Tuesday, 2 August 2011

Kanser Serviks@Pangkal Rahim


 Sejak kebelakangan ini aku banyak dengar cerita kematian disebabkan kanser serviks antara yang terbaru adalah penyanyi veteran negara,Hasnah Haron,64, yang meninggal semalam disebabkan oleh penyakit ini...So aku nk kongsi sikit apa yang aku baca pasal penyakit ini...

Kanser serviks adalah pembunuh kedua wanita di negara ini selepas kanser payudara...Kanser serviks terjadi apabila pangkal rahim dijangkiti dengan virus human papilloma(virus HPV) yang biasanya dibawa oleh lelaki semasa hubungan seks berlaku...Sistem imun badan wanita biasanya dapat menangkis virus ini dari dijangkiti tetapi ada sesetengah wanita yang virus itu berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukarkan sel permukaan serviks kepada sel kanser...separuh dari kanser serviks berlaku kepada wanita yang berusia 35-55 tahun...

Tiada tanda-tanda khusus untuk mengetahui seseorang itu dijangkiti virus HPV maka ujian 'pap smear' secara berkala adalah satu2nya yang dapat mengesan penyakit ini pada peringkat awalnya...Pada peringkat awal tiada gejala atau tanda khusus tapi apabila sampai pada peringkat yang serius seseorang itu mungkin akan  mengalami:

1.Pendarahan semasa bersama
2.Pendarahan ditengah bulan
3.Pendarahan selepas menopos
4.Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
5.Sakit semasa seks

 Golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti kanser serviks
  • Mempunyai pasangan berbilang
  • Aktiviti Seks bermula sebelum usia 18
  • Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
  • Kurang daya tahan imun
  • Merokok                    

 Cara untuk mencegah kanser serviks:
Seseorang itu boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.
Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:
  1. Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
  2. Elakkan hubungan seks pada usia muda
  3. Tidak merokok
  4. Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
  5. Suntikan Vaksin 
Buat masa sekarang vaksin terhadap HPV boleh diambil di klinik GP atau klinik pakar yang berdekatan...disarankan kepada gadis berusia seawal 13 tahun untuk mendapatkan vaksin ini yang boleh mencegah sebanyak 70% jangkitan terhadap virus HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun...

Setakat ini dulu entri kesihatan ini..moga mendapat sedikit input yang berguna...untuk mengetahui lebih lanjut boleh mendapatkan info di klinik2 pakar yang berdekatan anda.....

Badan sihat,Hidup bahagia...

No comments: