Wednesday, 5 June 2013

Jom Buat Duit Dengan Assign Jobs






Apa itu?...Meh nak cerita, Assign Jobs ini merupakan web bagi blogger menjana pendapatan tambahan...

Apa tunggu lagi kan ?.. Daftarlah sekarang kat SINI

Daftar FREE saja, apa yang bestnya...bila dah daftar dengan AssignJobs ni, terus dapat $ 2.00 = Rm6.00
mudahkan?...

Siapa yang tak daftar dia lah yang rugi...Lagi sekali cara daftar Klik SINI dan ikut arahan yang dinyatakan...

Cepat cepat cepat...hehe...

Saturday, 4 May 2013

Keyboard Warrior

Hari ini baru tergerak hati nak tulis entri baru..haha..nampak bebenor pemalasnya...

Tajuk atas itu dah lama aku tulis tapi sebab kekangan masa dan keadaan baru hari ini nak update...Mungkin dah basi cerita pasal Keyboard Warrior tapi ikut suka aku la nak tulis juga...haha...

Pada sesiapa yang tak tahu perkataan keyboard warrior ini terbit pada kala beberapa bulan sudah sempena pilihan raya yang bakal berlangsung 5 may 2013 ini...Straight to the point, Keyboard warrior bermaksud seseorang yang berjuang dalam dunia penulisan semacam blog ini tak kira dari segi bidang apa sekalipun sukan mahupun politik dan pelbagai lagi bidang...Medium ini adalah satu permulaan perjuang bagi seseorang dari menghadapi realiti sebenar diluar dunia maya...

Ramai yang kata keyboard warrior ini adalah penakut dan hanya berani pada papan kekunci sahaja...Pada aku tiada istilah pengecut dalam realiti sebenar kerana itu adalah cara perjuangan seseorang untuk sesuatu yang mereka pertahankan...Ramai yang mungkin tak bersetuju pada pendapat aku tapi bukan semua yang keyboard warrior ini adalah pengecut sebabnya ada yang berani untuk bersemuka bila tiba masanya diperlukan berbuat demikian...

Tak salah kita nak memberi pendapat atau pandangan tapi biarlah kena pada tempat dan caranya...tak perlulah kita sekadar berani dibelakang tapi bila didepan lari tak keruan...buat sesuatu perkara itu biarlah berasas dan berbuktikan yang kukuh dari kita lari pada kemudian harinya...dah macam Presiden pula kata-kata akhir aku..hehe..

Menunggu detik untuk Mengundi...First time mengundi ni...!

Saturday, 2 March 2013

Kenapa suka menyebut 'Orang Kata' ?

Duduk aku termangku di kerusi melayari tontonan rancangan TV, terpetik aku pada Nasi Lemak Kopi O...Hari ini Farah anuar dan Bienda adalah pengacara yang bertugas, aku melayari lagi cerita-cerita menarik di Nasi Lemak Kopi O...Tiba-tiba..

Sesuatu perkataan telah membantutkan seleraku untuk menonton lagi...Apakah perkataannya?...Lets to be truth.... 'ORANG KATA' ...

Pendahuluan dah macam apa aku buat..hehe..


Sedar tak kita yang pengacara tersebut diatas ini terlalu banyak menggunakan perkataan 'Orang Kata' dalam setiap susunan ayat berbicaranya, sampaikan sudah tidak relevan pada kata-kata dan maksud yang ingin dikatakan...Kes 'Orang Kata' bukan la baru aku dengar rasanya, ia juga terjadi pada pengacara lain yang boleh kita labelkan sebagai baru dan telah menjadi tabiat kita kot untuk menyebut ' Orang Kata'

Bukan maksud aku untuk condemn diaorang ni tapi aku nak kritik secara membina supaya menjadi yang lebih baik dari sebelum ini dalam bidang yang pengacaraan ini. Bukan aku suka untuk mengkritik orang sesuka hati..tapi untuk kebaikan semua.. =)

So apa yang nak dilakukan?..Kena la kurang-kurangkan menyebut 'Orang Kata', biarlah benar-benar orang lain kata baru diselitkan perkataan tersebut..baru la betul pada tempatnya kan?...jangan sampai spoil orang lain punya mood nak tonton sebabnya terlalu banyak 'Orang Kata'...

Akhir kata dari aku...
Orang kata kalau banyak dengar komentar orang lain kita tak boleh hidup tapi bagi aku kita patut ambik tahu apa yang orang kata kat kita...Yang baik kita ambik, Yang buruk itu kita jadikan teladan buat diri...

Alamak aku pun terbabit sebut orang kata ke?..haha..

Thursday, 14 February 2013

Pendedahan Nazmi Faiz [Video]

Video ini aku petik dari xlupa.com yang banyak cerita panas dan info terkini...Pendedahan ini bukan pasal kepulangan Nazmi tapi pasal dirinya...Aku tak nak cakap banyak pasal ni, biar video ini berbicara dan nilaikan sendiri macam mana orangnya Nazmi Faiz...




Sumber : xlupa.com, buahmulut.com

Saturday, 9 February 2013

Nazmi Faiz Bersuara ??

Entri kali ini aku tulis pasal Nazmi Faiz lagi..Sebelum ini entri aku tentang Nazmi juga..yang masih menjadi misteri dengan kepulangan dia ke Malaysia secara tiba-tiba..penuh tanda tanya dari peminat-peminat dia..(aku bukan peminat Nazmi Faiz).. Aku hanya sampaikan berita yang sepatutnya, bukan aku suka la nak menyibuk hal orang lain tapi aku juga terpanggil untuk tahu dan untuk sampaikan apa yang sepatutnya..


Sehingga hari ini kita masih belum kedengaran keterangan rasmi dari Nazmi Faiz dengan kepulangan dia secara mengejut itu..Memang dari satu sudut berdiam diri itu baik tapi bila dah berdiam diri tanpa ada keterangan dari pihaknya memang menimbulkan banyak spekulasi..

Tulis banyak tak guna jom tengok keratan bawah ni..


Samaada ini semua benar atau tidak aku tak tahu..ataupun mungkin hanya alasan semata..itu terpulang pada kau Nazmi Faiz..

Yang pasti press conference perlu diadakan untuk menutup mulut orang yang mengata sampai Kieran Hot FM mendesak Nazmi berterus terang dengan nada kecewanya, yang aku baca di xlupa.com << Tekan Sini 

Entri sebelum ni Klik SINI bagi yang belum baca..