Saturday, 9 February 2013

Nazmi Faiz Bersuara ??

Entri kali ini aku tulis pasal Nazmi Faiz lagi..Sebelum ini entri aku tentang Nazmi juga..yang masih menjadi misteri dengan kepulangan dia ke Malaysia secara tiba-tiba..penuh tanda tanya dari peminat-peminat dia..(aku bukan peminat Nazmi Faiz).. Aku hanya sampaikan berita yang sepatutnya, bukan aku suka la nak menyibuk hal orang lain tapi aku juga terpanggil untuk tahu dan untuk sampaikan apa yang sepatutnya..


Sehingga hari ini kita masih belum kedengaran keterangan rasmi dari Nazmi Faiz dengan kepulangan dia secara mengejut itu..Memang dari satu sudut berdiam diri itu baik tapi bila dah berdiam diri tanpa ada keterangan dari pihaknya memang menimbulkan banyak spekulasi..

Tulis banyak tak guna jom tengok keratan bawah ni..


Samaada ini semua benar atau tidak aku tak tahu..ataupun mungkin hanya alasan semata..itu terpulang pada kau Nazmi Faiz..

Yang pasti press conference perlu diadakan untuk menutup mulut orang yang mengata sampai Kieran Hot FM mendesak Nazmi berterus terang dengan nada kecewanya, yang aku baca di xlupa.com << Tekan Sini 

Entri sebelum ni Klik SINI bagi yang belum baca..

Sunday, 3 February 2013

Nazmi Faiz, Kebodohan Terserlah

Nama Nazmi Faiz sekarang ni memang hangat dipasaran..dengan cerita scandalnyaa..yang terbaru pasal perpindahan masuk ke Selangor PKNS, selepas keluar dari kelab diluar negara iaitu (SC0 Beira Mar..semuanya berlaku secara mengejutkan !

Tindakan ini memang banyak menimbulkan spekulasi yang tak senang ditelinga banyak pihak mendengarnya...Banyak juga persoalan yang belum terjawab dari tuan punya badan...

Impak dari Tragedi Nazmi Faiz memberi ketidakpercayaan banyak pihak pada pemain Malaysia.. =(

Apa Impaknya ?...

1) Seakan menutup periuk nasik pemain lain
Kenyataan ini dikeluarkan sendiri dari Ong Kim Swee, bernada kecewa bila membuat keputusan yang drastik tanpa memikirkan akibatnya..Pemain berbakat lain akan kena tempiasnya bilamana pihak luar akan meragui komitmen pemain dari Malaysia untuk dikembangkan bakat ke sayap liga lain.

2) Imej Malaysia tercalar
Seseorang yang mewakili negara secara automatik membawa nama negara ke persada dunia..Bila kejadian sebegini terjadi maka imej negara kita sedikit terjejas dalam industri sukan ini..Pihak luar akan memandang sinis pada negara kita disebabkan kejadian ini, seperti peribahasa 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'..

3) Melepaskan peluang keemasan
Peluang begini tidak sampai pada seseorang berkali-kali, cukup sekali buat kita untuk diuji kecekalan kita menghadapinya..Bermain dinegara orang tak kan sama bermain dinegara sendiri dengan pengalaman dan gaya permainan yang jauh berbeza, pengalaman berharga beginilah yang dilepaskan oleh Nazmi..

Aku tak memadai untuk buat ulasan begini..tapi inilah hakikatnya dengan apa yang terjadi..Yang kini memberi tempias pada Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam yang katanya akan dilamar untuk pasukan kelab Jepun FC Ryukyu..Bagaimanakah?..nantikannya...

Nantikan juga kenyataan dari Nazmi Faiz... =)




Nota kaki : Matang dalam berfikir adalah perlu untuk keputusan terbaik..Matang bukan pada umur tapi pada pengalaman dan didikan..

Tuesday, 15 January 2013

BL1M : Bantuan Lesen 1 Malaysia

Latest dari kerajaan kita, tawaran baik bagi sesiapa yang nak ambik lesen moto b2 dengan harga yang sangat murah iaitu Rm199...Murahkan?...kalau harga biasa Rm350 - Rm590, memang jimat habislah..kenapalah time aku dulu tak ada semua ni?...

So pada sesiapa yang nak ambik lesen moto b2 ni, molek la mohon sekarang , especially pada remaja2 kita ni...pemohonan boleh dibuat untuk sesiapa yang usianya 17-40 tahun...Ingat !!! tawaran ini dibuka dalam 2minggu je bermula tarikh semalam (14/01/2013)...

Macam mana nak mohon?...klik link ni...atau pun boleh dapatkan borang di pejabat parti komponen pemuda BN yang berhampiran anda...

www.blim.my @ www.myeg.com.my

Gambar hiasan
www.blim.my @ www.myeg.com.my

 ...kan bagus kalau buat murah juga untuk ambik lesen class D (kereta)...kat tempat aku mahal sangat la...

Friday, 11 January 2013

Rebat Handphone Rm200

Pagi-pagi buta ni aku nak update suatu yang agak hot sekarang ni...yang kini dibuka untuk permohonan...apakah?..

tak yah nak suspen sangat...sebenarnya pasal rebat handphone yg kerajaan kita bagi untuk anak-anak muda..

straight to the point....

syarat-syarat permohonan :-
# umur 21 tahun hingga 30 tahun
#pendapatan Rm3000 ke bawah
#Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (aku tak tahu model ape)

Cara nak daftar mudah je klik kat SINI


mohon la yee pada sape2 yang layak..aku pom haruslah mohon...Sayoonara

Thursday, 10 January 2013

10 hari berlalu tahun 2013

First of all, aku nak mintak maaf sebab memang dah lama sangat aku tak update blog burok aku ni...bukan tak nak update tapi masa memang betul2x cemburu dengan aku...lupakan yang lama sekarang dah masuk tahun 2013 dah 10 hari pom kan..So apa macam ?.. ada perubahan pada diri ke?...soalan klise kan..hehe..

Azam aku tiap-tiap tahun dan tiap-taip hari hidupa aku semestinya nak buat perubahan dalam diri kepada yang lebih baik..fizikal dan mental..aku nak cari kerja yang lebih baik, aku nak belajar sebanyak mungkin ilmu untuk tahun 2013, aku nak capaikan impian aku..macam-macam la lagi..

  
Gambar Aku yg latest, masa makan kat kedai Hai-O
Tahun 2013 juga menjanjikan cabaran yang lebih getir dalam hidup manusia, denga segala hal yang mungkin berlaku diluar jangkaan otak waras kita...maklumlah manusia sekarang ini tak boleh nak jangka bagaimanakah?dimanakah?bilakah?...So kita kena ready menghadapi segalanya dengan hati terbuka..insyallah..(dah macam pakar motivasi pulak).haha..

Tahun 2013 juga paling tunggu nak pi mengundi untuk Pilihan Raya Umum 13 (PRU13)..al maklum la first time dalam hidup nak kome nak undi pilih kerajaan..huhu..tak sabar wei ! dengar kata dalam bulan mac kot..pastikan pilih yang terbaik, kuasa ditangan anda ! ..hihu.. =)

setakat ini dulu buat entri ini, kalau ada pape komen je tak pom email je aku successsokmo@gmail.com ...sayoonara..