Tuesday 24 April 2012

Sultan Mizan (The handsome king of the World)

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru melepaskan takhta sebagai Yang dipertua agong yg ke-13 baru-baru ini...Rupanya telah diiktiraf sebagai 'The handsome king of the world' ...Berdasarkan kekemasan dan cara etika pemakaian Tuanku...Pengiktirafan ini dibuat oleh Polling di UK... "This is the most handsome king in the world,Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj."...Bangga aku..hehe...

 sedikit info tentang Sultan Mizan:

- dilahirkan pada 22 januari 1962 dan merupakan sultan Terengganu yang ke-16.
- Berdaulat sebagai agong ke-13 dari 13 disember 2006 hingga 12 disember 2011.
- Pendidikan awal Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman dan melanjutkan pelajaran ke Geelong Grammar School di Geelong, Australia.
- Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di Universiti Antarabangsa Amerika Syarikat-Eropah (kini dikenali sebagai Universiti Antarabangsa Alliant) di London, baginda memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengkhususan Hubungan Antarabangsa pada 9 Jun 1988.

Lagi lagi...

-  Baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda bagi Negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudiannya di lantik sebagai Pemangku Raja pada 20 Jun 1986 dan kali keduanya dari 20 Oktober hingga 8 November 1990.
Pada 28 Mac 1996, baginda telah diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah. Istiadat Perkahwinan Diraja ini telah dilangsungkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Pada 15 Mei 1998, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya.

 Setakat ini dulu...Daulat Tuanku !!!

Sumber : SINI

2 comments:

Ahlam Miera Shafie said...

wahhh!!! sy sebagai rakyat tuanku Mizan turut brbangga...heheheh

p/s: singgah sini...:)

Unknown said...

Sy pom berbangge jgk...sy pom org ganu..hehe..