Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Saturday, 9 February 2013

Nazmi Faiz Bersuara ??

Entri kali ini aku tulis pasal Nazmi Faiz lagi..Sebelum ini entri aku tentang Nazmi juga..yang masih menjadi misteri dengan kepulangan dia ke Malaysia secara tiba-tiba..penuh tanda tanya dari peminat-peminat dia..(aku bukan peminat Nazmi Faiz).. Aku hanya sampaikan berita yang sepatutnya, bukan aku suka la nak menyibuk hal orang lain tapi aku juga terpanggil untuk tahu dan untuk sampaikan apa yang sepatutnya..


Sehingga hari ini kita masih belum kedengaran keterangan rasmi dari Nazmi Faiz dengan kepulangan dia secara mengejut itu..Memang dari satu sudut berdiam diri itu baik tapi bila dah berdiam diri tanpa ada keterangan dari pihaknya memang menimbulkan banyak spekulasi..

Tulis banyak tak guna jom tengok keratan bawah ni..


Samaada ini semua benar atau tidak aku tak tahu..ataupun mungkin hanya alasan semata..itu terpulang pada kau Nazmi Faiz..

Yang pasti press conference perlu diadakan untuk menutup mulut orang yang mengata sampai Kieran Hot FM mendesak Nazmi berterus terang dengan nada kecewanya, yang aku baca di xlupa.com << Tekan Sini 

Entri sebelum ni Klik SINI bagi yang belum baca..

Tuesday, 15 January 2013

BL1M : Bantuan Lesen 1 Malaysia

Latest dari kerajaan kita, tawaran baik bagi sesiapa yang nak ambik lesen moto b2 dengan harga yang sangat murah iaitu Rm199...Murahkan?...kalau harga biasa Rm350 - Rm590, memang jimat habislah..kenapalah time aku dulu tak ada semua ni?...

So pada sesiapa yang nak ambik lesen moto b2 ni, molek la mohon sekarang , especially pada remaja2 kita ni...pemohonan boleh dibuat untuk sesiapa yang usianya 17-40 tahun...Ingat !!! tawaran ini dibuka dalam 2minggu je bermula tarikh semalam (14/01/2013)...

Macam mana nak mohon?...klik link ni...atau pun boleh dapatkan borang di pejabat parti komponen pemuda BN yang berhampiran anda...

www.blim.my @ www.myeg.com.my

Gambar hiasan
www.blim.my @ www.myeg.com.my

 ...kan bagus kalau buat murah juga untuk ambik lesen class D (kereta)...kat tempat aku mahal sangat la...

Friday, 11 January 2013

Rebat Handphone Rm200

Pagi-pagi buta ni aku nak update suatu yang agak hot sekarang ni...yang kini dibuka untuk permohonan...apakah?..

tak yah nak suspen sangat...sebenarnya pasal rebat handphone yg kerajaan kita bagi untuk anak-anak muda..

straight to the point....

syarat-syarat permohonan :-
# umur 21 tahun hingga 30 tahun
#pendapatan Rm3000 ke bawah
#Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (aku tak tahu model ape)

Cara nak daftar mudah je klik kat SINI


mohon la yee pada sape2 yang layak..aku pom haruslah mohon...Sayoonara