Showing posts with label Dunia BerEnjin. Show all posts
Showing posts with label Dunia BerEnjin. Show all posts

Saturday, 10 November 2012

Kawasaki Z800...memang Hot ! [Gambar dan video]

Baru-baru ini Kawasaki Malaysia telah melancarkan dua Superbikes edisi terbaru dari mereka...jeng jeng jeng...Kawasaki Ninja 250 2013 edition dan Kawasaki Z800 2013 edition...aku dah usha2x dua moto baru ni memang mengancam r...yang paling aku terpikat pada Z800...Hot !!!

Time pelancaran hari tu (yg putih tu Ninja 250)
Rekabentuknya terbaru dari kawasaki dengan body naked style lampu depan berkembar, seakan mata Helang yang berani menyambar sesiapa saja...Lampu belakang baru yang direka berbentuk huruf Z yang menyerlahkan lagi kekacakan Superbikes ini..hehe..
Cakap banyak tak guna, jom lihat sendiri gambar bawah ini yg pasti menusuk kalbu anda...:)



Panel meter baru yang kemas

Tangki seakan Ular Tedung


Lampu depan seakan Mata helang



Untuk lebih lanjut tentang specification Z800 , boleh klik  SINI

dan ini Video : Iklan rasmi dari Kawasaki untuk model Z800...layannnn

Tuesday, 20 March 2012

Ducati StreetFighter 848 kini di Malaysia

Next Bike Sdn.Bhd hari ini (19hb march 2012) selaku pengimport rasmi motor Ducati telah melancarkan Ducati Streetfighter 848 dengan enjin yang lebih kecil 849cc L-Twin. Superbikes naked ini dijual dengan harga RM99,333...memang berbaloikan bagi peminat2 superbikes yang berduit...hehe...:)

Deruman enjin dari Ducati memang mengancam jiwa la bagi aku...disatukan pula dengan teknologi2 yang terkini disuntik kedalam ducati streetfighter 848 ini...

lagi gambar Ducati Streetfighter 848...











Untuk lebih lanjut tekan SINI

Saturday, 3 March 2012

Sexy Subaru BRZ [gambar]

Sexy ???...hihi...kereta pun sexy eik...sexy tang mana tu?...memang la dengan bodynya yang beralun dan tegap...Lampu Subaru BRZ ni juga garang, memang ada kesinambungan dengan bodynya...itu dari mata aku la...yang pasti kalau sebut je Subaru performance engine memang power dan xpernah mengecewakan...(macam dah test drive je tulis)...hahax...tapi memang aku percaya la pada kereta subaru, antara pengeluar kereta yang terbaik...

Layan la gambar-gambar ni dari mr.google...











sporty kan !!! ...Insyallah harap-harap dapat la menerjah jalan dengan Subaru BRZ ni...

2012 Honda CBR1000RR[new]

Honda pada ini mengeluarkan model CBR1000RR yang terbaru dengan skema warna yang lebih menarik dan memang mengancam jiwa peminat superbikes macam aku...:D

Meh nak citer sket...model CBR terbaru ni menggantikan dengan 'fairing' yang lebih baru dengan teknologi 'multilayer' untuk aerodinamik yang lebih baik semasa menunggang dan juga enjin yang lebih power untuk merempit dijalan raya...hehe..(amaran : merempit adalah salah !!!)

tulis banyak tak guna...jom tengok gambar-gambar ni :











kumpul duit la nok beli gok se !!!..hahax..

Gambar dari : Google
Sumber info : Sini

Friday, 2 December 2011

Ducati Desmosedici RR




Jom baca2...hot !!! ...nk post pasal superbikes..my fav...hehe...kali ni pasal Ducati Desmosedici RR superbikes yang memang limited edition oleh syarikat superbikes tersohor dari Itali...Mmg HOtt !!!..

Moto ni hanya dikeluar sebanyak 1500 diatas jalan raya yang sah...moto ini adalah diadaptasi dari Desmosedici MotoGP racebike...moto ini telah dilancarkan pada 2006 di italian MotoGP event...dan 500 unit lagi di United States yg habis dijual hanya dalam 5 jam !!!...Moto ini dapat dikeluarkan sebuah untuk sehari dengan kos USD72,500(kira-kira Rm253,750)...mmg semestinya buatan tangan !!!..Fuh,mmg puashati r kalau dapat sebuah ni...hehe..






Memang mengancam jiwa aku r...huhu...Layan yee...komen2 a yeee


Sedikit info lagi...


Manufacturer Ducati Motor Holding S.p.A
Production 2007–2008
Engine 989 cc desmodromic V4
Power 147.1 kW (197.3 hp) @ 13800rpm (claimed)[1]
Torque 11.8 kg·m (116 N·m; 85 ft·lbf) @ 10500rpm (claimed)[1]
Wheelbase 1,430 mm (56 in)
Seat height 830 mm (33 in)
Weight 171 kg (377.0 lb) (dry)
Fuel capacity 15 l (4.0 US gal)