Showing posts with label Dunia Hari ini. Show all posts
Showing posts with label Dunia Hari ini. Show all posts

Friday, 8 August 2014

Boikot bukan hanya dibibir

Assalamualaikum .. Hangat sekarang dengan pelbagai boikot dari merata tempat untuk kebebasan rakyat Gaza, Palestine dari kekejaman Israel laknatullah .. Boikot ini sepatutnya telah lama berlangsung tetapi tahun ini adalah yang paling berjaya apabila dua syarikat besar Mac Donalds dan Coca Cola telah mengalami kerugian akibat dari boikot yang kita telah usahakan .. Syabas pada semua !

Boikot kita bukan hanya sekadar dibibir tapi biarlah bertekad dengan hati untuk menolong saudara-saudara kita di Gaza .. Janganlah ada yang di Facebook berkempen sakan boikot tapi bila melepak masih di Mac D .. Tak ada gunanya kita menjadi sebegitu rupa yang hanya menguntungkan pihak yang salah saluran sumbernya ..






Boikot juga bukan hanya pada pada Mac D dan Coca Cola tapi pada semua yang menyalurkan wang keuntungan pada Israel dan sekutunya ..

Ramai kata "ala kalau kau boikot takkan terjejaslah syarikat besar macam itu " .. Sebenarnya kita kena faham tujuan boikot diadakan .. 1. Untuk memberi tekanan bahawa tindakan menyalurkan dana pada Israel adalah salah .. 2. Sebagai tanda protes kita pada mereka yang telah menyeksa saudara-saudara kita di Gaza .. 3. Boikot kita juga sebagai usaha kecil kita pada Gaza, sedangkan nak pergi berjihad di Gaza memang belum mampu ..

Kita kena ingat yang boikot ini akan memberi impak pada mereka di Gaza dan jangan kita memandang negatif pada usaha memboikot ini .. kalau pun kita tak mampu memboikot semua barangan kita cuba untuk boikot sebahagian dari barangan bersekutukan Israel .. sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk menyumbang pada saudara-saudara kita di Gaza ..

Jangan jadi macam ni !

Banyak sebenarnya produk yang berkaitan dengan Israel dan boleh lihat kat SINI ...(tekan link ini <<)

Aku nak pesanlah dalam untuk boikot pun kita harus jaga adat-adat yang telah diajar dalam Islam dan teladan dari Baginda Nabi Muhammad SAW .. Jangan kita menjadi terlalu radical boikot sampai ada aku dengar pekerja Starbucks diludah, tak patut berlaku sebegitu rupa kerana kita Muslim telah diajar nilai-nilai murni dari teladan Baginda Nabi Muhammad SAW ..
 
Untuk akhir entri ini aku sertakan video mesti tengok kenape patut boikot Mac D !

Lihat video ini dari laman pages FB Sukan Star TV .. Boikot Mac D bukan sebab Israel semata tapi ... Video

Jika salah tegur, Jika tak tahu bertanya .. Wallahua'lam

Saturday, 4 May 2013

Keyboard Warrior

Hari ini baru tergerak hati nak tulis entri baru..haha..nampak bebenor pemalasnya...

Tajuk atas itu dah lama aku tulis tapi sebab kekangan masa dan keadaan baru hari ini nak update...Mungkin dah basi cerita pasal Keyboard Warrior tapi ikut suka aku la nak tulis juga...haha...

Pada sesiapa yang tak tahu perkataan keyboard warrior ini terbit pada kala beberapa bulan sudah sempena pilihan raya yang bakal berlangsung 5 may 2013 ini...Straight to the point, Keyboard warrior bermaksud seseorang yang berjuang dalam dunia penulisan semacam blog ini tak kira dari segi bidang apa sekalipun sukan mahupun politik dan pelbagai lagi bidang...Medium ini adalah satu permulaan perjuang bagi seseorang dari menghadapi realiti sebenar diluar dunia maya...

Ramai yang kata keyboard warrior ini adalah penakut dan hanya berani pada papan kekunci sahaja...Pada aku tiada istilah pengecut dalam realiti sebenar kerana itu adalah cara perjuangan seseorang untuk sesuatu yang mereka pertahankan...Ramai yang mungkin tak bersetuju pada pendapat aku tapi bukan semua yang keyboard warrior ini adalah pengecut sebabnya ada yang berani untuk bersemuka bila tiba masanya diperlukan berbuat demikian...

Tak salah kita nak memberi pendapat atau pandangan tapi biarlah kena pada tempat dan caranya...tak perlulah kita sekadar berani dibelakang tapi bila didepan lari tak keruan...buat sesuatu perkara itu biarlah berasas dan berbuktikan yang kukuh dari kita lari pada kemudian harinya...dah macam Presiden pula kata-kata akhir aku..hehe..

Menunggu detik untuk Mengundi...First time mengundi ni...!

Sunday, 3 February 2013

Nazmi Faiz, Kebodohan Terserlah

Nama Nazmi Faiz sekarang ni memang hangat dipasaran..dengan cerita scandalnyaa..yang terbaru pasal perpindahan masuk ke Selangor PKNS, selepas keluar dari kelab diluar negara iaitu (SC0 Beira Mar..semuanya berlaku secara mengejutkan !

Tindakan ini memang banyak menimbulkan spekulasi yang tak senang ditelinga banyak pihak mendengarnya...Banyak juga persoalan yang belum terjawab dari tuan punya badan...

Impak dari Tragedi Nazmi Faiz memberi ketidakpercayaan banyak pihak pada pemain Malaysia.. =(

Apa Impaknya ?...

1) Seakan menutup periuk nasik pemain lain
Kenyataan ini dikeluarkan sendiri dari Ong Kim Swee, bernada kecewa bila membuat keputusan yang drastik tanpa memikirkan akibatnya..Pemain berbakat lain akan kena tempiasnya bilamana pihak luar akan meragui komitmen pemain dari Malaysia untuk dikembangkan bakat ke sayap liga lain.

2) Imej Malaysia tercalar
Seseorang yang mewakili negara secara automatik membawa nama negara ke persada dunia..Bila kejadian sebegini terjadi maka imej negara kita sedikit terjejas dalam industri sukan ini..Pihak luar akan memandang sinis pada negara kita disebabkan kejadian ini, seperti peribahasa 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'..

3) Melepaskan peluang keemasan
Peluang begini tidak sampai pada seseorang berkali-kali, cukup sekali buat kita untuk diuji kecekalan kita menghadapinya..Bermain dinegara orang tak kan sama bermain dinegara sendiri dengan pengalaman dan gaya permainan yang jauh berbeza, pengalaman berharga beginilah yang dilepaskan oleh Nazmi..

Aku tak memadai untuk buat ulasan begini..tapi inilah hakikatnya dengan apa yang terjadi..Yang kini memberi tempias pada Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam yang katanya akan dilamar untuk pasukan kelab Jepun FC Ryukyu..Bagaimanakah?..nantikannya...

Nantikan juga kenyataan dari Nazmi Faiz... =)




Nota kaki : Matang dalam berfikir adalah perlu untuk keputusan terbaik..Matang bukan pada umur tapi pada pengalaman dan didikan..

Friday, 11 January 2013

Rebat Handphone Rm200

Pagi-pagi buta ni aku nak update suatu yang agak hot sekarang ni...yang kini dibuka untuk permohonan...apakah?..

tak yah nak suspen sangat...sebenarnya pasal rebat handphone yg kerajaan kita bagi untuk anak-anak muda..

straight to the point....

syarat-syarat permohonan :-
# umur 21 tahun hingga 30 tahun
#pendapatan Rm3000 ke bawah
#Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (aku tak tahu model ape)

Cara nak daftar mudah je klik kat SINI


mohon la yee pada sape2 yang layak..aku pom haruslah mohon...Sayoonara

Tuesday, 12 June 2012

Kalau Facebook(FB) tak ada...

Sedar ke tak sedar dah beberapa tahun hidup kita duk depan FB je kan...Kalau dulu time belum wujudnya Facebook(FB) ni...memang semua orang macam tak kisah walau tak hadap laptop satu hari...tapi sekarang tak on9 FB 1jam pom dah rasa lain je...tapi bukan semua la macam tu kan... :P ...sesetengah je la yang addicted sgt...tapi ada FB pom bagus sebab ada jugak peluang untuk mencari rezeki lebih dari on9 FB je...buat bisnes online...macam2 la lagi...


Acu cuba, try ,test bayangkan kalau FB tak ada...???

  • Maybe kita still layan myspace,friendster,tagged...dll
  • Pagi-pagi mesti bangun gosok gigi...xla pagi2 on9 FB dulu...hehe..
  • Jumpa member mesti byk nk diceritakan...modal pun byk kot sbb dah lama tak jumpa...sekarang dalam FB pun dah byk chatting...
  • Kalau FB tak ada...perangai seseorang tu pom dapat tahu dari 'status post'...kantoi...hehe..
  • Susah juga nak cari makan dari online bisnes...maybe sebab link tak meluas macam sekarang...
  • Banyak juga kita tahu apa yang benar dan apa yang palsu dalam politik...(fhm2 sendiri)...hehe...
  • Badan mantap memang tetap nampak mantap tapi sekarang dalam FB badan mantap pun kantoi berjiwang...hehe...hati bertaman bunga ros kot..hahax...
  • Kalau FB tak ada pada aku memang berkurang la fitnah-fitnah yang terpapar kat sana-sini,macam-macam cerita la ada...bila dengar cerita separuh jalan,dah heboh kan kat FB buat status la konon...Gitu la jadinya fitnah zaman sekarang...Dah memang akhir zaman kan, fitnah berleluasa...ingat-ingat sendiri la...
  • Kalau FB tak ada, memang tak kaya la Mark Zuckenberg tu...haha...(gurau je)
  • Kalau FB tak ada, banyak la lagi sebabnya...fikirlah sendiri !...haha...
Entri ini bukan aku nak condemn FB atau mana-mana pihak...Aku just suka-suka je...Walaupun apa teknologi sekali kita gunakan, semuanya bergantung kepada kita yang menggunakannya...Tapi biarlah gunakan untuk ke arah kebaikan yeee...

Aku dengan rasminya memang dah tutup akaun FB aku, sebab aku nak setia pada dia...banyak ancaman dan fitnah buat aku dari FB ni...So biarlah aku berkorban pada yang kasih...Lagipun aku dah renungkan pesanan dari Syeikh Ahmad Yassin....

klik untuk lebih jelas
 p/s : boleh hidup je aku tak ada akaun FB...


Tuesday, 24 April 2012

Sultan Mizan (The handsome king of the World)

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru melepaskan takhta sebagai Yang dipertua agong yg ke-13 baru-baru ini...Rupanya telah diiktiraf sebagai 'The handsome king of the world' ...Berdasarkan kekemasan dan cara etika pemakaian Tuanku...Pengiktirafan ini dibuat oleh Polling di UK... "This is the most handsome king in the world,Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj."...Bangga aku..hehe...

 sedikit info tentang Sultan Mizan:

- dilahirkan pada 22 januari 1962 dan merupakan sultan Terengganu yang ke-16.
- Berdaulat sebagai agong ke-13 dari 13 disember 2006 hingga 12 disember 2011.
- Pendidikan awal Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman dan melanjutkan pelajaran ke Geelong Grammar School di Geelong, Australia.
- Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di Universiti Antarabangsa Amerika Syarikat-Eropah (kini dikenali sebagai Universiti Antarabangsa Alliant) di London, baginda memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengkhususan Hubungan Antarabangsa pada 9 Jun 1988.

Lagi lagi...

-  Baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda bagi Negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudiannya di lantik sebagai Pemangku Raja pada 20 Jun 1986 dan kali keduanya dari 20 Oktober hingga 8 November 1990.
Pada 28 Mac 1996, baginda telah diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah. Istiadat Perkahwinan Diraja ini telah dilangsungkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Pada 15 Mei 1998, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya.

 Setakat ini dulu...Daulat Tuanku !!!

Sumber : SINI

Wednesday, 28 March 2012

Otai blogger Tak senang Duduk...

Blog bagi aku sekadar suke2 je...saja nak cuba nasib, kalau-kalau ada rezeki ikut jalan sini...Tapi bagi yang cari makan melalui blog ni memang blog dah anggap macam anak sendiri la kot...maklum la periuk nasik kan...Aku pernah bayangkan la macam mana la hidup seorang blogger Tegar !!!...Full-time job as the blogger...(speaking London)...hehe...

Bayangkan yeee...

Kalau dah popular mesti la ramai follower kan...So memang popular la dikalangan blogger-blogger yang ada...Tapi jangan ingat dah popular boleh relax je, buat entry seminggu sekali je kan...

Makin bertambah la kerja-kerja sebagai blogger yang sebenarnya...Tiap-tiap hari kena perah otak kena buat entry untuk peminat-peminat yang dah Like atau dah follow...

Lagi lagi lagi...

Promotion untuk iklan pun bertambah la kan, kena la pula buat 'deal' dengan klien pasal iklan kat blog dan cara promosi ke apa...macam-macam la kan....Busy la jugak kan...Otai-otai blogger maybe ada jemputan untuk hadir ke majlis-majlis yang berkaitan dengan blog ke...busy kan ?...huhu...

Ingat !!! tak ada kerja yang boleh santai dan relax je memanjang...Dah fitrah hidup sebut saja kerja memang la kena guna keringat yang ada bagi sesuap nasik...samaada keringat dari badan  ataupun dari power brain kita yang ada ini...

Otai-otai blogger pada bayangan aku mesti kerjanya menghadap Laptop je kot...Memang la perlu untuk update blog...kalau tak pun guna mana-mana gadget yang Fofular macam Ipad, galaxy tab ke and so On...

Aku respect dengan Abg BenAshaari yang memang sentiasa ada je idea baru untuk buat entri blog die.... Abg Ben memang dah sampai tahap otai r kan...ada lagi yang otai-otai....yang maybe aku sendiri tak habis explore semua blog-blog dieorang...hehe...

Kalau ada salah dalam entri ni...sila tegur...Let me know it...Sayoonara...

Tuesday, 13 March 2012

Hot Video FB : Farahana Jamaludin Desak TG Nik Aziz Letak Jawatan

Layan Hot vdo FB ni...
Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin


Tak tahu nak cakap apa aku tengok video ni...Apa kaitan perletakan jawatan Datuk seri Shahrizat dengan Tok guru Nik Aziz ?...Tak faham betoi aku !..inilah dunia politik...takut ke tak boleh nak rampas kelantan bila ada tok guru Nik Aziz...?

Pada aku ini semua adalah sekadar propaganda bila dah nak pru13...nak memburukkan pihak pembangkang dengan tohmahan yang mengarut kepada seorang Ulamak kita...
 Dah tak ada modal kot nak mengampu Farahana ni...hahax...

Fikir-fikirlah yee...dah terang lagi bersuluh...
Yang benar pasti berani ke depan dan yang salah memang sukarela mengundur diri...:)

Sumber video dari: Page ini dan page lain

Nurul Nadirah...Rentung...


Memang betul-betul terkejut aku bila baca berita pasal ni...budak 5 tahun, adik Nurul Nadirah dibunuh kejam yang ditemui rentung mayatnya...Siapa Perlaku?...memang betul-betul syaitan siapa yang buat ni, waras ke jika sanggup bakar budak 5 tahun...Nauzubillah...:(

Aku harapkan moga si pelaku mendapat balasan yang setimpalnya dari Allah swt...

Takziah buat keluarga adik Nurul Nadirah , moga tabah menerima semua dugaan Allah...
Al-Fatihah buat adik...yang pasti Adik Nurul Nadirah pasti ke Syurga...:)

Friday, 17 February 2012

Motoku Terbang di kawah Bulan

Jangan tertipu dengan tajuk entri ini, bukan nak mengarut tapi memang realiti...hehe...Kawah-kawah yang dimaksudkan tu dari inspirasi lubang-lubang di jalan raya Terengganu ni...memang banyak la, kalau nak kira memang habis memori kalkulator je...nmpk benor nipu situ...hehe....

Actually, jalan yang dimaksudkan adalah lepas dari Lebuh Raya Timur 2 (LPT2)...Jalan dari bukit besi sampai la Bandar A.M.B.S (ni jalan biasa aku lalu)...tapi setahu aku jalan lepas dari Bdr A.M.B.S ni pun tak cantik mana pun...Memang sakit hati la, nak2 kalau pada yang guna sport rim ke...kalau dah terjun lubang memang patah la gamoknyeee...Memang dah ramai jadi mangsa jalan ni...

So nak salahkan sape???...wakil rakyat ke?...JKR ke ???...jawab la sendiri yeee...ke nak tunggu masuk Aduan Rakyat baru nak baiki semuanya...!!...aku harap la baiki la jalan tu cepat2 yeee sebelum ramai lagi yang jadi mangsa macam aku...tadi dah terjun lubang 2 kali mujur aku penunggang yang berhemah, bwk slow je...hehe..tapi tersentap jgk tulang pelvis aku ni...ish3...sakit wow !!..

Gambar hiasan
Entri ini sekadar picisan je...tapi memang mengharap perubahan pada jalan raya kita...Lu pikir r sendiri !!


Monday, 13 February 2012

Kenapa Dunia ini Kejam?...Bila Duit Berbicara...

Kuasa duit sekarang bisa meruntuhkan institusi dunia yang bahagia...Si kaya berterusan rakus mengumpul harta dunia,Si miskin terus jatuh menyembah muka ke bumi...

Kemana arahnya hati keikhlasan bila semuanya seakan bergantung padu pada duit...Pada dunia duit adalah segalanya,Pada akhirat dunia tiada maknanya...
Duit mana yang mampu duduk diam...dikala dunia moden sekarang duit berkejaran kesana kemari...bertukar tangan pemilik dengan segala macam hal urusannya...

Bukan segala hal duit itu buruk namanya...asal saja kemana niat kita adalah islam menjadi pegangan...Buat semuanya kerana yang Maha Esa...
Duit oh duit...
tiada yang datang bergolek ke riba sendiri,yang pasti siapa yang berusaha pasti dapat apa nafsu mahukan...Tapi jika jatuhnya duit ke tangan yang durjana pasti padah menimpa...Kalau tangan yang suci memegangnya pasti,segumpal duit memberi manfaat pada masyarakatnya...

-...Nukilan realiti kehidupan moden sekarang...-

Sunday, 8 January 2012

Muzik FM Berkubur

 Setelah menyusuri tahun gemilang selama 36 tahun sebagai radio kerajaan yang paling popular, pada 4 januari 2012(hari rabu) terkubur sudah siaran radio ini di siaran media radio umum...Aku antara peminat radio Muzik FM ini sebelum adanya siaran radio swasta yang popular sekarang...

Mengimbau semula kenangan aku pada zaman sekolah dulu, Muzik FM la menjadi peneman malam2 aku dengan segmen Pilihan Bersama...Antara segmen yang paling aku minat, sebab dulu mana nak ada sangat internet ke apa kan, Zaman FB pun tak kembang lagi dulu...So kalau nak dengar lagu2 yang best,Segmen ini la yang aku suka...:D agak sedih bila Muzik FM dah tutup secara rasmi di siaran umum tapi masih boleh didengar secara Online di laman ini...Muzik FM ...

Katanya ada siaran radio baru yang bakal menggantikan Muzik FM ?...Sama2 kita nantikan...Samaada dapat menandingi siaran radio2 lain yang semakin banyak dipasaran...


 Jom buat duit dengan ChurpChurp

Tuesday, 13 December 2011

Blogger raih 1juta !!! Fuyooo

Atas ini la petikan dari Berita Minggu(11/12/2011)...tajuk utamanya 'Blogger Untung 1juta'...Fuyooo...aku memang excited saja bila baca berita ini...Jangan sangka ber'blogger' tak boleh jadi kaya...kalau kena cara dan cerita yang disampaikan memang boleh kasi untung wa cakap lu..huhu...

Kebiasaannya Blog yang ada cerita-cerita panas dan gosip-gosip Artis la yang Hot dipasaran...memang tak dinafikan orang kita suka dengar cerita-cerita gosip...Tapi tak semua la kan yang macam itu...

Menjadi kebiasaan juga Blogger Wanita lebih cepat naik...tak kurang juga Blogger Lelaki ada juga yang glamour...dari pengamatan aku sebagai yang suka baca blog...tak kira la blogger tu lelaki ke wanita,yang penting cerita menarik dan bila baca tu boleh 'Happy' je rasa hati...dan yang penting juga ada pengisian ilmu...

Blogger wanita yang berjaya memikat hati aku sekarang ni ialah Yuyu Zulaikha
=aku dah macam jatuh cinta dengan dia..hehe..(tulisan dia la)...Best !!!

Blogger lelaki yang berjaya meragut hatiku pula ialah BEN ASHAARI
=tulisan dia memang ikhlas dan tulus...cara penyampai tulisan berlainan...Best !!!

Jom la kita pakat ber blog lake...Tapi Ingat !!! kalau jadi blogger kena hati ikhlas Der... =D

Wednesday, 23 November 2011

Layan Isteri dah macam Binatang


Orang kahwin..dia pun nk kahwin tapi tak pandai jaga bini...ape Kes ??...ini la berita utama akhbar metro hari ni...PUTAR ISTERI...terjadi di KL...

Mmg kejam tindakan suaminya bilamana si isteri diseterika dimuka,dipukul dan yg paling tragis bila digantung di kipas siling...dan lagi...di ON pula kipas tu...tak ke berputar bini die tu !!! ...mmg kejam sgt la bini yg sepatutnya dibahagiakan hari-harinya diperlakukan begini...ish3...bawak2 la mengucap yeee...

aku terfikir sejenak...jenis pemikiran apa yg sampai sanggup buat mcm ni pada bini sendiri  !!!...pada kebiasaannya dari yg aku tahu manusia begini mengalami Sakit MEntal yg mugkin trauma dari zaman kanak2...ataupun Halusinasi dalam diri sendiri

jgn pandang enteng pada kanak2 yg sanggup menyembelih atau berniat begitu terhadap haiwan contohnya KUCING...pada sudut Psikologi..., kanak2 itu tak mustahil boleh menjadi pesakit mental pada dewasanya...sebab jgn tak tahu kanak2 juga boleh stress dan mengalami kemurungan so pandai2 la ye kalau sesuatu mencurigakan berlaku pada anak,adik atau sesiapa saja yg anda sayangi...berjumpa la pada mereka yg pakar...agar dapat dikesan pada peringkat awal yg mana yg lebih mudah dirawat...

kalau sakit jumpa doktor...kereta rosak jumpa mekanik..kalau lapar,makan jawabnya...

sorry kalau ada salah...hehe..tolong tegur sy kalau salah...


Friday, 18 November 2011

Pesta SPM


Gila la budak2 sekarang eik...SPM tak habis lagi tapi dah berpesta sakan dikelab...Ape kes???...cari jawapan ke dalam kelab tu untuk next paper SPM !!! ...ish3x..memang runtuh la moral sebahagian pelajar2 kita sekarang ni...nk berkat macam mana la belajar kalau terkinja-kinja di kelab malam2 hari...

aku geleng2 kepala juga bila tgk berita Tv9 tadi...ish3...seramai 30orang ditangkap di dalam kelab ketika asyik melayang nafsu berpesta di salah sebuah kelab di ibu negara...

Gambar hiasan

Sunday, 25 September 2011

Diana Amir pun kena la...

Ntah mcm mana la cerita yg Diana Amir Bertudung pasal mimpi hari kiamat...Diana mmg menafikannya...Aku tahu ni pun dalam newspaper semalam punya...kalau baca dlm internet lain cerita tapi dlm newspaper lain plak...huhu...apa nk jadi la yeee...siapa la yg pndai sgt buat cerita pasal hari kiamat tu yeee...

Nk igtkan yeee bila2 kalau nk sebar sesuatu tu biar la dari nas yg betul dan tepat kalau mmg lain la jadinya...dan jgk boleh timbulkan Fitnah pada orang...Ingat!!! Dosa fitnah besar dari membunuh tau....so hati2 la bila nk sensasikan sesuatu cerita jgn sampai cerita terpesong....

Sekadar ingatan utk diri dan utk semua jgk...'Baik Diam dari kita berkata-kata itu boleh memburukkan sesuatu'.....Renung-renungkan...


Sunday, 11 September 2011

11 September 2001


Semua mesti  tahu kan tarikh ni...Time tu aku nk ambik UPSR...di malam yg indah itu aku tidur awal pasal nk exam kan...tuuuutttttttttt.....Mimpiku terganggu..huhu...bunyi la kecoh kan ruang tamu,masing2 tgk tv...Aku pun agk terkejut r dgn berita America kena attack !!!..Pusat dagangan dunia WTC runtuh n Pentagon jgk turut terjejas time tu...Tapi paling aku benci start dari tarikh ini sbb dari tarikh ni la kita yg muslim dituduh sebagai terrorists...Sial la kau America !!!...sbb tarikh ni la Osama Laden kena buru...sbb tarikh ni la Islam dicop dgn pelbagai tuduhan buruk...mmg tarikh ni byk la menjadi penyebab kepada byk peristiwa...Sampai sekarang konspirasi 11/9 belum terungkai...yg pastinya byk yg aku baca dan dgr dari sumber2 yg boleh dipercayai mengatakan semua ini dalangnya adalah dari America dan Israel sendiri sebagai sabotaj kepada umat islam bagi kepentingan politik dan kekayaan dunia dan jgk sebagai modal utk menyerang negara2 Islam seperti Afghanistan,Lubnan,Iraq dan lain2...Dunia akhir zaman yg kuasa besar disanjung dan yg tiada kuasa dtindas...yg berharta dipandang mulia dan yg miskin dipandang hina...wallahualam...

Sekilas gambar Imbas kembali...

Dipercayai gambar sebelum diserang







Setakat ini dulu dari aku...sebelum melalut panjang...hehe...aku hanya berkongsi pandangan aku...Segala yg terjadi ada hikmah dan pengajarannya...