Sunday, 25 December 2011

Rezeki:Mat Zan Mat Aris(Coach Bolasepak Terengganu) Belanja Makan

(22/12/2011) - Pada tarikh ni la jumpa dengan Coach Mat Zan...Tapi baru hari ni rasa nak update kat blog..hehe..Selepas saja aku n Family Berjalan-jalan melenguhkan kaki di karnival Hijrah...pergi tengok Ustaz Don yang memang sempoi tu...sempat juga snap 2 gambar dia dari jauh...sbb dah ramai orang keliling dia, dan juga sbb dah nak masuk Maghrib So kena la jumpa gitu je...



Berbalik pada tajuk...Lepas pergi Shahbandar, perut mula telah memulakan kerja utk proses makan... so singgah la di kedai makan dekat Shahbandar tu juga...Tak sangka memang menjadi rezeki sekeluarga malam itu dapat jumpa Coach Mat Zan yang baru balik dari latihan...Sempat la bergambar dengan dia sepukul dua..hehe..Bukan apa berani pergi tegur tu sebab ada waris yang kena mengena dengan mak aku la...memang kenal sangat la kan, lagipun waris mak aku ni memang kerja dengan Team Bolasepak Terengganu dah lama r...

Time Tengah makan tu...ada orang tengah tanya makan apa,pastu siap kira-kira lagi dengan calculator casio..hehe...Time tu tak perasan apa2 lagi...

...pastu yg Tukang Kira-kira tu cakap "orang sana dah bayar yeee"...sambil tunjuk tangan kat meja Coach Mat Zan...

Time tu memang rasa Happy la kami sekeluarga...Alhamdulillah dah rezeki kami...Amin...memang menjadi kenangan juga untuk tahun 2011 ni...

Nak Ucap la Thanks sangat pada yg Coach...Dia juga memang sporting la n ramah juga sempat bersembang dengan parents aku...hehe...




P/s:moga Coach dapat memberi kemengan yang banyak pada Team Bolasepak Ganu untuk musim 2012...

Wednesday, 21 December 2011

Changing faces with a smile - Operation Smile

Watch this video and make it something to help them...They deserve to live happily too...:)

H ave
E nhance
L ittle
P ortion

Tuesday, 20 December 2011

Sembang Tin kosong:Entri mudah popular

Aku perhatikan antara entri2 aku yang paling dapat sambutan adalah entri Memang betul2 anak pontianak...Why?...sebab dia adalah artis yang paling kontroversi...

Memang rata-rata mentaliti Malaysians agaknya, suka dengar gosip2...cerita2 panas ke apa...fuhhh !!!...bukan nak kutuk sendiri punya 'Citizen' tapi nampaknya memang budaya Hedonisme sekarang semakin memuncak dengan kepelbagaian hiburan mata dan telinga yang mengasyikkan jiwa...

Sampai bila ?...itu semua atas tanggungjawab kita sendiri...Hidup kita pada dunia ini bukan semata-mata hiburan tapi adalah mencari dan menggali sebanyak mungkin Ilmu yang bermanfaat untuk sekeliling kita...Seimbangkan sebaik mungkin antara ilmu dunia dan ilmu akhirat agar kita tak mudah terpesong dari landasan sebenar kita sebagai Khalifah dimuka bumi... :)

Ambil apa yang baik dari barat...seperti kesungguhan mereka dalam kajian2 sains...buangkan pula apa yang buruk dari Barat...dengan budaya hedonisme yang melampau...So kalau nak popular biar kita dikenali kerana ilmu yang ada bukannya cerita picisan gosip yang panas...Berhibur boleh tapi biar ada batasnya...sekian...

Buat diri dan semua...:)...keep on chasing the Knowledge...

Sunday, 18 December 2011

What I Learned from My First Interview

English Education - Betul apa yang dikatakan Usop Wilcha...hehe...memang penting kuasai English sebagai kelebihan kita untuk berkomunikasi semasa interview kerja atau interview nk masuk institusi pengajian...kelebihan untuk lebih diberi peluang yang luas untuk kerja...lagi bagus kalau kuasai bahasa ketiga macam Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin...

Knowledge is the best way to speak for you - Bila saja kita ada Knowledge(ilmu)...memang mudah untuk kita goreng apa saja yang ditanyakan semasa interview...Jawapan Spontan yang bernas akan keluar dengan bersahaja kalau kita penuh ilmu didada...

Get to Know little information about the company you apply - Memang perlu untuk kita tahu serba sedikit dengan company yang kita apply...Untuk kita menampakkan minat yang lebih untuk berkhidmat dengan syarikat tersebut...Sama Macam seorang Boxer yang perlu tahu kelebihan lawannya untuk tahu kelebihan dan kekurangan sebelum bertarung digelanggang...

First Impression is important - Penting untuk kita dilihat menarik pada pandangan pertama macam juga macam nak keluar 'first date' dengan awekz..hehe..Semestinya kena berpakaian kemas dengan gaya,mutu dan keunggulan...Supaya tampak berkeyakinan untuk diambil kerja...

Be calm when in interview session - Kalau hati tenang , otak pun berfungsi dengan relevan...So penting untuk kita 'cool' je semasa interview...Baru soalan ditanya lembu, dijawab lembu ...bukan ditanya lembu tapi dijawab ayam..hehe..(kata2 Ustaz aku masa kat U)...

Aku n my buddy tunggu turn..hehe..
Yang last sekali kena la kita berserah dan tawakkal pada Allah swt, berdoa la supaya diberikan apa yang kita hajati...Insyallah...

p/s: 9jam tunggu interview semalam...memang letih tapi berbaloi dapat rasa experience ni...

Tuesday, 13 December 2011

Blogger raih 1juta !!! Fuyooo

Atas ini la petikan dari Berita Minggu(11/12/2011)...tajuk utamanya 'Blogger Untung 1juta'...Fuyooo...aku memang excited saja bila baca berita ini...Jangan sangka ber'blogger' tak boleh jadi kaya...kalau kena cara dan cerita yang disampaikan memang boleh kasi untung wa cakap lu..huhu...

Kebiasaannya Blog yang ada cerita-cerita panas dan gosip-gosip Artis la yang Hot dipasaran...memang tak dinafikan orang kita suka dengar cerita-cerita gosip...Tapi tak semua la kan yang macam itu...

Menjadi kebiasaan juga Blogger Wanita lebih cepat naik...tak kurang juga Blogger Lelaki ada juga yang glamour...dari pengamatan aku sebagai yang suka baca blog...tak kira la blogger tu lelaki ke wanita,yang penting cerita menarik dan bila baca tu boleh 'Happy' je rasa hati...dan yang penting juga ada pengisian ilmu...

Blogger wanita yang berjaya memikat hati aku sekarang ni ialah Yuyu Zulaikha
=aku dah macam jatuh cinta dengan dia..hehe..(tulisan dia la)...Best !!!

Blogger lelaki yang berjaya meragut hatiku pula ialah BEN ASHAARI
=tulisan dia memang ikhlas dan tulus...cara penyampai tulisan berlainan...Best !!!

Jom la kita pakat ber blog lake...Tapi Ingat !!! kalau jadi blogger kena hati ikhlas Der... =D

Kalaulah Hidup Macam Dalam Drama...Scha jangan Marah yeee

Tahukan drama macam mana...semuanya nampak macam mudah saja untuk dijalani...huhu...Dapat la idea masa tonton cerita 'Kelas Kau Maria' tadi...kantoi layan cerita ni...hahax...


Ada la aku rasa macam tak logik saja cerita ni(my opinion)....kisahnya,Maria yang tiba-tiba hilang selepas mengajuk membawa diri ke Tokyo,Jepun...Bila saja Family tahu,dia dah ada bekerja disebuah Restoran Sushi...Mudahkan kalau Hidup macam dalam drama..Tak payah nak minta permit kerja ke pape...Terus saja dapat kerja sana...Macam dah tahu2 saja selok belok di negeri orang...

Bukan aku nak kondem cerita-cerita Melayu yeee...Aku nak kita semua berfikir sejenak, Hidup kita sebenar bukan seperti Drama yang semua telah di'shoot' untuk tayangan sejam atau beberapa jam...kalau dalam drama,mengajuk boleh lari luar negara...macam jepun,indonesia,korea selatan ke...Aku pun nak...hehe...Tapi bukan senang la , lain la kalau ada duit beribu riban... =D

The moral of the story...: don't be too obsess with your drama...but be excellent in the real drama of our life...Keep working hard and achieve your Dream...Adios... =D
Drama Drama Drama

Thursday, 8 December 2011

Hoarders...Anda Tahu???

Tahu tak yang Hoarders adalah sejenis penyakit...Mungkin di negara kita Malaysia kurang yang kita dengar tentang penyakit ini...Tapi kalau di negara maju seperti Amerika Syarikat, ramai yang sedang mengalami penyakit psikologi ini...Sebuah rancangan tv realiti telah disiarkan di channel 731(biography channel) untuk mendekati in person seseorang yang mengalami penyakit ini dan diberitahu cara untuk mengatasi masalah ini...

Maksud Hoarders...dipetik dari web ini

Simplified Hoarding is about the fear of throwing something away that you might need someday, of not being able to remember it perfectly or that if thrown away it will cause a problem or that something bad may happen.


 Tahap penyakit ini di negara kita adalah sangat rendah tapi 'mencegah adalah lebih baik dari untuk mengubati ia di kemudian hari'...Kita biasa sayang untuk buang sesuatu barang yang telah rosak kan?...mungkin kerana nilai sentimental dari insan istimewa tapi disimpan barang yang tiada guna adalah antara ciri-ciri awal penyakit ini...juga menjadi kebiasaan kita lihat dalam peti sejuk rumah kita yang penuh dengan barang-barang yang sudah tarikh luput tapi masih disimpan rapi dalam peti sejuk...ini adalah permulaan pada sesuatu yang lebih serius...So bersih selalu ruangan rumah kita... =)

tapi jangan silap faham, ada lagi kriteria lain yang membuat kita terjebak dengan penyakit ini...antaranya:

1.Kebolehan membuat keputusan...
2.Pengurusan barang-barang kita
3.Tanggungjawab pada barang
4.Kawalan/kesempurnaan untuk diri
5.Takut untuk melupakan sesuatu barang
6.Merelakan kehilangan sesuatu barang
7.Nilai sentimental

Kes yang pernah berlaku...

Pernah ada di USA seorang lelaki tua yang tinggal dengan hampir@lebih 2000 ekor tikus di dalam rumah sendiri dan dengan keadaan rumah yang sangat teruk untuk didiami oleh manusia...bayangkan hidup bersama tikus???

Ada banyak lagi kes yang berlaku di USA ,boleh tonton sendiri di channel 731...ada yang tinggal bersama kucing dan najis-najis kucing sekali yang berselerakkan...Ada yang suka menyimpan barang-barang makanan yang banyak walaupun dah masuk tarikh luput...Ada yang berlebihan menyimpan barang-barang yang antik sehingga penuh ruang segenap rumah....Ada yang obses ber'shopping' sampai penuh barang dapur di rumah dan cerok2 isi rumah...dan macam-macam lagi...

Isu utama bagi Hoarders adalah KEBERSIHAN...yang dapat menjejaskan diri kita apabila ia terlalu kotor untuk didiami manusia...Apabila manusia membuat sesuatu secara berlebihan dalam sesuatu, ia akan saja memakan diri dan menyusahkan diri sendiri...sebab itu ISLAM menegaskan hidup sederhana dan KEBERSIHAN adalah sebahagian dari iman seorang muslim...


Sekian...sekadar berkongsi ilmu... =)

Wednesday, 7 December 2011

Bersunat Sakit Ke???

Aku kalau ikut tercatat dalam kamus hidup telah disunatkan time aku darjah 5(tahun 2000)...memang dah agak lama la kan...Yang paling best aku bersunat beramai-ramai...Macam-macam la ada acara kan...

Start dgn perarakan sampai lah time nk disunatkan@berkhatan@ masuk jawi...hehe...Tapi kalau ramai2 ni memang best r,boleh jadi memori yg indah untuk diceritakan pada anak2 nanti..hahax...Lagipun boleh r juga mengeratkan hubungan kita sesama muslim...tapi sekarang kat tempat aku ni dah tak ada acara macam ni lagi...So quite dissappointed r...:(

Inilah satu2 gambar yang aku ada...ni pun aku scan masuk dalam laptop...untuk simpanan yang selamat...:D

Gambar time sunat(yg dlm bulatan tu)
Lupa nak cerita...Sakit ke?...Ala tak sakit pun...rasa macam kita kena luka pisau ke pape la...tapi depend on that person r... time habis ubat bius la kena tahan sikit...Lelaki kan gagah...boleh punya...hehe..Pada Adik2 yang belum sunat dan akan bersunat...be well yee...jangan takut2 la..hihi..

Aku harap ada la lagi majlis bersunat beramai-ramai kat komuniti aku...baru best !!!


Friday, 2 December 2011

Ducati Desmosedici RR




Jom baca2...hot !!! ...nk post pasal superbikes..my fav...hehe...kali ni pasal Ducati Desmosedici RR superbikes yang memang limited edition oleh syarikat superbikes tersohor dari Itali...Mmg HOtt !!!..

Moto ni hanya dikeluar sebanyak 1500 diatas jalan raya yang sah...moto ini adalah diadaptasi dari Desmosedici MotoGP racebike...moto ini telah dilancarkan pada 2006 di italian MotoGP event...dan 500 unit lagi di United States yg habis dijual hanya dalam 5 jam !!!...Moto ini dapat dikeluarkan sebuah untuk sehari dengan kos USD72,500(kira-kira Rm253,750)...mmg semestinya buatan tangan !!!..Fuh,mmg puashati r kalau dapat sebuah ni...hehe..






Memang mengancam jiwa aku r...huhu...Layan yee...komen2 a yeee


Sedikit info lagi...


Manufacturer Ducati Motor Holding S.p.A
Production 2007–2008
Engine 989 cc desmodromic V4
Power 147.1 kW (197.3 hp) @ 13800rpm (claimed)[1]
Torque 11.8 kg·m (116 N·m; 85 ft·lbf) @ 10500rpm (claimed)[1]
Wheelbase 1,430 mm (56 in)
Seat height 830 mm (33 in)
Weight 171 kg (377.0 lb) (dry)
Fuel capacity 15 l (4.0 US gal)                                

Wednesday, 30 November 2011

Cinta Kura-kura

Filem melayu terbaru yg bergenre romatik komedi dari KRU studios...CINTA KURA-KURA...dengan menampilkan Zizan Raja Lawak sebagai suara KURA-KURA tu...mmg dijangka tak kering gigi bila menonton...turut berlakon filem ini adalah Aeril Zafrel,Tiz zaqyah,Usop Wilcha dan ramai lagi...Filem ini adalah hasil arahan Nizam Zakaria...

Layan je trailer bawah ini,lagi tahu pasal filem ini...


Tapi Aku tak tahu bila pula tarikh tayangannya...hehe...dalam masa terdekat kot...Coming soon !!!
Sape2 yg tahu bila tayangan bagitahu aku yeee...

Sunday, 27 November 2011

Aprilia RSV4 Remy Ishak Tepi Aku

Aku jumpa Remy Ishak ke???..hahax..Mmg tak r kan...Sebenarnya jenis Superbikes je sama dgn Remy Ishak...oin oin oin...masa round2 bandar tadi r, ada r superbikes Stop tepi kereta ayah aku masa tunggu Trafic light hijau ,yg tak tahan tu kaca mata hitam dia sama jenis dgn aku r..Jenis Ferrari...hehe...tapi aku punya yg latest model la...(xnk kalah)...hahax....

abg superbikes tu tgk aku lain macam je...maybe dia tgk aku macam tak mampu kot...Nevermind...
...berbalik pada APRILIA RSV4...setahu aku la kan Remy Ishak ada superbikes ni la...aku mmg minat la kalau superbikes ni...Remy Ishak pun aku minat,abg ketul2,hero malaya....


ni gambar superbikes Aprilia RSV4 bagi sesape yg tak kenal...

Side look

Chasis


Engine

Front look with carbon fiber






Tremendous !!! Harap2 dpt miliki..hehe...

Wednesday, 23 November 2011

Best la kalau aku yg dapat RM30,000

Bestkan kalau dapat RM30,000 ... ni lah ganjaran dari presiden FAM(Sultan Ahmad Shah) kepada Harimau muda...aku harap selepas dapat ganjaran yg lumayan ni...pemain2 menjadi lebih fokus dan semangat dengan perlawanan2 yg akan datang...yg paling dekat perlawanan malam ni yg menentang SYRIA untuk kelayakan Olimpik 2012...

Cerita lain...

Aku ada la juga cita2 time sekolah dulu untuk main bola kebangsaan kan tapi dulu tak la selumayan sekarang ni...hehe...time sekolah dulu biasanya cikgu2 ambik kroni2 je untuk main bola wakil sekolah dan sampai sekarang pun ada lagi yg macam tu...so yg lebih berbakat akan terpendam macam tu je...sampai bila ini akan terjadi???...aku rasa bukan pada peringkat sekolah saja hal ini terjadi mungkin juga pada universiti dan negara...mana tak nya?..kalau dah akar rosak,batang dan daun pun turut sama rosak kan...

Bila bolasepak dipolitik kan dan dipimpin oleh mereka yang tak kena mengena langsung dengan sukan,sampai bila2 pun bolasepak kita tak akan kemana...Nk masuk World Cup??...masih jauh perjalanan kalau pihak atasan masih ditakuk lama...FAM sendiri tak boleh langsung dikritik walaupun kritikan itu ternyata betul...Yang dapat hanya surat CINTa dari mereka..huhu...

fikir2kan yeee...aku mengkritik tak bermakna aku baik dan bagus tapi demi kebaikan...

kemenangan kita !!!





Layan Isteri dah macam Binatang


Orang kahwin..dia pun nk kahwin tapi tak pandai jaga bini...ape Kes ??...ini la berita utama akhbar metro hari ni...PUTAR ISTERI...terjadi di KL...

Mmg kejam tindakan suaminya bilamana si isteri diseterika dimuka,dipukul dan yg paling tragis bila digantung di kipas siling...dan lagi...di ON pula kipas tu...tak ke berputar bini die tu !!! ...mmg kejam sgt la bini yg sepatutnya dibahagiakan hari-harinya diperlakukan begini...ish3...bawak2 la mengucap yeee...

aku terfikir sejenak...jenis pemikiran apa yg sampai sanggup buat mcm ni pada bini sendiri  !!!...pada kebiasaannya dari yg aku tahu manusia begini mengalami Sakit MEntal yg mugkin trauma dari zaman kanak2...ataupun Halusinasi dalam diri sendiri

jgn pandang enteng pada kanak2 yg sanggup menyembelih atau berniat begitu terhadap haiwan contohnya KUCING...pada sudut Psikologi..., kanak2 itu tak mustahil boleh menjadi pesakit mental pada dewasanya...sebab jgn tak tahu kanak2 juga boleh stress dan mengalami kemurungan so pandai2 la ye kalau sesuatu mencurigakan berlaku pada anak,adik atau sesiapa saja yg anda sayangi...berjumpa la pada mereka yg pakar...agar dapat dikesan pada peringkat awal yg mana yg lebih mudah dirawat...

kalau sakit jumpa doktor...kereta rosak jumpa mekanik..kalau lapar,makan jawabnya...

sorry kalau ada salah...hehe..tolong tegur sy kalau salah...


Tuesday, 22 November 2011

Musim Tengkujuh dah mai...


 Bangun2 pagi je hujan yg sangat lebat turun, memang malas nk bangun...hehe...Hari ni tak nampak Matahari pun...Tak hujan,mendung...kalau tak mendung,hujan la...tu la maknanya dah mai musim tengkujuh ataupun musim hujan(NOV-MAC)...kehidupan harian kita pun berubah mengikut musim...mujur ada dua musim jek kat negara kita ni...Panas Dan Hujan...

Telah Allah jadikan Musim2 ni ada sebab musababnya,kita sebagai hamba yg hina kena patuh dan hanya sujud pada-Nya tak kira musim...ingat !!! ...

bestnya musim hujan ni kalau time kecik dulu,mesti r main2 hujan kan...wat kapal kertas tu(main dlm longkang)...main bola dalam hujan(favourite)...hehe...main je la kerjanya time kecik..hehe..


Tetibe teringat kenangan zaman kecik dulu...hikhikhik...




sampai sini dulu nak gi main hujan kat luar...hahax...adios...see ya !!!...keep on blogging kwn2...

Malaysia' absolute Champion

Malaysia fighting !!! nampaknya telah tersurat kemenangan kita buat sukan sea ke 26...kemenangan yg paling bermakna bilamana berjaya mempertahankan kejuaraan untuk 'ibu segala emas' !!!

Tak kira la mana arena sekali pun kita tgk,mmg pasti kemenangan milik kita...hahax...perlawanan mmg cukup hebat,mendebarkan,sengit,senget ke ...ade belaka...hahax...tak dinafikan referee semalam agak BIAS la dgn sebilangan pelakon sinetron yg mantop yg kadang2 sakit hati juga tgk...huhu...

Malaysia menang(4-3)sepakan penalti apabila terikat seri(1-1) sepanjang 120minit permainan...



Hero Malaysia
Tahniah Malaysia ! Tahniah Indonesia ! kerana memberikan perlawanan yg hebat semalam...
Kalah dan menang adalah adat pertandingan...terimalah seadanya...

pasca perlawanan...

Saturday, 19 November 2011

Saksikan nanti siaran langsung Bolasepak peringkat separuh akhir pertama sukan sea ke-26 nanti pukul 5.00 ptg ini...

Mampukah Malaysia mengalahkan Myanmar???...Insyallah pastinya mampu..hehe..(sendiri tanya sendiri jawab)...walaupun tanpa kelibat Coach kita di Padang...
  
Saksikan live di Tv2,Tv3 dan Astro Arena...

   
Bendera Mana yg Bakal Megah ptg ni???...teruskan sokongan Malaysia...Malaysia Boleh!!!                                                                     

Friday, 18 November 2011

Zenvo St1 limited edition

Supercar ini hanya ada 15 butir je dalam dunia ni...dengan harga USD1.8 juta ia menjadi rebutan buat si kaya lebihan duit untuk menambah koleksi kereta mereka...

Gambar-gambar dicedok dari Mr.google...






mengancamkan ???

Pesta SPM


Gila la budak2 sekarang eik...SPM tak habis lagi tapi dah berpesta sakan dikelab...Ape kes???...cari jawapan ke dalam kelab tu untuk next paper SPM !!! ...ish3x..memang runtuh la moral sebahagian pelajar2 kita sekarang ni...nk berkat macam mana la belajar kalau terkinja-kinja di kelab malam2 hari...

aku geleng2 kepala juga bila tgk berita Tv9 tadi...ish3...seramai 30orang ditangkap di dalam kelab ketika asyik melayang nafsu berpesta di salah sebuah kelab di ibu negara...

Gambar hiasan