Showing posts with label Recipe Sezaman. Show all posts
Showing posts with label Recipe Sezaman. Show all posts

Monday, 9 July 2012

Murtabak Mi Segera...Best..

Time My mom tengah sakit ni kena la men-kreatifkan diri untuk makan dengan memasak sendiri..bermacam idea la yang keluar...Murtabak Mi segera adalah salah satunya..hehe..(tak lupa juga untuk My Cyg Lia yang juga tengah sakit,moga cepat sembuh yeee)...

Resepinya mudah je...

Bahan-bahan :
-Mi segera sebungkus (sebaiknya yang perisa ayam)
-Bawang merah yang besar satu biji (ikut citarasa nk byk2 mane)
-Telur 2 biji
-Daging burger satu keping (dicincang)
-Lada besar atau cili padi (untuk yang suka pedas)

 Cara-Cara :
1.Mula-mula rendamkan Mi segera dalam air panas sampai la kembang secukupnya dan toskan airnya.Selepas itu dicampurkan dengan perencah ayam tadi.
2.Ambik daging burger yang telah dicincang tadi dan digoreng sekejap atas kuali sehingga keluar minyak dari lemak daging tersebut.
3.Bawang merah dan lada dipotong dan dicampurkan sekali dalam semua bahan tadi(Mi segera,daging burger yang telah digoreng)...
4.Kemudian pukul 2 biji telur dan digaulkan sebati semua bahan tadi.
5.Last sekali, panaskan kuali dan digoreng sampai garing...(ratakan dalam kuali dan buatkan nipis2 je aduan tadi supaya dalamnya masak sekata)

Ini rupanya bila dah siap...


 Boleh dimakan begitu saja atau dibuat pencicahnya (campurkan cuka,gula dan lada jarum)...

Selamat Mencuba !

Tuesday, 24 April 2012

Resipi : Kuih Ketayap/Kuih Gulung

Hari ini aku dapat request dari 'someone special'...hehe...Resipinya tak susah mana pun, nak buat kuih Ketayap atau di negeri Terengganu panggil 'kuih Gulung'...Kuih yang dah berzaman bagi orang Melayu dan tetap sedap dimakan...hehe...

Bahan A(utk Kulit)
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
1 sudu besar majerin dicairkan
sedikit minyak utk disapu pada kuali
utk Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung

Cara-cara Penyediaan :

1.First kita buat Untuk inti: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

3. Next, Untuk Kulit : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)

Inilah Hasilnya...


 Moga 'Si dia' buat la sedap-sedap yee...

Resepi ini aku cedok dari SINI boleh selongkar lagi Mcm2 resipi kat SINI,PotretKasih

Thursday, 15 September 2011

Kuah Laksa Merah

Mesti tgh2 fikir nk buat apa utk Rumah terbuka So ni Resipi masakan yg biasa dibuat utk rumah terbuka tapi boleh juga utk hari-hari yg tak raya...sepanjang hari pun boleh..hehe...

Bahan-bahan:-

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit
Lengkuas
Serbuk ketumbar dan jintan manis
Kerisek
Ikan selayang
Asam keping
Garam dan serbuk perasa
Gula Merah(Nisan)
Santan
Ikan Masin(1ekor)
Sedikit Kelapa putih(dilumatkan)
Lada Giling

Cara nk Masak yeee:-

Mula2 Bawang merah,bawang putih,kunyit dan lengkuas digiling atau diblender...Kemudian Masukkan semua bahan2 tadi dalam periuk dan dibuka apinya kecuali kerisik yg dimasukkan kemudian ketika terbit minyak.Masak hingga menjadi pekat...

Ulamnya :-
Timun, kacang panjang, taugeh, terung...

Mudah je kan...SElamat Mencuba !!!