Aku tulis ni sebab ada peristiwa berlaku dpan mata aku r...peristiwa apa ,rasa tak penting untuk beritahu...
Kebiasaan bagi adat melayu yang penuh dengan gurauan dan sindiran sinis tapi bukan untuk jatuhkan maruah seseorang.Semua ini kebiasaan adalah cara menegur orang yang salah dalam nada gurauan atau dalam sentuhan halus...
Melihatkan pada budak2 sekarang agak sukar menerima kebiasaan ini...Realiti hidup sekarang ni seakan aku tidak faham dan pelik rasanya pada pandangan aku...Walau aku dari golongan muda-mudi harapan bangsa tapi bagi golongan pasca aku,memang ini r realiti yang berlaku ...Aku bukan menuding kepada semua golongan muda tapi hanya segelintir dari mereka yang bersikap sedemikian....Ade la tindakan kurang ajar semente dari keadaan semua ini...
Adat melayu mengajar kita untuk sentiasa bersopan dan bertolak ansur...tapi ini semua semakin pupus ditelan zaman dek dari kemajuan teknologi yang memaparkan pelbagai unsur samaada negatif atau positif....pilihan adalah terletak pada hati kita dalam menilai sesuatu dengan akal dan hati....So aku nasihatkan pada diri aku dan semua muda-mudi untuk sentiasa menjaga adat melayu dan agama yang digalas atas bahu kita agar kita dikenali dengan jasa dan pembawakan nilai murni yang kita ada bukannya kerna keburukan dari diri kita yang hina...
No comments:
Post a Comment