Tuesday, 24 April 2012

Resipi : Kuih Ketayap/Kuih Gulung

Hari ini aku dapat request dari 'someone special'...hehe...Resipinya tak susah mana pun, nak buat kuih Ketayap atau di negeri Terengganu panggil 'kuih Gulung'...Kuih yang dah berzaman bagi orang Melayu dan tetap sedap dimakan...hehe...

Bahan A(utk Kulit)
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
1 sudu besar majerin dicairkan
sedikit minyak utk disapu pada kuali
utk Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung

Cara-cara Penyediaan :

1.First kita buat Untuk inti: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

3. Next, Untuk Kulit : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)

Inilah Hasilnya...


 Moga 'Si dia' buat la sedap-sedap yee...

Resepi ini aku cedok dari SINI boleh selongkar lagi Mcm2 resipi kat SINI,PotretKasih
Post a Comment