la.,dekat sejam lebih juga aku dalam bilik itu kena interview..akhirnya..(sambung lagi lepas ini)

The moral of the story :
-Get well prepare kalau nak pergi interview apa-apa pun..
-Please pakai kemas untuk interview, kalau rambut panjang kena potong !
-Make sure pakai kasut yang betul bukan kasut sukan..ok !
-Bangun awal tiap-tiap hari, bukan untuk hari interview saja !
-Study apa-apa yang berkaitan bidang kerja yang kita mintak..
-Yakin dan bercakap jelas dalam interview..

sampai sini dulu kisah aku...Tawakkal pada Allah dengan apa yang telah terjadi dan akan terjadi...



Saturday, 22 June 2013

Dah lama tak update blog...Malas...

Assalamualaikum...Selamat pagi semua..dah berkurun lama aku tak update blog ni kan..kesian peminat-peminat aku tertunggu..hehe..(perasan glamor)..aku sekarang dah hilang semangat nak tulis blog, idea tu banyak tapi dah bercampur malas apa semua memang tak jadi la kan..berangan nak berjaya macam yuyu zulaikha, Benashaari...tapi malas..macam mana tu?..hehe..

Bila dah lama tinggalkan blog aku yang picisan ini..tak dinafikan memang malas sangat nak update,dengan busy kerja lagi..Sekarang pun paksa diri untuk tulis juga sampai habis pagi yang hening ini..kata nak jadi macam yuyu dan abg ben kan?..So kena rajin la yee..aku memang respect dengan dieorang...Tabik !

Pic Terbaru..hehe..
Aku pun tengah fikir nak naik taraf blog ini...Nak background baru, cover baru, kalau boleh semua baru la..Walaupun aku belum dapat pape income dari Nuffnang..tapi maybe datang dari aku juga kan?..tak apa aku tak kan senang-senang nak 'give up'..Lagipun aku sekarang lebih kepada nak memberi daripada menerima..itu lebih baik kan?..Tak kisah la pasal income ke apa asalkan dapat sampaikan sesuatu yang lebih baik dari itu..

Maka bermula perjalanan baru..semangat baru..InShaaAllah doakan aku supaya istiqamah dengan segala yang baik.. =) sesiapa yang boleh bantu aku untuk cari tema dan background yang baru tu,jangan malu-malu yeee..komen-komen je...hantar email ke >>> successsokmo@gmail.com