Tuesday 24 April 2012

Resipi : Kuih Ketayap/Kuih Gulung

Hari ini aku dapat request dari 'someone special'...hehe...Resipinya tak susah mana pun, nak buat kuih Ketayap atau di negeri Terengganu panggil 'kuih Gulung'...Kuih yang dah berzaman bagi orang Melayu dan tetap sedap dimakan...hehe...

Bahan A(utk Kulit)
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
1 sudu besar majerin dicairkan
sedikit minyak utk disapu pada kuali
utk Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung

Cara-cara Penyediaan :

1.First kita buat Untuk inti: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

3. Next, Untuk Kulit : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)

Inilah Hasilnya...


 Moga 'Si dia' buat la sedap-sedap yee...

Resepi ini aku cedok dari SINI boleh selongkar lagi Mcm2 resipi kat SINI,PotretKasih

Sultan Mizan (The handsome king of the World)

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru melepaskan takhta sebagai Yang dipertua agong yg ke-13 baru-baru ini...Rupanya telah diiktiraf sebagai 'The handsome king of the world' ...Berdasarkan kekemasan dan cara etika pemakaian Tuanku...Pengiktirafan ini dibuat oleh Polling di UK... "This is the most handsome king in the world,Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj."...Bangga aku..hehe...

 sedikit info tentang Sultan Mizan:

- dilahirkan pada 22 januari 1962 dan merupakan sultan Terengganu yang ke-16.
- Berdaulat sebagai agong ke-13 dari 13 disember 2006 hingga 12 disember 2011.
- Pendidikan awal Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman dan melanjutkan pelajaran ke Geelong Grammar School di Geelong, Australia.
- Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di Universiti Antarabangsa Amerika Syarikat-Eropah (kini dikenali sebagai Universiti Antarabangsa Alliant) di London, baginda memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengkhususan Hubungan Antarabangsa pada 9 Jun 1988.

Lagi lagi...

-  Baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda bagi Negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudiannya di lantik sebagai Pemangku Raja pada 20 Jun 1986 dan kali keduanya dari 20 Oktober hingga 8 November 1990.
Pada 28 Mac 1996, baginda telah diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah. Istiadat Perkahwinan Diraja ini telah dilangsungkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Pada 15 Mei 1998, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya.

 Setakat ini dulu...Daulat Tuanku !!!

Sumber : SINI

Friday 20 April 2012

#Wordless = Renungan Jumaat (Tips doa Termakbul)

Aku petik gambar ini dari www.facebook.com/UstazDonDaniyalDonBiyajid...Jom...moga-moga kita dapat amalkan...=) Insyallah...

Click for enlarge

Thursday 19 April 2012

Jangan cuba ubah Hati aku...You is means You...

Kalau dah kita kata A memang A la yang kita nak kan?...begitu juga dengan aku, mesti ade pendirian dan memfokuskan pada sesuatu yang kita impikan...Segenap aspek yang ada pasti ada apa yang kita mahukan dalam hidup...Cinta?, Prinsip hidup?, macam-macam lagi la kan...Tapi semuanya pada hati kita yang seketul ni...

Jangan ada yang cuba ubah hati aku untuk memiliki seseorang...aku jalani segala hal perkenalan agar semuanya baik-baik saja di hadapan kita...itulah usaha yang mampu untuk dilakukan tapi yang lain kita serahkan pada Allah swt...Hatiku hanya mahukan kamu ! itu doa aku agar Allah mendengar rintihan hati kedil aku ini...

Tahunya aku apa adanya...apa yang kurang dan apa yang lebih dari bunga yang bertaman dihatiku ini...Walau ada yang lebih cantik,walau ada yang lebih bijak,walau ada yang lebih baik tapi tak bisa menggoncangkan hati aku untuk berubah kerana orang lain...aku mohon agar ditetapkan hati oleh-Nya pada apa yang baik untuk diri aku...

Apa yang aku yakin bukan melampaui apa yang patut dari hukum alam tapi aku yakin dengan naluri hati aku yang diilhamkan dari-Nya untuk diri sehina aku...Aku yakin dengan jalan jodoh-Mu...Yang baik untuk yang baik dan yang jahat untuk orang jahat...=)
Agar keyakinan aku membuatkan aku lebih dekat kepada-Mu Ya Allah...Amin...


Hanya Allah yang bisa ubah hati kerdilku...aku bukan baik tapi aku cuba sebaiknya untuk menjadi terbaik...bukan la manusia kalau tiada salahnya tapi apa yang penting cepat-cepat kembali ke pangkal jalan bila dah terhantuk dari lamunan...Maafkan aku kalau ada salah...aku tetap aku...=)

nota kaki : boleh tahan tak bila ayat aku berbunga-bunga...hehe...

Friday 13 April 2012

Senyum itu Menawan =)


Senyum...Ada tak orang yang tak tahu nak senyum??..hehe..Memey tak ada la kan...telah menjadi fitrah pada kita manusia untuk mengespresikan mimik muka mengikut mood kita...Senyum adalah paling menawan hati sesiapa saja bila terserlah diwajah kita, bahkan dalam Islam senyum dianggap sebagai sedekah pada orang...:)

Senyum...tak perlu kata apa-apa seperti lirik lagu ciptaan Malique, lagu ini sangat signifikan pada kepentingan senyum dalam hidup kita, malah senyum dapat mengubah hari kita menjadi Happy...tapi jangan pula tersenyum sorang2...hehe...nanti........sambung sendiri...hehe...

Senyum...permulaan pada perhubungan seseorang dalam percintaan, kata orang itu trick untuk memikat hati...takkan nak adjust awekz, dah bermuka masam macam cuka kan..huhu...tapi jangan salah anggap,bukan semua yang senyum nak ngorat je kerjanya...

Senyum...dapat mengeratkan silaturahim sesama tetangga...nak ke kita dekati orang yang muka Bengkeng !!!...memang tak r kan...So Senyum la sokmo...menarik cas-cas positif pada sekeliling kita dan memudahkan orang untuk mendekati kita...Dr.Azizan mentor aku pernah cakap yang dalam perniagaan 'SENYUM' adalah penting untuk mengorak langkah berjaya menjadi jutawan...

Sampai sini dulu...nanti dah panjang sangat,melalut pulak..hehe...
Nota kaki : ...Senyum selalu, kilasan peribadi positif kita...

Tuesday 10 April 2012

Kontest- Dia Dihatiku, Dia Idamanku


Ni first time aku masuk contest sejak jadi blogger…tertarik nak sertai brother amirnawawi punya contest…Aku buat entri ringkas je...sudi2 la baca yeee...hehe...

Klik Banner atas, utk sertai kontest...

Dia dihatiku, Dia Idamanku

Aku just namakan gadis ni sbg Miss L …
Kali pertama tengok miss L dah terdetik dihati yang ini la yang aku cari dan mungkin dia la pemilik tulang rusuk kiri aku…Perwatakan miss L memikat hatiku…sopan santun,budi pekerti dan keletahnya tak jemu aku mengerti disegenap hariku…ilmu agama dan pendiriannya menyentuh ruangan hatiku…
Kekurangan miss L aku tampalkan dengan kelebihan aku yang ada, Kelebihan miss L aku kuatkan dengan kekurangan diriku…Selama mencari aku jumpai gadis seindah Miss L...tiada kata sebaik Alhamdulillah tanda aku bersyukur ditemukan bersama...

Miss L membuka hatiku untuk melayari kehidupan yang bakal berlaku…

Miss L seakan semangat pada diriku untuk aku meneruskan perjuangan…

Aku mengharapkan Miss L adalah dating dalam hidupku untuk menjadi suri dihati sepiku

Aku sentiasa berdoa agar Miss L menjadi jodohku yang pertama dan terakhir…

Ya Allah,panjangkan jodoh aku dengan Miss L sehingga akhir hayatku,semaikanlah cinta kami dengan landasan dari kehendak agama-Mu…
Semarakkan bunga cinta kami agar sentiasa bersama hanya kerana takdir-Mu…Amin


Monday 9 April 2012

Jika esok tiada lagi cahaya…


Mata dalam kehidupan seharian kita sangat penting untuk menjalani rutin harian kita secara normal. Mata gunanya melihat wajah orang-orang kita sayangi, melihat keindahan alam ciptaan Tuhan dan macam-macam lagi…

Pernah terfikir tak macam mana hidup orang buta?...Mesti susahkan…jom kita renungi kalau kita berada di tempat mereka…katakanlah 3hari saja kita bertukar tempat dengan mereka yang buta…kita jadi buta untuk 3hari?..dan si buta dapat melihat untuk 3hari?...

Bayangkan betapa gembira mereka yang buta dapat melihat walaupun hanya untuk 3hari…macam2 la mereka membahagi masa untuk buat apa saja dan lihat apa saja yang mereka mahukan sebelum ini…Paling penting untuk  melihat wajah insan yang paling disayangi dan orang sekeliling mereka yang selama ini tak jemu membantu apa yang perlu…lagi lagi lagi…Mereka juga akan merenungi puas2 keindahan alam dan sekeliling tempat yang mereka membesar…betapa Happy hati mereka kan?...:)


Bayangkan pula macam mana kita yang hidup sebagai Orang buta…pasti banyak keluhan dari diri kita sendiri…banyak yang kita tak dapat nak lakukan sendirian..bantuan orang adalah kita perlukan untuk menjalani rutin harian orang buta…Susah ke jadi orang buta?...Kalau dah buta kita nak menonton TV pun tak boleh, hanya sekadar mendengar Radio…Berjalan sendirian ke sesuatu tempat tanpa mata memang susah kan…Itu la yang dilalui orang buta tiap-tiap hari mereka…banyak yang tak dapat dilakukan secara normal, Tapi orang buta memiliki hati yang terang dan sebagai ganti bagi mata yang normal...

Entri ni adalah sekadar merenungi apa yang kadang-kadang kita terlepas pandang…Moga kita lebih menghargai semua deria kita yang ada…Gunakan sebaik mungkin ke jalan yang terbaik untuk diri dan sekeliling kita…
Ingat !!!  Setiap ciptaan Allah ada asbabnya, kita perlu memahami dan merasai dengan hati agar kita menghargai semua orang disekeliling kita…Jangan cepat menyalahkan pada takdir atas kekurangan diri…

Renungi kenapa Allah mengkehendaki takdir itu berlaku kepada kita…Setiap yang tercipta dan terjadi ada asbabnya...:)