Saturday, 10 November 2012

Kawasaki Z800...memang Hot ! [Gambar dan video]

Baru-baru ini Kawasaki Malaysia telah melancarkan dua Superbikes edisi terbaru dari mereka...jeng jeng jeng...Kawasaki Ninja 250 2013 edition dan Kawasaki Z800 2013 edition...aku dah usha2x dua moto baru ni memang mengancam r...yang paling aku terpikat pada Z800...Hot !!!

Time pelancaran hari tu (yg putih tu Ninja 250)
Rekabentuknya terbaru dari kawasaki dengan body naked style lampu depan berkembar, seakan mata Helang yang berani menyambar sesiapa saja...Lampu belakang baru yang direka berbentuk huruf Z yang menyerlahkan lagi kekacakan Superbikes ini..hehe..
Cakap banyak tak guna, jom lihat sendiri gambar bawah ini yg pasti menusuk kalbu anda...:)



Panel meter baru yang kemas

Tangki seakan Ular Tedung


Lampu depan seakan Mata helang



Untuk lebih lanjut tentang specification Z800 , boleh klik  SINI

dan ini Video : Iklan rasmi dari Kawasaki untuk model Z800...layannnn

Saturday, 3 November 2012

Pemohonan masuk ke INSTEP...Dibuka !

Assalamualaikum...apa khabar sume?...Harap sumenya sihat dan bahagia disamping keluarga...Entri kali ini aku nak kasi info terbaru panas macam pisang goreng...

Pada sesiapa yang berminat untuk menceburi industri oil and gas dengan tajaan dari Petronas...Bolehlah mendaftar disini mencuba nasib tapi kena la penuhi syarat-syarat yang dinyatakan...
  • Warganegara Malaysia
  • Lepasan Diploma dari mana Ipta/Ipts yang diiktiraf kerajaan dalam bidang kejuruteraan(Mekanikal,Eletrikal,Instrumentasi,kimia,Mekatronik,Proses atau yang setaraf).
  • Berumur tidak lebih dari 30 tahun pada 1 Januari 2013.
  • Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.
Tawaran akan dibuka esok(4 november 2012) sehingga 15 november 2012....

Borang pendaftaran SINI

Good Luck yee !!! =)


Friday, 2 November 2012

Raya Aidiladha 2012 (26/10/2012)

Salam hari raya aidiladha aku ucapkan, belum terlambat untuk aku ucapkan salam raya kot...hihi...
entri kali ini aku nak ceritakan sikit hari raya aku tahun ini yang agak lain dari tahun2x lepas...apa yang lainnya?...

First day raya, pagi-pagi agi dah ada yang terkelakar la plak...Bersiap-siap nak pegi sembahyang raya  dalam kul 8.20...Setelah mandi,pakai baju raya,berwangi-wangi...aku dengan rendah dirinya pergi Masjid Sultan Mahmud...Sampai aje kat Masjid alih2x dah berkhutbah raya kat sane...Alamak ! ...terlepas la aku untuk sembahyang raya tahun ni...rupanya tahun ini Pihak Masjid awalkan waktunya...Rugilah aku pahala yang banyak pagi tu...=(

Lepas saja tak sempat sembahyang raya, aku dan family bersiap untuk pergi Johor...ni la yang lainnya...Biasanya lepas raya balik kampung kat Kuala Terengganu...Tahun ini kena pergi johor pasalnya nak cari pasal...hehe...takde la, pasalnya nak pergi tengok anak buah aku yang baru ! Nurin Aleesa...

Nurin Aleesa
Tapi tak best r kalau pergi jalan jauh time raya sebabnya memang sah tak rasa mood raya pom...Tahun ini jugak aku tak tengok pom orang sembelih Lembu, lagi la tak rasa mood raya tu...huhu...sadis...Dengar ceritanya kat Rumah teratak ayah bonda aku ini, Bdr Al Muktafi Billah Shah (bdr AMBS)...ada 2 orang makcik kena tanduk dengan lembu la...Bahaya woo ! ...Seorang tu kena bawak pergi hospital dan seorang lagi pesakit luar...Mujor la sumenya tak lebih teruk dari itu...Bayangkan perasaan dan kesakitan mak cik tu time kena tanduk ?...Sakit woo sampai tersentap urat kentut tau...!

Gambar hiasan
Ada yang tak best la kalau time cuti-cuti Malaysia aku ini...Berat aku naik 1kg dalam 4 hari...Fuh !...tak percaya?...kena percaya la..huhu...inilah yang aku risaukan kalau time pergi bercuti mana2x ataupun jalan jauh dari negeri sendiri...Jenis aku ni memang mudah nak naik berat badan kalau terlebih sikit makan, tu la kena jaga sokmo..nanti penyakit datang lagi la susahkan..lagi la takde orang nak kat aku..hehe...Biasa la kalau dah jalan2x negeri orang  segala jenis makan yang tak ada kat negeri kita...Nafsu nak rasa je kejanya...niat nak rasa tapi mula la melarat sampai merasa sampai kenyang..haha..tu la bahayanya Nafsu !...So korang pandai-pandai la kawal nafsu makan...tu pom bagi yang nak jaga badan la...kalau tak belasah je...haha...

Nak tahu lagi raya aidiladha aku tahun ini?...ni perenggan last la...panjang pulak aku tulis hari ini..hehe..Malam raya kedua Kakak aku buat aqiqah untuk anak terbaru dia...Memang caranya lain la dari adat orang pantai timur...Kat pontian, Johor ni...Majlisnya ada Marhaban pahtu ada la lagi acaranya...yang paling first time aku tengok...budak-budak berebut gula-gula (candy) dan duit syiling bila ada yang taburkan kat atas lantai rumah dieorang...Mulanya tu aku terkejut jugak kenapa la ramai budak-budak naik time majlis tu nak habis...Pahtu bunyi la dum dam dum dam...rupanya dieorang dah ready nak berebut duit syiling..hehe..memang agak lain dari lain...Itu la kan adat masing-masing yang memberi variasi kehidupan berbeza manusia...asalkan tak bertentang dengan agama Islam je kan...Ingat !!!

Ni Peminat-peminat aku..haha..
Okay la sampai sini dulu entri aku...jangan lupa like yeee...


Tuesday, 23 October 2012

Happykan hati?..apa caranya?

Ramai yang cakap kan, bila ada duit semua boleh jadi boleh bahagia boleh buat macam-macam dengan duit kan?...Tapi ramai yang tak tahu dan ramai yang dah tahu yang duit tak boleh pun membeli kebahagiaan dan kegembiraan yang tulus mulus...abstraknya pengertian bahagia dan gembira memang tak ada gambaran dari kata-kata mahupun alunan instrumental belaian jiwa...=)

Mana letaknya kebahagiaan dari hati?..cara ia diinterpretasikan adalah banyak laku caranya dan kebergantungan pada hati individu itu..Mengambil contoh dari diri sendiri, aku lebih suka untuk berbelanja satu family bagi menggembirakan hati yang kudus ini dan timbulnya rasa kepuasan dari akar hati...Tidaklah aku seorang yang baik tapi itu cara aku yang aku selesa...tak kisah la kan, nak belanja apa-apa pun yang penting jangan terlalu berkira dengan soal duit dan jangan terlalu berlebihan dari kemampuan sendiri...

Ukur baju dibadan sendiri...Mungkin kita boleh happykan hati kita dan orang tersayang tanpa keluar satu sen dari poket jeans sendiri...Bagaimana?...Membantu apa yang perlu dengan bekerjanya tulang empat kerat kita untuk lakukan sesuatu yang memberi impak pada orang yang tersayang...Terlalu banyak cara lagi untuk dinilai cara menterjemahkan kegembiraan diri...yang penting lahirnya dari hati yang ikhlas...=)

Bagaimana lagi caranya?...Lu pikir la sendiri katanya Nabil..hehe..actually terlalu banyak caranya mengikut cita rasa hati seketul ini...lain orang lain caranya, ada yang suka bersendirian bila nk happykan diri, pergi jalan2 kat shopping mall, walaupun sekadar 'window shopping' je...kalau itu dapat happy diri anda...go on !...let it go with the flow...Sayangi diri sendiri itu penting dalam hidup kita sebagai hamba yang kerdil di dunia yang tiada penghujung ini...


Gambar atas ni time aku n Family makan kat MacD ... saja berkongsi rezeki dari Allah...

Sampai sini dulu aku...mana yang baik datang dari Allah dan mana yang buruk datang dari diri sendiri si penulis PenaTajamAku...=)

Tuesday, 16 October 2012

Mojo Andaiku Bercinta Lagi [Lirik]

Lagu yang menjadi pilihan aku kali ni untuk di'review' kan dari alunan instrumentasi dan suara rock kumpulan Mojo Andaiku Bercinta Lagi...

Dari official video lagu ini ia berkisarkan seorang lelaki yang setia dengan isterinya tapi bila tiba saat isterinya telah pergi buat selama-lamanya, amat payah untuk menerima insan lain yang menjadi carta pertama dihatinya...hampir mungkin tiada lagi ruangan untuk wanita lain...terlalu payah melafazkan kata cinta selain hanya untuk isteri tersayang...

layan yeee =)

Official Video







Lirik

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu hasratku mati

Thursday, 11 October 2012

Ada ke Kerja dari rumah ???

Kerja dari rumah memang best kan...dapat kerja dengan masa yang fleksibel, kurang tekanan kerja, tak ada bos(sendiri jadi bos)..hehe..Macam-macam la lagi kebaikan kerja dari rumah...Siapa nak sila angkat tangan ???..aku pun nak..hehe..

So jawapannya mudah saja...Jobdirumah.com la tempat yang anda cari...apa yang anda cari selama ini untuk kerja dari rumah pasti anda jumpa di Jobdirumah.com mungkin rezeki anda datangnya dari sini, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia hanya Allah yang tahu...Belum try belum tahu, dah try baru tahu macam mana...

Silalah layari Jobdirumah.com untuk maklumat lanjut...untuk yang mahukan free modalnya jadilah affiliate untuk Jobdirumah.com yang pasti tak rugi untuk dilayari...You are the boss !

Gambar hiasan
Apa tunggu lagikan peluang untuk menjadi bos bagi diri sendiri dah ada so tepuk dada tanya hati apa anda mahu..sayoonara =)


Friday, 5 October 2012

Malique Meninggal?..Mungkin sebab ni kot..

Baru-baru ini heboh dengan berita yang Malique too phat telah meninggal dunia...ramai pasti terkejutkan, aku pun mula-mula dengar memang terkejut sebabnya aku adalah antara peminat dia ni, penulis lirik yang hebat dan genius dengan bait-bait lagu yang puitis...

Tapi memang itu semua sekadar khabar angin je...Malique sebenarnya masih sihat dan hidup bahagia disamping keluarga tersayang...Macam-macam kan dunia media sekarang sampaikan cerita orang mati pun, wat main-main...Tak Baik ! ...

Mungkin sebab lagu ni kot ada orang wat cerita gitu...Teman pengganti - Black ft Malique...

Jom layan...Liriknya memang best ! terbaik Malique !




Thursday, 27 September 2012

Sebab kenapa LELAKI cari yang lain ?...

Gambar hiasan

Entri ini aku tujukan khas buat seluruh wanita-wanita diseluruh dunia yang ingin diberitahu yang lelaki cari lain memang ada sebabnya...

khas dari perspektif seorang lelaki nukilan aku seorang lelaki yang gentel MAN ..hehe..

1) Kurangnya perhatian dari wanita itu sendiri...
Memang diakui yang seorang lelaki perlukan perhatian @ prihatin dari seorang wanita walaupun sekadar bertanya khabar, itu adalah mencukupi bagi seorang lelaki...Janganlah sampai tak prihatin langsung,yang ni memang gerenti LELAKI cari lain...

2)Melebihkan kawan dari insan istimewa seorang lelaki suami @ pakwe
Kalau yang ini bergantung pada situasi la kan, seorang LELAKI memang memahami tentang pentingnya kawan dalam hidup tapi jangan pula seorang wanita tu melebihkan seorang kawan dalam percintaan, pandai-pandai la kan nak bahagi masa antara kawan dan kekasih jantung hati sanubari..hehe..

3) Tiada komunikasi dua hala antara kedua-dua pihak...
Yang ni memang penting sebab kita manusia dengan cara ini la kita berhubung berkongsi rasa suka dan duka..tak kisahlah samaada jauh atau dekat, terutamanya kalau 'time' ada 'problem'...jangan la diam je atau menutup rapat mulut sampai kuman nak lalu tak lepas..hehe..kalau nak mengajuk pun pandai2 bagi signal dan jangan sampai terlebih sudah...sebabnya LELAKI pun manusia biasa kan?..tak tahu pun apa yang batin dalam diri wanita...

4)Tidak dapat nak terima Family LELAKI itu dengan rela hati...
Family dalam hidup sesiapa pun memang penting...begitu juga seorang lelaki, terutamanya ibu dan bapa seorang LELAKI, seganas mana pun LELAKI tapi kalau sentuh bak ibu dan bapa, jangan sesekali dicabar...ibaratnya sentuh dirasa eletrik, lepas dirasa ribut..(peribahasa ciptaan sendiri..hehe..)...Tapi ini memang serius sebabnya agak ramai yang bercerai disebabkan tak dapat terima Family tu seadanya, tak kira la naik Ferrari atau moto kapcai...Kalau perempuan pun macam tu jugak kan?

5)Cemburu terlalu berlebihan dengan seorang LELAKI...
Cemburu tanda sayang tapi kalau dah berlebihan, dah over sangat cemburunya, memang seorang LELAKI tak suka...So bila tak suka cari lain je la kan..mana tak nya, kalau sampai hidup pun dah macam robot kena control, sini tak boleh, macam ini tak boleh..macam-macam la lagi..dengan kata lain kita boleh panggil Cemburu Buta...buta pun tak macam ni..ada faham ka?

6)Bermuka-muka kalau time jumpa...
Bertopengkan apa yang tidak secara semulajadinya dalam diri si dia...maksudnya kat sini bila bersua muka je,terlalu nampak control ayunyeee ...hehe...bukan tak boleh tapi kalau dah mengalahkan pelakon terbaik wanita.,memang la meluatkan?...So just be yourself...actually, baik lelaki atau perempuan patut la jadi diri sendiri kan, tak payah la nak bermuka-muka bagai,.tak baik kalau tipu diri sendiri...

7)Berjauhan dengan pasangan...
Kalau dah jauh tak leh jumpa kan mesti ada sesetengah Lelaki akan cari lain, katanya bosan la,tak ada teman...tp Ingat !! bukan semua Lelaki macam tu...Mention again 'sesetengah Lelaki'...biasa la kan bila dah berjauhan nak lepaskan rindu pun susah, tp ini la dugaan 'Percintaan Jarak Jauh(PJJ)'...Lelaki yang setia macam aku masih wujud kat atas dunia ni..hehe...So pada wanita jangan risau sangat sebab Lelaki yang setia memang akan betul-betul setia pada seorang saja...Aku Lelaki dan aku tahu apa yang Lelaki ada...hehe..

Sampai sini dulu, aku buat entri ni sekadar suka2 dan nak kongsi apa yang aku fikirkan dari seorang LELAKI...bukan semua yang aku nyatakan betul...kalau ada tak betul, tegur aku mana salah...sayoonara...

Wednesday, 22 August 2012

Jangan dah tiada,baru nak Hargai Aku..

Tajuk entri dah macam baru putus cinta kan..hehe..Mungkin ada kena mengena dengan aku tapi mungkin juga tak ada kena mengena dengan aku..tapi bukan kisah hidup aku yang nak dilayarkan disini..

Idea ini datang dari hati yang merasai bahawa adalah penting untuk menghargai seseorang itu masih segar dimata kita.,sebabnya inilah realiti yang berlaku dalam hidup kita tanpa kita sedari,kadang-kadang berlaku pada diri sendiri..
Wah ! bermadah kata nampak ...hehe... =)

 Orang berbudi,kita berbahasa...Hargailah insan yang kita sayangi dikala dimasih berupaya mengucapkan kata cinta dan kata sayang...jangan nanti dah tiada disisi baru tercari-cari...

 Bukan hanya pada sang pencinta yang ditargetkan dalam entri ini,bahkan pada semua orang agar kita sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan seseorang dikala dia masih ada ! Seorang majikan contohnya perlu la menghargai pekerjanya dengan segala usaha yang dibagi untuk memajukan syarikat..

so tak reti-reti nak hargai orang ! ..nampak macam marah kan tapi tak marah pun cuma nak menegaskan je..hihi..

Setakat itu dulu...bawah ni ada lagu dari Armada bertajuk Hargai Aku...layan yee

 

Motif Band - Tuhan Jagakan Dia with lirik

Aku tujukan lagu ini buat insan tersayang,Lia...

Monday, 20 August 2012

Raya tahun 2012 ?...Hambar...

background x comel..hehe..
Raya oh raya...dam dam dum bunyi mercun..tapi tahun ni aku memang bersih tangan, sentuh mercun pun tak sekali pun..boleh fahamkan macam mana raya aku tahun ni memang tak meriah seperti tahun-tahun dulu...Sebabnya ?..Tak tahu la aku nak luahkan macam mana kan tapi aku tak nak bersedih di bulan syawal ini...aku lalui juga dengan senyuman seceria pagi menyinsing, yang batinnya biar Allah saja yang tahu..=)

Aku tak nak sedih !! ... macam mana tu?... pendahuluan entri pun dah 'macam' sedih...mujur la 'macam' je sedihnya...hehe...

 Aku mulakan langkah dipagi raya dengan bangunnya suboh...gosok baju Melayu yang baru beli 2 hari sebelum raya...lepas tu baru mandi...huhu...perginya aku, my luvdad dan adik aku ke masjid Sultan Mahmud.,Tertunainya sembahyang sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah sambil menginsafi diri...lepasnya dari itu bersalam-salaman dipagi raya dan terus balik rumah...(begini la aku pagi raya 18/08/12)...

Lagi..lagi..lagi...Sampainya rumah bersalaman memohon kemaafan dengan family semua, yang tahun ini semuanya mengalirkan air mata tanpa disangka walaupun sorang-sorang muka macam ganas je..huhu..tapi itu la hikmahnya hari raya kan, keikhlasan tu yang penting bagi aku...lepas tu susun kuih raya dan kemas rumah sebabnya aku dan abg aku balik pada malam raya, perginya ke Shahbandar menghabiskan sisa duit berbelanja raya...untuk rasa juga suasana malam raya kat situ, memang happening habis,semua barang dijual lelong...Last minute shopping sebab apa aku rancangkan tak menjadi...

Nak lagi?..sambung semula...lepas pada tu,dipagi raya sesi bergambar la kan...satu family..My luvmum menggagahi juga diri yang sedang sakit untuk bergambar bersama, untuk happy kan kami semua...perasaan time tu?..sedih + happy = terharu ... seorang ibu takkan suka melihat anaknya bersedih walaupun dirinya sanggup berkorban apa saja untuk happy kan kita...so hargailah ibu kita sementara mereka hidup...So lepas je bergambar ada la kan kawan-kawan My Luvmum datang menziarahi, tengok keadaan dan memberi semangat...begitu la kan macam mana Nabi Muhammad SAW mengajar kita, memang patut kita ikuti sampai bila-bila...

Hari raya pertama aku berakhirnya dengan bersantai depan TV je...memang mood nak raya macam gitu je tahun ini...Hari ni raya kedua, tak pergi mana-mana juga sebabnya Aku diserang sakit mata sampai bengkak mata aku ni tapi boleh juga type entri ni, untuk kongsikan raya aku yang tak seberapa...hehe...bawah ni ada beberapa gambar raya aku n family...






SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN PADA SEMUA DAN INSAN TERSAYANG

Tuesday, 14 August 2012

Minggu Terakhir Ramadan

Sekejap je kan dah nak habis bulan Ramadan, pasni masuk la bulan syawal..yang mungkin ditunggu-tunggu kebanyakan orang tapi tak lupa yang ramai yang bersedih bila Ramadan semakin melabuhkan harinya...Dimana kita pada hari-hari terakhir ramadan ni?..di masjid ke, mencari lailatul qadar? atau di shopping mall mencari baju raya dan berbelanja sakan persediaan untuk Raya ?..Tepuk dada tanya iman masing-masing.,Lihat pada diri kita dimana kita berada...

Aku?..hanya Allah yang tahu..tapi tahun ni la paling aku tak ready untuk beraya..tak tahu kenapa bila mana perasaan aku merasakan seperti ini..baju raya memang tak beli lagi pom.,maybe last minute kot..tak tahu aku kenapa dan kenapa...=(

Baju aku yang lama memang banyak tak leh pakai sebabnya aku dah kurus sekarang..huhu..(kembang hidung)..nak bergaya memang tak ada gaya aku..nak jadi smart tak ada smartnya aku..tapi aku syukur sebab aku berjaya menurunkan berat aku setelah berdiet beberapa bulan sudah..sekarang ! maintain je la...dan Raya la dugaan paling besar aku dengan macam-macam makanan aku..hehe..

Dah malam tujuh likur ni kan ramai la yang dah balik ke kampung dari merata tempat dalam dunia ni...Tak kira la kan dari sudut mana sekali pun yang penting, Time macam ni la satu keluarga kita berkumpul dengan macam-macam aktiviti...ada yang pasang pelita, main bunga api, buat kuih-muih...lagi lagi lagi............pikir sendiri r....hehe....

Malam-malam terakhir ni kita kena perbanyakkan ibadat kita kepada Allah swt...tak lupa juga meraikan apa jua terjadi sesama keluarga kita...maksudnya aku pandai-pandai berbahagi masa antara untuk dunia dan akhirat dan semestinya akhirat menjadi keutamaan kita...Tak salah untuk kita berhibur tapi biar pada batasnya....Wallahualam...

Gambar raya tahun 2010 : yg baju pink tu bukan Noh hujan tau tp adik aku...hehe..
Gambar atas je aku jumpa dalam laptop aku ni...malas nak cari la..huhu..okay, sampai sini dulu dari aku, panjang umur aku akan update lagi entri baru untuk blog cikai aku ni...Jom kita raikan hari-hari ramadan terakhir kita dengan ibadat sebanyak mungkin sementara stok hari masih ada lagi ni...tak lupa pada yang belanja raya tu, jimat-jimat la yee..biar kita beraya dalam keserdahanaan..=)

Salam Malam Terakhir Ramadan dari aku...


Monday, 6 August 2012

Facebook berhantu di bulan ramadan

Nak bikin kontroversi ke ngan tajuk macam ni?..huhu..tak pun sebenarnya, memang betul syaitan-syaitan di bulan Puasa ni diikat dan dibelenggu oleh Tuhan yang Maha Berkuasa...Tapi saja la nak cerita tentang budaya ber Facebook yang makin hari menampakkan kerancakan dalam kehidupan seharian kita...sampaikan melalaikan kita dari tanggungjawab sebenar pada hidup kita ini...inilah yang aku maksudkan dengan 'Facebook Berhantu'...yang hantu tu kita la..hehe..

Tak dinafikan aku pun adalah pelayar Muka buku yang tegar dulunya, semenjak dari laman ini belum popular di Malaysia ni...tapi sekarang aku dah tak layan facebook, pasal aku dah tutup buku...nak layan blog ni je...okay, back to the title..hehe..bukan nak kondem facebook tau tp sekadar nak share apa aku fikirkan...

Semuanya apa yang kita lakukan adalah bergantung pada diri kita sebenarnya, kalau layan facebook sampai lupa pada tanggungjawab belajar, tanggungjawab kerja, tanggungjawab rumah tangga dan tanggungjawab yang lain...memang ini la nama hantu facebook, memang perlu dijauhkan dari diri kita...kalau guna facebook untuk kebaikan, its okay.,memang diharuskan...

Macam aku dulu la, buka facebook dari malam sampai pagi...memang belajar tak tahu pergi mana, last2x apa pun tak boleh...Padahal main tiap-tiap hari benda yang sama je.,kalau difikirkan hari ni, memang menyesal dengan masa terbuang begitu je...=(

Pada bulan ramadan yang mulia ni, harap-harap jangan kita leka ber-facebook je yee...cuba latih diri untuk tidak bergantung pada laman sosial ni...cari la pahala sebanyak mungkin sementara stok masih ada ini...kita ada sebulan je dalam setahun untuk kita melatih diri tanpa diganggu syaitan...So kita sama-sama rebut peluang ini...jangan kita plak yang jadi hantu dalam bulan ramadan ni..huhu..(pesanan buat diri sendiri dan kita semua)..

Main la facebook sekadar mencari apa yang baik darinya dan biar kena pada masanya...Kadang-kadang bila ber-facebook lagi mudah plak kita nak buat dosa kan...terkutuk orang, terbuat ketupat orang(mengumpat)...ada lagi-lagi...tepuk dada,tanya iman...

Link yg menarik...
15 reasons why you should quit Fb

Wallahualam...sampai sini dulu...tegur aku kalau ada salah...

Sunday, 5 August 2012

Ramadan Tahun Ini

Hari ini dah 16 ramadan...aku rasakan sekejap je dah sampai ke pertengahan bulan ramadan yang penuh keampunan...baru hari ini aku rasa nak update blog aku yang dah berhabuk ni..huhu..bukan apa aku busy la + letih + malas nak update blog...So macam mana puasa kita?..aku mengharapkan kita semua ada perubahan pada diri walau secebis je perubahan asal kita istiqamah dalam amalan kita...Insyallah...
Aku nak kongsi la Ramadan aku tahun ni memang penuh dengan dugaan dan menguji tahap kesabaran aku...

Dalam bulan Ramadan yang mulia aku kebetulan start practical...memang letih gua cakap lu kalau Time banyak kerja,ada satu hari tu aku ngan yg lain masuk tangki time matahari terpacak atas kepala.,memang dahaga tak terkata la.,beri je satu tong drum air memang habis time tu..hehe..tp itu la ujiannya kerja time puasa ... yang aku kena maybe masih ringan sebab ada lagi yang bekerja lagi berat dari yang kita sangka so aku bersyukur dengan apa yang aku hadapi... =)

Ramadan tahun ini juga memang sedih sebab My beloved Mom sakit dah lama...tak baik2x lagi sampai sekarang...Hanya Allah tahu apa aku rasa betapa sedih lihat keadaan My mom terbaring sakit...Mom cepat2x la baik... =(
Bila dah jadi macam ini kena jaga kebajikan untuk rumah...dengan memasak,basuh baju2x dan lain-lain lagi r...aku ngan adik-bradik lain sekali ngan ayah aku la pakat2x masak apa yang mampu...itu la ujian kan...dan aku yakin ada hikmahnya dengan apa yang berlaku...

Ramadan tahun ini juga menguji kesabaran aku dengan kerenah orang sekeliling aku...yang macam-macam hal ada...Allah saja yang tahu...aku memang yang jenis simpan sendiri masalah selagi boleh pendamkan...bagi aku kesedihan sebenar biar hanya Allah yang tahu dan hanya kegembiraan kita sebarkan...aku rela lebih suka lihat orang kesayangan aku Happy walau hati sendiri tak se-Happy yang disangka...(sampai sini sebelum lagi merepek..hehe..)

Ramadan aku tahun bermakna juga sebab sudah bertambah insan yang tersayang dalam Family aku...nak bagi tahu juga ke?..hihi..korang faham-faham sendiri la kan...
lagi bermakna la bagi aku sebab ada juga orang yang aku tunggu untuk pulang dari perantauan...Rindu ? ...memang tak terkata la, Tuhan je tahu macam mana perasaan aku...walau pada mulanya memang agak berat untuk aku lepaskan Si dia belajar jauh-jauh tapi fikirkan untuk masa depan bersama yang cerah, lebih cerah dari spotlight kereta Ferrari...hehe..aku fahami kehendak dan cita-cita Si dia...Yang penting Tuhan jagakan dia untuk aku...

Setakat ini dulu dari entri ini...entri pertama dalam bulan Ramadan, Sorry..busy dengan kerja2x, baru sekarang ada entri baru...Selamat mengejar Pahala di bulan Ramadan..sementara stok masih ada ni..jom3x...=)

Saturday, 14 July 2012

2012 Tahun aku tak jangka

Tahun ini memang banyak yang aku tak jangka berlaku terjadi dalam hidup aku...Pada mulanya tahun 2012 aku diterima masuk ke tempat belajar yang aku sendiri tak pernah terbayang akan masuk sana,bahkan aku tak kenal pun tempat itu walaupun dah ada dalam negeri sendiri...Nama tempat tu rahsia la..nanti kena pada masanya aku beritahu semula..hehe..

Tahun ini juga aku tak sangka berkenalan dan berkenan dengan seorang wanita yang bagi aku telah menyempurnakan hidup aku..si dia datang pada masa aku perlukan sokongan dan semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan belajar aku ni,tanpa aku sedari dia telah menyuntikkan aku semangat dan inspirasi,sedangkan ketika itu aku bergelora cuba cari idea untuk keluar dari penjara bebas tersebut..Aku bersyukur sangat pada Allah kerana menganugerahkan si dia dalam hidupku sekarang..Alhamdulillah..Allah Maha Mengetahui segala yang akan berlaku kan...Aku redha dengan segalanya yang berlaku sekarang..Si dia pencetus perubahan aku yang telah datang semuanya dari Allah swt..Aku berharap sangat yang kami berkekalan sampai akhir hayat..Insyallah..=)

Tahun ini juga aku tak jangka yang aku mula memasuki alam Practical ditempat yang aku sendiri tak pernah sekali pun terbayang untuk berada disana..yang selama ini aku hanya lalu saja disitu tanpa aku sedari aku menghampiri alam pekerjaan disana..Insyallah jika dah rezeki aku dan dipanjangkan umur aku..Memang sebak juga hati aku bila mengenangkan semua yang berlaku dalam tahun 2012 ini...

Hari ini dah 14 julai 2012 bersamaan 24 Syaaban 1433 dah berada dalam pertengahan tahun 2012 dan tak lama lagi kita umat Islam akan berpuasa...Aku mengharap agar semuanya yang bakal kutempuh baik-baik saja dan moga Allah sentiasa mencekalkan hati aku untuk terima segala ujian dan dugaan dari-Nya...
Tahun ini bukan semua yang baik berlaku dalam hidup aku yang pahit juga ada ditempuh dari  awal tahun sampai sekarang...tapi biarlah ia tersimpan dalam hati sanubari aku ini...Hanya Allah saja yang tahu..

Macam mana tahun 2012 anda?..adakah sudah tercapai azam?...atau tak dijangka dengan apa yang berlaku?...kita serahkan saja pada Allah..kita mampu merancang tapi yang tentukan hanya Allah...Wallahualam

Wednesday, 11 July 2012

What you give,You get back...

Ada sorang lecturer aku yang suka sangat guna frasa ni 'What You Give, You Get Back'...so aku memang pegang juga dengan apa yang dia cakapkan...kalau dalam agama Islam kita diajar sama dengan 'Buat baik dibalas baik, Buat jahat dibalas jahat'..

Bayangkan kalau kita sentiasa saja buat jahat kat orang tak kira la kan jahat apa yang kita buat, Memang akan dibalas juga atas apa yang kita buat itu samaada didunia ini atau di alam akhirat nanti...kalau kita selalu saja berbaik dengan orang,. Insyallah..Allah itu Maha Adil, akan membalas akan kebaikan kita dengan kebaikan...

Begitu juga kalau dalam bercinta...kalau kita setia pada si dia,Insyallah si dia pun akan setia dengan kita...Sesungguhnya Allah Maha adil dan Maha Mengetahui apa yang kita lakukan dan melihat segalanya,kita tidak pernah dikecewakan oleh Tuhan kita,memang pasti dibalas setimpalnya dengan apa yang kita buat..Itulah cuba aku terapkan dalam diri sendiri dan cuba sampaikan untuk dikongsi bersama...Insyallah...aku bukan orang yang baik sangat tapi aku akan terus jadi yang terbaik hari demi hari...


Biasalahkan dalam hidup seharian kita tak lari dari rasa curiga,cemburu,sakit hati dan macam-macam lagi yang negatif dalam diri kita..Tapi kita berserahlah pada yang Maha Kuasa menentukannya...Aku pun ada rasa segala macam negatif ini dalam hari-hari aku...Lelaki mana yang tak cemburu bila wanita kesayangannya bergurau mesra kan??..Begitu juga dengan wanita kan??mesti cemburu kan??...tapi ingatlah....What You give,You get back...Wallahualam...

Sebelum aku melalut banyak baik sampai disini dulu buat kali ini...Maafkan aku kalau ada salah pape dan tegurlah aku dengan komen-komen di entri ini yeee...Buatlah baik pada semua dan jahat mesti jauhkan yee...
Ingatlah ! What You Give,You Get Back...=)

nota kaki : Macam mana la keadaan orang kesayangan aku yeee diutara nun...

Monday, 9 July 2012

Murtabak Mi Segera...Best..

Time My mom tengah sakit ni kena la men-kreatifkan diri untuk makan dengan memasak sendiri..bermacam idea la yang keluar...Murtabak Mi segera adalah salah satunya..hehe..(tak lupa juga untuk My Cyg Lia yang juga tengah sakit,moga cepat sembuh yeee)...

Resepinya mudah je...

Bahan-bahan :
-Mi segera sebungkus (sebaiknya yang perisa ayam)
-Bawang merah yang besar satu biji (ikut citarasa nk byk2 mane)
-Telur 2 biji
-Daging burger satu keping (dicincang)
-Lada besar atau cili padi (untuk yang suka pedas)

 Cara-Cara :
1.Mula-mula rendamkan Mi segera dalam air panas sampai la kembang secukupnya dan toskan airnya.Selepas itu dicampurkan dengan perencah ayam tadi.
2.Ambik daging burger yang telah dicincang tadi dan digoreng sekejap atas kuali sehingga keluar minyak dari lemak daging tersebut.
3.Bawang merah dan lada dipotong dan dicampurkan sekali dalam semua bahan tadi(Mi segera,daging burger yang telah digoreng)...
4.Kemudian pukul 2 biji telur dan digaulkan sebati semua bahan tadi.
5.Last sekali, panaskan kuali dan digoreng sampai garing...(ratakan dalam kuali dan buatkan nipis2 je aduan tadi supaya dalamnya masak sekata)

Ini rupanya bila dah siap...


 Boleh dimakan begitu saja atau dibuat pencicahnya (campurkan cuka,gula dan lada jarum)...

Selamat Mencuba !

Monday, 2 July 2012

Spain vs Italy 4-0 All Goals and Highlights (UEFA EURO 2012 FINAL )

Pada yang terlepas peluang tengok Final Euro 2012 pagi tadi...ni Highlights...Spain berjaya mengekalkan kejuaraan dengan menumbangkan Italy 4 gol berbalas 0...Saksikan...

Sunday, 1 July 2012

Entri khas : Maafkan Segala kesalahan Aku


Hari ini 1 julai 2012 bersamaan 11 Syaaban 1433 Hijrah...
Aku nak mintak maaf pada semua atas segala kesalahan aku yang tidak sengaja ataupun yang tersengaja...Aku nak mintak maaf kalau ada entri aku sebelum-sebelum ini yang menyinggung perasaan orang, menyakiti hati korang ke, yang tidak setuju dengan pandangan aku ke dan segalanya yang boleh menjadi kesalahan...

Aku manusia biasa yang banyak kelemahan dan banyak kekurangan...Please tegurlah aku atas segala apa yang salah agar aku perbaiki dan muhasabah diri untuk jadi lebih baik...Aku berusaha sebaik mungkin untuk jadi hamba Allah yang terbaik...

Hari khamis ini dah 15 Syaaban iaitu hari Nisfu Syaaban yang menjanjikan keampunan dan ganjaran dari-Nya...Nisfu syaaban juga hari dimana tertutupnya buku amalan lama kita dan bermulalah buku baru kita sebagai hamba kepada Allah SWT...Sama-samalah kita menyambutnya dan dari tarikh Nisfu Syaaban bermakna 15 hari saja lagi kita akan ke bulan untuk kita tingkatkan amalan kita,Bulan Ramadhan al-Mubarak..Moga kita semua sempat ke bulan Ramadhan..insyallah..

Sekali lagi Mintak maaf dari aku...


Monday, 25 June 2012

Hukum Wanita Letak Gambar Di Facebook

Soalan paling popular yang diajukan pada Ustaz Azhar Idrus...Dengarkan jawapannya...

Sunday, 24 June 2012

Ustaz Sharir Long (Bicara Hadis-Bhg 5): Syukur & Pengertiannya

Best Ustaz ni...Jom2x Dengar dan amati...Syukur...


Ni link untuk tengok ceramah2x lain...SINI

Friday, 22 June 2012

Kisah Rumput dan Murid sekolah

Kisah ini aku petikan dari cerita kawan aku...yang tampak ringkas tapi memang mendalam maksudnya...

Ada suatu pagi yang tenang sekumpulan murid darjah 3 angkasa bersuka ria di padang dalam waktu pendidikan jasmani dan kesihatan(PJK)...Pagi itu adalah bebas untuk bermain apa saja asalkan jangan main mata sudah cikgu Azman cakap...hehe...sibuklah murid-murid tadi bermain dengan apa yang mereka suka,ada main bola,main badminton,main berlari dan macam-macam lagi lah...

Tiba-tiba,seorang murid yang agak pendiam,Sufian, menanyakan pada cikgu Azman..."cikgu,saya tak minat untuk bermain hari ini,saya selalu terfikirkan bagaimana mencari CINTA SEJATI ??? "...cikgu Azman agak tergamam sekejap bilamana budak darjah 3 bertanyakan soalan itu...tapi cikgu Azman tetap jawab dengan sebaiknya...Sudah menjadi tanggungjawab dia untuk mengajar apa yang betul kepada anak-anak muridnya walaupun tiada kaitan dengan subjek tersebut...

Cikgu Azman pun berkata. "okay, semua mari kumpul kat sini sekejap,cikgu nak ajar satu benda"...Murid-muridnya pun berkumpul seperti yang disuruh..."hari ini cikgu nak kamu semua cari mana rumput yang paling cantik kat padang ni lepas tu berikan kepada cikgu,lepas itu petik dan bagi kat cikgu..tapi INGAT ! tak boleh berpatah balik kena teruskan sampai kamu betul-betul kamu temui rumput yang paling cantik bagi kamu kat padang ni...Hanya sekali je tau boleh petik rumput tu "..."okay, mulakan sekarang ! "...

 Berpusulah, murid-murid tadi mencari rumput yang paling cantik kat padang...Macam-macam ragam yang dapat lihat dengan perangai sedia ada dari budak-budak darjah 3 tadi...Yang paling bersungguh semestinya Sufian,yang tanya soalan tadi...

Sufian jumpa macam-macam rumput sepanjang padang sekolah itu tapi ada yang cantik tapi tak juga dipetiknya seperti cikgu Azman nyatakan...dia pun teruskan lari berjalan...ketemu lagi rumput lagi cantik dari sebelum ni...tapi masih belum dipetik rumput itu...dalam hatinya terdetik,"Rumput didepan lagi cantik dari rumput ini kot"....Sampailah dipenghujung padang Sufian masih tak bertemu dengan rumput yang dia rasa cantik dimatanya...Sufian pun menangis...

Cikgu Azman yang mendengar tangisan itu...segera berlari ke arah Sufian...

Cikgu Azman : "kenapa kamu menangis Sufian?"
Sufian : " saya tak dapat pun rumput yang paling cantik kat padang sini..."
Cikgu Azman : "Itulah kamu Sufian...biar cikgu terangkan..."Begitulah manusia yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang ada di depan mata,kamu telah bertemu dengan rumput cantik pada mulanya tapi hati kamu masih tidak puas hati,kamu masih mahukan yang lebih baik dari itu...Itu bukannya cinta sejati...
CINTA SEJATI adalah apabila kita bertemu dengan seseorang yang terbaik buat kita,yang kita sayang dan setia, Kita akan menghargai sebetulnya apa adanya dia,walau buruk dimata orang tapi dimata kita tetap baik saja...CINTA SEJATI takkan mencari yang lebih sempurna dimatanya tapi menerima apa yang kurang dari dia sebagai pelengkap dan kekuatan buat diri kita...Begitulah cinta sejati murid-muridku...


Okay, begitu ceritanya...aku harap korang semua faham dengan tulisan aku,yang baru first time buat cerita macam ni...hehe...Maafkan segala kekurangan aku...kritiklah aku agar aku dapat jadi lebih baik dan sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik...Aku manusia yang tak sempurna yang banyak kelemahan...

nota kaki : Hargailah siapa yang ada didepan kita, Jangan persiakan dia...Nanti dah tiada jangan sampai menyesal...Wallahualam...

Thursday, 21 June 2012

Teori VS Pengalaman

Bukan teori aku telah penuh didada, bukan juga telah banyak aku tempuhi pengalaman yang kental tapi hadir aku hanya untuk berkongsi idea dari benak fikiran anugerah Tuhan...Tiba-tiba terlintas dalam dimensi otak aku untuk tulis entri sebagai mana tajuk atas...hehe...(ayat skima)...

Teori biasa kita belajar dalam kelas hari-hari disekolah atau dimana-mana jua buku yang anda baca, takkan sama dengan pengalaman yang kita tempuh sendiri dalam hari-hari yang mendatang dalam menongkah harus kehidupan duniawi...Menempuh pengalaman tanpa kehadiran teori pun memang agak memberi kesan dalam ketaakulan membuat keputusan dan keberkesanan memilih cara...Pabila belajar teori semata-mata agar cukup membutakan cara kita bekerja dalam suasana sebenar...Begitulah, serba sedikit yang aku rasakan dalam Teori vs pengalaman...

Haruslah kita tahu yang pengalaman adalah terlalu mahal untuk dimiliki orang sebabnya bukan semua orang akan hadapi pengalaman yang sama dari situ terserlah nilai estetika yang tersendiri. Dalam pengalaman kita dapat belajar sesuatu yang baru dan lebih berharga ,yang pentingnya dari pengalaman lah terhasilnya buku untuk dibelajar teori dalam kelas...So bagi teori vs pengalaman memang tiada pemenangnya, masing-masing ada kepentingan yang tersendiri...

Kita boleh simpulkan kat sini yang keduanya pun adalah penting dalam hidup kita,belajar sebanyak mana teori yang kita mampu pasti tidak kita rugi walau sedikit kerna Allah suka pada sesiapa yang menuntut ilmu kerana-Nya dalam kita mencari keredhaan Dia yang Maha Memiliki segala ilmu...Carilah pengalaman yang berharga buat diri bagi kuatkan lagi jati diri dan kemampuan diri dalam menempuh onak duri hidup didunia dan moga kita tabah menghadapi segalanya dalam naungan dan pelihara Allah SWT...Insyallah !

nota kaki : ILMU tak kan masuk dalam otak kalau tak dicari dan difahami...Renung2kan =)

Tuesday, 12 June 2012

Kalau Facebook(FB) tak ada...

Sedar ke tak sedar dah beberapa tahun hidup kita duk depan FB je kan...Kalau dulu time belum wujudnya Facebook(FB) ni...memang semua orang macam tak kisah walau tak hadap laptop satu hari...tapi sekarang tak on9 FB 1jam pom dah rasa lain je...tapi bukan semua la macam tu kan... :P ...sesetengah je la yang addicted sgt...tapi ada FB pom bagus sebab ada jugak peluang untuk mencari rezeki lebih dari on9 FB je...buat bisnes online...macam2 la lagi...


Acu cuba, try ,test bayangkan kalau FB tak ada...???

  • Maybe kita still layan myspace,friendster,tagged...dll
  • Pagi-pagi mesti bangun gosok gigi...xla pagi2 on9 FB dulu...hehe..
  • Jumpa member mesti byk nk diceritakan...modal pun byk kot sbb dah lama tak jumpa...sekarang dalam FB pun dah byk chatting...
  • Kalau FB tak ada...perangai seseorang tu pom dapat tahu dari 'status post'...kantoi...hehe..
  • Susah juga nak cari makan dari online bisnes...maybe sebab link tak meluas macam sekarang...
  • Banyak juga kita tahu apa yang benar dan apa yang palsu dalam politik...(fhm2 sendiri)...hehe...
  • Badan mantap memang tetap nampak mantap tapi sekarang dalam FB badan mantap pun kantoi berjiwang...hehe...hati bertaman bunga ros kot..hahax...
  • Kalau FB tak ada pada aku memang berkurang la fitnah-fitnah yang terpapar kat sana-sini,macam-macam cerita la ada...bila dengar cerita separuh jalan,dah heboh kan kat FB buat status la konon...Gitu la jadinya fitnah zaman sekarang...Dah memang akhir zaman kan, fitnah berleluasa...ingat-ingat sendiri la...
  • Kalau FB tak ada, memang tak kaya la Mark Zuckenberg tu...haha...(gurau je)
  • Kalau FB tak ada, banyak la lagi sebabnya...fikirlah sendiri !...haha...
Entri ini bukan aku nak condemn FB atau mana-mana pihak...Aku just suka-suka je...Walaupun apa teknologi sekali kita gunakan, semuanya bergantung kepada kita yang menggunakannya...Tapi biarlah gunakan untuk ke arah kebaikan yeee...

Aku dengan rasminya memang dah tutup akaun FB aku, sebab aku nak setia pada dia...banyak ancaman dan fitnah buat aku dari FB ni...So biarlah aku berkorban pada yang kasih...Lagipun aku dah renungkan pesanan dari Syeikh Ahmad Yassin....

klik untuk lebih jelas
 p/s : boleh hidup je aku tak ada akaun FB...


Sunday, 3 June 2012

Kata-Kata Semangat...

Kata-kata ini diilhamkan dari yang tersayang buat yang tersayang...

Bermulanya kehidupan baru mencari 
ilmu yang suci..
Berjuang dalam pengorbanan hanya 
untuk meneruskan cita..
Tegarkan hati sanubari dalam 
perjuangan suci..
agar kita sentiasa mendapat kemanisan 
dalam fisabilillah..
 
Tabahkanlah hatimu...
moga dipermudahkan segalanya oleh Allah..
Kuatkan semangatmu...
perjuanganmu akan terbalas jua..
Beranikan hatimu...
harungi segala dugaan dan cabaran..
cekalkan hatimu...
moga tak mudah putus asa..
 
Adat dalam berjuang berkorban pada 
yang kasih..
Tiada kejayaan datang tanpa 
pengorbanan yang ditempuh..
Moga segala usaha diberkati
yang Maha Esa..

 
(moga Lia kuat dan rajin-rajin belajar dan berjaya disana...
jangan nakal2x..hehe..) 

Saturday, 26 May 2012

Aku Sanggup Tunggu dirimu...

Biasa dengarkan tajuk novel cinta macam ni?..huhu..aku memang tak baca novel tapi ada la jeling-jeling kat kedai-kedai buku berhampiran...Memang tak r aku layan novel macam ni...

Bukan la nak cerita pasal novel dalam entri ini tapi nak cerita la yang orang macam dalam tajuk ini memang bagi aku masih ada dikalangan kita...Tak percaya?...tak percaya sudah..hehe..


Bukan la salahkan menunggu seseorang yang kita sayang sehingga si dia sudah bersedia untuk dipinang dengan Bismillah...Tapi jangan kita menunggu seseorang dalam kegelapan malam tanpa kerlipan bintang...berusahalah tunggu dalam cahaya yang rahmat Allah dengan kita berdoa dan memohon harap hanya dari-Nya...Insyallah...

Memang menunggu itu suatu penyiksaan...teringat aku time sekolah dulu,tunggu cikgu masuk punya lah lama padahal malas juga belajar..hehe..Ada la geng-geng batu sekolah tulis kat papan hitam...'Menunggu itu suatu penyiksaan'...haha...Bengang juga la cikgu tu bila dah masuk...Sorry cikgu...
Tapi itu dulu la kan time nakal-nakal...Bila dah usia menginjak menjadi anak muda ini, banyak la definisi 'tunggu' dalam espresi diri masing-masing...

Apa yang penting dalam menunggu seseorang dalam hari-hari mendatang ialah kita mesti saling percaya, kenali diri dan banyak la bersabar...Yang paling utama, guna la senjata kita sebagai umat islam iaitu DOA...
Memohon pada Allah agar ditetapkan hati dan disatukan hati dibawah naungan-Nya...=)

***************************************************************************

Aku menunggu dirimu kerna aku ingin belajar menjadi lebih setia...
Agar sayang kita bertaut dalam ikatan tali setia...
Aku menunggu dirimu kerna naluriku kuat berkata pemilikan hatimu...
Agar setia dapat dijadikan ganti diri untuk mengharungi apa yang mendatang...
Aku menunggu dirimu dalam munajat doa dan istikharah cinta...
Agar kita lebih mendekatkan diri pada yang Maha mencintai...

***************************************************************************

Diadaptasi dari apa yang rasa dalam hati sendiri untuk seseorang yang special dalam hatiku...=)

Monday, 7 May 2012

Saat aku perlukan seorang pendamping

Setiap hari aku jalani rutin harianku,
bila mana saatnya tiada berubah
seperti aturcara robot yg tersedia
mengikut segala turutan hayat hidup...

Bagai tiada hujung nafasnya
bila setiap detik telah terduga
segala apanya telah tahu berlakunya
hidup bagai menyerah takdir pelaku...

Sungguhpun begitu hidup diatas takdir illahi
bagai banyak misterinya dan tidak terduga
telah ketemu kepadaku bunga harum
asbab memecahkan ais pada atur hidupku...

Melencongkan jalan hidupku pada jalan yg lurus
tangan yang akan kupimpin utk ke syurga
tak terduga Tuhan menghadiahkn aku
sebutir permata dari khayalan mimpi
bagi menyinari hidup suram aku...

Hidup aku berubah sekelip mata
tiada lagi kata menyerah takdir semata-mata
kerna kini hidupku penuh misi dan visi..
Berusaha dan terus bermunajat kerana Allah..
Bagi masa depan yang cerah dan bertarget jitu..
Insyallah..Cinta kita bersemi kerana Allah swt...
agar kita selalu dibawah naungan-Nya 
Terima kasih ya Allah...


Nukilan : Yuqi
(tajuk entri berdasarkan keseluruhan ayat diatas)...jgn lupa share and like...hehe... 

Sunday, 6 May 2012

Perjalanan kita masih jauh...

Diadaptasi dari ungkapan seseorang "perjalanan kita masih jauh"...

Aku tahu maksud kau tentang ungkapan ini...aku cuba teruskan sisa hidup berbaki untuk meneruskan perjuangan memiliki dirimu...Tidak pernah aku kenal apa maksud putus asa walau kau adalah tersirat sebagai peneman hidupku...Aku simpan ruang dalam hati aku untuk menempatkan bunga-bunga darimu bila dah tiba saat indah itu...Tidaklah aku sekadar berkhayal dalam ruang mimpi-mimpi aku...Hanya aku mampu untuk mengharap pada Allah dengan segala pengharapan kepada mu...Doa aku tidak pernah putus agar kau selalu bahagia...

Aku tahu perjalanan kita memang masih jauh...masih banyak yang kita perlu tempuhi dihari kehadapan kita...Agar kita dapat tempuhi ia dengan segala landasan berteraskan islam...Moga kita selalu dibawah naungan Dia yang Maha Mencintai...Dia lebih tahu apa yang baik buat kita jalani kehidupan sebagai hamba-Nya...Segala yang berlaku ada hikmah dan asbabnya...Agar Allah kuatkan semangat dan hati kita untuk menempuhinya bersama-sama...Agar tersemai cinta kita ke jalan untuk mendekati Allah...Moga tenang hati kita dan matang fikiran dalam mengharungi segala ujian dan dugaan dari-Nya...


Tidaklah aku berani untuk menaruh harapan pada kemuncak tinggi cinta kerana jatuhnya pasti muka menyembah ke bumi...Aku letakkan harapan dalam perjalanan kita pada Allah...berserah segalanya atas kehendak-Nya...biar Allah aturkan segalanya yang baik buat kita...Insyallah...

Friday, 4 May 2012

Yang pergi tetap pergi,Yang hidup perlu teruskan...

Sudah lumrah dalam kehidupan sebagai manusia,yang menuntun tanggungjawab khalifah di dunia akan menghadapi saat kematian..yang telah ditetapkan buat kita sejak azalinya..Tak kira pada usia dan waktu..bila ia menjemput pasti tidak awal walau sesaat mahupun lewat untuk sesaat...itu adalah janji Allah swt !

Kesedihan pasti mengiringi jasad si mati dari insan-insan tersayang..Yang mampu hanya untuk berdoa agar diberi ketenangan dan dicucuri rahmat bila dah berpindah ke alam lain..Sedih itu biasa tapi jangan kita meratapi kematian seseorang,kerna agama kita Islam melarang dari meratapi kematian..Redhakan pemergiannya..Sesungguhnya Allah lebih sayang pada dia...

Yang hidup teruskan hidup sampai kemuncak iman agar kita bersedia untuk dipanggil oleh-Nya bila-bila masa dan dimana jua..kerana setiap orang pasti merasainya..Sama-sama kita berusaha penuhi amalan-amalan kita dan meninggal larangan-Nya...Tampung la mana-mana kekurangan diri kita...

Mahakaya Allah menjadikan sesuatu ada sebab dan musababnya..Berkuasa menghidupkan dan mematikan sesiapa saja...


Sekadar menginsafi diri sendiri...ingatlah kematian !

Tuesday, 24 April 2012

Resipi : Kuih Ketayap/Kuih Gulung

Hari ini aku dapat request dari 'someone special'...hehe...Resipinya tak susah mana pun, nak buat kuih Ketayap atau di negeri Terengganu panggil 'kuih Gulung'...Kuih yang dah berzaman bagi orang Melayu dan tetap sedap dimakan...hehe...

Bahan A(utk Kulit)
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
1 sudu besar majerin dicairkan
sedikit minyak utk disapu pada kuali
utk Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung

Cara-cara Penyediaan :

1.First kita buat Untuk inti: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

3. Next, Untuk Kulit : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)

Inilah Hasilnya...


 Moga 'Si dia' buat la sedap-sedap yee...

Resepi ini aku cedok dari SINI boleh selongkar lagi Mcm2 resipi kat SINI,PotretKasih

Sultan Mizan (The handsome king of the World)

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru melepaskan takhta sebagai Yang dipertua agong yg ke-13 baru-baru ini...Rupanya telah diiktiraf sebagai 'The handsome king of the world' ...Berdasarkan kekemasan dan cara etika pemakaian Tuanku...Pengiktirafan ini dibuat oleh Polling di UK... "This is the most handsome king in the world,Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj."...Bangga aku..hehe...

 sedikit info tentang Sultan Mizan:

- dilahirkan pada 22 januari 1962 dan merupakan sultan Terengganu yang ke-16.
- Berdaulat sebagai agong ke-13 dari 13 disember 2006 hingga 12 disember 2011.
- Pendidikan awal Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman dan melanjutkan pelajaran ke Geelong Grammar School di Geelong, Australia.
- Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di Universiti Antarabangsa Amerika Syarikat-Eropah (kini dikenali sebagai Universiti Antarabangsa Alliant) di London, baginda memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengkhususan Hubungan Antarabangsa pada 9 Jun 1988.

Lagi lagi...

-  Baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda bagi Negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudiannya di lantik sebagai Pemangku Raja pada 20 Jun 1986 dan kali keduanya dari 20 Oktober hingga 8 November 1990.
Pada 28 Mac 1996, baginda telah diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah. Istiadat Perkahwinan Diraja ini telah dilangsungkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Pada 15 Mei 1998, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya.

 Setakat ini dulu...Daulat Tuanku !!!

Sumber : SINI

Friday, 20 April 2012

#Wordless = Renungan Jumaat (Tips doa Termakbul)

Aku petik gambar ini dari www.facebook.com/UstazDonDaniyalDonBiyajid...Jom...moga-moga kita dapat amalkan...=) Insyallah...

Click for enlarge

Thursday, 19 April 2012

Jangan cuba ubah Hati aku...You is means You...

Kalau dah kita kata A memang A la yang kita nak kan?...begitu juga dengan aku, mesti ade pendirian dan memfokuskan pada sesuatu yang kita impikan...Segenap aspek yang ada pasti ada apa yang kita mahukan dalam hidup...Cinta?, Prinsip hidup?, macam-macam lagi la kan...Tapi semuanya pada hati kita yang seketul ni...

Jangan ada yang cuba ubah hati aku untuk memiliki seseorang...aku jalani segala hal perkenalan agar semuanya baik-baik saja di hadapan kita...itulah usaha yang mampu untuk dilakukan tapi yang lain kita serahkan pada Allah swt...Hatiku hanya mahukan kamu ! itu doa aku agar Allah mendengar rintihan hati kedil aku ini...

Tahunya aku apa adanya...apa yang kurang dan apa yang lebih dari bunga yang bertaman dihatiku ini...Walau ada yang lebih cantik,walau ada yang lebih bijak,walau ada yang lebih baik tapi tak bisa menggoncangkan hati aku untuk berubah kerana orang lain...aku mohon agar ditetapkan hati oleh-Nya pada apa yang baik untuk diri aku...

Apa yang aku yakin bukan melampaui apa yang patut dari hukum alam tapi aku yakin dengan naluri hati aku yang diilhamkan dari-Nya untuk diri sehina aku...Aku yakin dengan jalan jodoh-Mu...Yang baik untuk yang baik dan yang jahat untuk orang jahat...=)
Agar keyakinan aku membuatkan aku lebih dekat kepada-Mu Ya Allah...Amin...


Hanya Allah yang bisa ubah hati kerdilku...aku bukan baik tapi aku cuba sebaiknya untuk menjadi terbaik...bukan la manusia kalau tiada salahnya tapi apa yang penting cepat-cepat kembali ke pangkal jalan bila dah terhantuk dari lamunan...Maafkan aku kalau ada salah...aku tetap aku...=)

nota kaki : boleh tahan tak bila ayat aku berbunga-bunga...hehe...

Friday, 13 April 2012

Senyum itu Menawan =)


Senyum...Ada tak orang yang tak tahu nak senyum??..hehe..Memey tak ada la kan...telah menjadi fitrah pada kita manusia untuk mengespresikan mimik muka mengikut mood kita...Senyum adalah paling menawan hati sesiapa saja bila terserlah diwajah kita, bahkan dalam Islam senyum dianggap sebagai sedekah pada orang...:)

Senyum...tak perlu kata apa-apa seperti lirik lagu ciptaan Malique, lagu ini sangat signifikan pada kepentingan senyum dalam hidup kita, malah senyum dapat mengubah hari kita menjadi Happy...tapi jangan pula tersenyum sorang2...hehe...nanti........sambung sendiri...hehe...

Senyum...permulaan pada perhubungan seseorang dalam percintaan, kata orang itu trick untuk memikat hati...takkan nak adjust awekz, dah bermuka masam macam cuka kan..huhu...tapi jangan salah anggap,bukan semua yang senyum nak ngorat je kerjanya...

Senyum...dapat mengeratkan silaturahim sesama tetangga...nak ke kita dekati orang yang muka Bengkeng !!!...memang tak r kan...So Senyum la sokmo...menarik cas-cas positif pada sekeliling kita dan memudahkan orang untuk mendekati kita...Dr.Azizan mentor aku pernah cakap yang dalam perniagaan 'SENYUM' adalah penting untuk mengorak langkah berjaya menjadi jutawan...

Sampai sini dulu...nanti dah panjang sangat,melalut pulak..hehe...
Nota kaki : ...Senyum selalu, kilasan peribadi positif kita...

Tuesday, 10 April 2012

Kontest- Dia Dihatiku, Dia Idamanku


Ni first time aku masuk contest sejak jadi blogger…tertarik nak sertai brother amirnawawi punya contest…Aku buat entri ringkas je...sudi2 la baca yeee...hehe...

Klik Banner atas, utk sertai kontest...

Dia dihatiku, Dia Idamanku

Aku just namakan gadis ni sbg Miss L …
Kali pertama tengok miss L dah terdetik dihati yang ini la yang aku cari dan mungkin dia la pemilik tulang rusuk kiri aku…Perwatakan miss L memikat hatiku…sopan santun,budi pekerti dan keletahnya tak jemu aku mengerti disegenap hariku…ilmu agama dan pendiriannya menyentuh ruangan hatiku…
Kekurangan miss L aku tampalkan dengan kelebihan aku yang ada, Kelebihan miss L aku kuatkan dengan kekurangan diriku…Selama mencari aku jumpai gadis seindah Miss L...tiada kata sebaik Alhamdulillah tanda aku bersyukur ditemukan bersama...

Miss L membuka hatiku untuk melayari kehidupan yang bakal berlaku…

Miss L seakan semangat pada diriku untuk aku meneruskan perjuangan…

Aku mengharapkan Miss L adalah dating dalam hidupku untuk menjadi suri dihati sepiku

Aku sentiasa berdoa agar Miss L menjadi jodohku yang pertama dan terakhir…

Ya Allah,panjangkan jodoh aku dengan Miss L sehingga akhir hayatku,semaikanlah cinta kami dengan landasan dari kehendak agama-Mu…
Semarakkan bunga cinta kami agar sentiasa bersama hanya kerana takdir-Mu…Amin