Tuesday, 10 January 2012

Berdiet Biar Sampai Bintang...


Tajuk Entri dah macam Cerita drama...hehe...okay...dari tajuk tu nak tunjukkan yang kalau berdiet biarlah sampai betul2 berjaya dan menjadi amalan untuk hidup sihat....:)

Ramai yang pasang azam tahun baru nak turunkan berat badan...nak berdiet...termasuk la dengan aku...hehe...Tapi jangan sampai hanya bercakap kosong...Jadikan azam ini satu realiti...

Aku ada la nak kongsi Tips Berdiet ...

Pertama : Target berapa kilo kita nak turunkan...
Memang penting dalam apa jua yang kita lakukan mesti ada targetnya...misalnya "sy nak turunkan 1kg dalam satu minggu"...dan 'Aim'kan juga pada berat ideal yang kita mahu....

Kedua : Makan boleh tapi biar berpada-pada...
Kita lihat dari Ikon kita, Rasulullah saw...yang mengamalkan minum air 1jam sebelum makan dan 1jam selepas makan, ternyata ada manfaatnya untuk metabolisme perut kita untuk memproses apa yang kita makan...Rasulullah juga mengamalkan 'Makan sebelum lapar, Berhenti sebelum kenyang'...

Ketiga : Makan Biarlah teratur...
Maksud disini makan ikut time makan...jangan ikut time main plok...hehe...biasanya bahagikan kepada 6 time makan...Bahagikan ikut kesesuaian keperluan badan sendiri punya...makan biar sikit2 je dalam senggang waktu yang sesuai...Wajib untuk ambil breakfast bagi memberi tenaga untuk melakukan kerja...misalnya segelas susu tepung panas...Jangan tak ambik dinner sebab mengikut kajian kalau tak ambik dinner kolesterol akan meningkat...So kalau rasa lapar pada malam hari(sekitar kul 10 ke atas),cukuplah sekadar meminum segelas air susu tepung yg suam/panas...


Keempat : Tidur mesti cukup...
Ramai yang pandang remeh pada tidur...Mesti tahu bahawa tidur memang penting untuk metabolisme badan kita...tidur secukupnya 7jam hingga 8jam sehari...bukannya separuh2 yeee...kena 7jam berterusan...Ingat !!! kita bukan robot so memang kena rehat cukup2...kadang2 aku pun kantoi bab tido ni..hehe...tak apa, biarkan jadi amalan kita seharian nanti...:)

Kelima : Banyakkan meminum air putih/air kosong...
Memang penting air dalam badan untuk meneutralkan toksin pada badan...lagi bagus kalau dapat minum air yang ada oksigen ke,air alkaline ke...yang terdapat banyak dipasaran sekarang....
Ingat!!! tinggalkan ruang 1/3 untuk air apabila makan...seperti saranan agama kita 1/3 untuk udara,1/3 untuk makanan dan 1/3 untuk air...

Keenam : Elakkan diri tertekan...
Selalu ada individu yang alami masalah macam ini...Dah tak makan byk tapi still tak boleh turunkan berat badan...Sebabnya adalah kerana diri kita dalam keadaan terlalu tertekan...yang dapat menyebabkan hormon-hormon dalam badan tak berfungsi secara sempurna...
Happy kan selalu diri kita dengan pelbagai aktiviti yang dapat melepaskan tekanan...seperti jogging dan berjalan-jalan di taman...


Ketujuh : Buat senaman secara konsisten...
Mulakan dengan sikit2 dulu,lepas tu baru naikkan ke sesi yang lebih lama...Maksud disini misalnya kalau berjogging kenalah buat dalam masa 10 minit untuk sesi mula2...lepas tu baru tingkat masa sesi berjogging sikit...Ini untuk mengelakkan badan kita terkejut dengan keadaan aktiviti yang tiba-tiba...kena jadikan senaman sebagai amalan dan rutin seharian...Ingat!!! panaskan badan dan buat regangan badan sebelum memulakan sukan...tukar2 la aktiviti anda untuk mengelakkan 'boring'...:D

Setakat ini dulu dari penulisan amatur, nk lebih lanjut jumpalah pakar diet...hehe...Aku harapkan tips2 ini dapat membantu serba sikit saudara/saudari yang sedang berdiet...

Balance food Chart

Always positive thinking...Now, everyone can be on DIET...

No comments: