Wednesday, 3 July 2013

Kelam Kabut Interview

Entri ini aku nak cerita pasal interview aku hari tu..Hari ahad (30 Jun 2013)..

Lokasi : Kerteh,Terengganu.
Waktu : 11.00 am.
Kelayakan : Tahan maki dan berkasut sukan.

(Info atas saja ditulis..hehe..)

Aku tulis entri ni sebab nak bagi pengajaran pada korang semua yang baca, jangan jadi macam aku..

Hari tu macam biasa la kan bangun pagi gosok gigi guna kodomo lion, lepas itu solat subuh..aku dah terbiasa kalau lepas syuruk subuh memang nak rehat sekejap, nak lelapkan mata..(jangan ikut)..lepas ini memang nak berubah..(nekad)..

1 jam lebih kemudian ada la call dari company tu..dia cakap kena datang lagi awal untuk sesi interview pukul 10.00 am..time ni la start kelam kabut...huhu..Bangun je mandi2x lagi, cari tali tie, pakai kemas2x..pahtu Resume tak print lagi..kena la print...lagipun bukan salah aku, patutnya HR kena Call aku lagi awal beritahu yang salah seorang tak dapat datang so aku la jadi ganti tempat dia tu.. :(

ayat pun dah macam kelam kabut..hehe..

Memandangkan motor aku masih syok stay kat johor...kena la aku pergi dengan My parents yang tercinta..Hari itu kereta ayah aku pecut selaju yang mungkin kalau kereta polis ada pun memang tengok saja la sebab tak sempat nak kejar..haha..laju bebenor..

Maka sampai la kat lokasi, ambik pas masuk semua..lepas pergi jumpa receptionist..dia cakap panel interview dah merajuk so kena rehat dulu..haha..(yg ni aku tambah sendiri)..kena la aku tunggu sampai pukul 11.00 am..

Bila dah nak mula interview aku pun kena la panggil " are you ready? "..Puan A cakap kat aku...Aku dengan selambanya cakap "yup, saya dah ready"..opppsss sebelum itu..Puan A tegur aku ready apa kalau rambut panjang ni, kasut bukan kasut pejabat...???..kan dah kena atas muka..hehe..

Kasut ini la aku pakai wat pergi Interview..hehe..

 Aku macam biasa memang selamba je la..Mujur la aku dimaafkan..sebab memang tak sempat nak potong rambut, nak cari kasut lain apa semua..kena la aku beleber .. tp rambut aku sebenarnya tak la panjang sangat kot...HAHA .. Padam muka !
lepas itu time interview pun aku jawab apa yang tahu dan buat yang terbaik la.,dekat sejam lebih juga aku dalam bilik itu kena interview..akhirnya..(sambung lagi lepas ini)

The moral of the story :
-Get well prepare kalau nak pergi interview apa-apa pun..
-Please pakai kemas untuk interview, kalau rambut panjang kena potong !
-Make sure pakai kasut yang betul bukan kasut sukan..ok !
-Bangun awal tiap-tiap hari, bukan untuk hari interview saja !
-Study apa-apa yang berkaitan bidang kerja yang kita mintak..
-Yakin dan bercakap jelas dalam interview..

sampai sini dulu kisah aku...Tawakkal pada Allah dengan apa yang telah terjadi dan akan terjadi...



Saturday, 22 June 2013

Dah lama tak update blog...Malas...

Assalamualaikum...Selamat pagi semua..dah berkurun lama aku tak update blog ni kan..kesian peminat-peminat aku tertunggu..hehe..(perasan glamor)..aku sekarang dah hilang semangat nak tulis blog, idea tu banyak tapi dah bercampur malas apa semua memang tak jadi la kan..berangan nak berjaya macam yuyu zulaikha, Benashaari...tapi malas..macam mana tu?..hehe..

Bila dah lama tinggalkan blog aku yang picisan ini..tak dinafikan memang malas sangat nak update,dengan busy kerja lagi..Sekarang pun paksa diri untuk tulis juga sampai habis pagi yang hening ini..kata nak jadi macam yuyu dan abg ben kan?..So kena rajin la yee..aku memang respect dengan dieorang...Tabik !

Pic Terbaru..hehe..
Aku pun tengah fikir nak naik taraf blog ini...Nak background baru, cover baru, kalau boleh semua baru la..Walaupun aku belum dapat pape income dari Nuffnang..tapi maybe datang dari aku juga kan?..tak apa aku tak kan senang-senang nak 'give up'..Lagipun aku sekarang lebih kepada nak memberi daripada menerima..itu lebih baik kan?..Tak kisah la pasal income ke apa asalkan dapat sampaikan sesuatu yang lebih baik dari itu..

Maka bermula perjalanan baru..semangat baru..InShaaAllah doakan aku supaya istiqamah dengan segala yang baik.. =) sesiapa yang boleh bantu aku untuk cari tema dan background yang baru tu,jangan malu-malu yeee..komen-komen je...hantar email ke >>> successsokmo@gmail.com

Wednesday, 5 June 2013

Jom Buat Duit Dengan Assign Jobs






Apa itu?...Meh nak cerita, Assign Jobs ini merupakan web bagi blogger menjana pendapatan tambahan...

Apa tunggu lagi kan ?.. Daftarlah sekarang kat SINI

Daftar FREE saja, apa yang bestnya...bila dah daftar dengan AssignJobs ni, terus dapat $ 2.00 = Rm6.00
mudahkan?...

Siapa yang tak daftar dia lah yang rugi...Lagi sekali cara daftar Klik SINI dan ikut arahan yang dinyatakan...

Cepat cepat cepat...hehe...

Saturday, 4 May 2013

Keyboard Warrior

Hari ini baru tergerak hati nak tulis entri baru..haha..nampak bebenor pemalasnya...

Tajuk atas itu dah lama aku tulis tapi sebab kekangan masa dan keadaan baru hari ini nak update...Mungkin dah basi cerita pasal Keyboard Warrior tapi ikut suka aku la nak tulis juga...haha...

Pada sesiapa yang tak tahu perkataan keyboard warrior ini terbit pada kala beberapa bulan sudah sempena pilihan raya yang bakal berlangsung 5 may 2013 ini...Straight to the point, Keyboard warrior bermaksud seseorang yang berjuang dalam dunia penulisan semacam blog ini tak kira dari segi bidang apa sekalipun sukan mahupun politik dan pelbagai lagi bidang...Medium ini adalah satu permulaan perjuang bagi seseorang dari menghadapi realiti sebenar diluar dunia maya...

Ramai yang kata keyboard warrior ini adalah penakut dan hanya berani pada papan kekunci sahaja...Pada aku tiada istilah pengecut dalam realiti sebenar kerana itu adalah cara perjuangan seseorang untuk sesuatu yang mereka pertahankan...Ramai yang mungkin tak bersetuju pada pendapat aku tapi bukan semua yang keyboard warrior ini adalah pengecut sebabnya ada yang berani untuk bersemuka bila tiba masanya diperlukan berbuat demikian...

Tak salah kita nak memberi pendapat atau pandangan tapi biarlah kena pada tempat dan caranya...tak perlulah kita sekadar berani dibelakang tapi bila didepan lari tak keruan...buat sesuatu perkara itu biarlah berasas dan berbuktikan yang kukuh dari kita lari pada kemudian harinya...dah macam Presiden pula kata-kata akhir aku..hehe..

Menunggu detik untuk Mengundi...First time mengundi ni...!

Saturday, 2 March 2013

Kenapa suka menyebut 'Orang Kata' ?

Duduk aku termangku di kerusi melayari tontonan rancangan TV, terpetik aku pada Nasi Lemak Kopi O...Hari ini Farah anuar dan Bienda adalah pengacara yang bertugas, aku melayari lagi cerita-cerita menarik di Nasi Lemak Kopi O...Tiba-tiba..

Sesuatu perkataan telah membantutkan seleraku untuk menonton lagi...Apakah perkataannya?...Lets to be truth.... 'ORANG KATA' ...

Pendahuluan dah macam apa aku buat..hehe..


Sedar tak kita yang pengacara tersebut diatas ini terlalu banyak menggunakan perkataan 'Orang Kata' dalam setiap susunan ayat berbicaranya, sampaikan sudah tidak relevan pada kata-kata dan maksud yang ingin dikatakan...Kes 'Orang Kata' bukan la baru aku dengar rasanya, ia juga terjadi pada pengacara lain yang boleh kita labelkan sebagai baru dan telah menjadi tabiat kita kot untuk menyebut ' Orang Kata'

Bukan maksud aku untuk condemn diaorang ni tapi aku nak kritik secara membina supaya menjadi yang lebih baik dari sebelum ini dalam bidang yang pengacaraan ini. Bukan aku suka untuk mengkritik orang sesuka hati..tapi untuk kebaikan semua.. =)

So apa yang nak dilakukan?..Kena la kurang-kurangkan menyebut 'Orang Kata', biarlah benar-benar orang lain kata baru diselitkan perkataan tersebut..baru la betul pada tempatnya kan?...jangan sampai spoil orang lain punya mood nak tonton sebabnya terlalu banyak 'Orang Kata'...

Akhir kata dari aku...
Orang kata kalau banyak dengar komentar orang lain kita tak boleh hidup tapi bagi aku kita patut ambik tahu apa yang orang kata kat kita...Yang baik kita ambik, Yang buruk itu kita jadikan teladan buat diri...

Alamak aku pun terbabit sebut orang kata ke?..haha..