Friday 8 August 2014

Boikot bukan hanya dibibir

Assalamualaikum .. Hangat sekarang dengan pelbagai boikot dari merata tempat untuk kebebasan rakyat Gaza, Palestine dari kekejaman Israel laknatullah .. Boikot ini sepatutnya telah lama berlangsung tetapi tahun ini adalah yang paling berjaya apabila dua syarikat besar Mac Donalds dan Coca Cola telah mengalami kerugian akibat dari boikot yang kita telah usahakan .. Syabas pada semua !

Boikot kita bukan hanya sekadar dibibir tapi biarlah bertekad dengan hati untuk menolong saudara-saudara kita di Gaza .. Janganlah ada yang di Facebook berkempen sakan boikot tapi bila melepak masih di Mac D .. Tak ada gunanya kita menjadi sebegitu rupa yang hanya menguntungkan pihak yang salah saluran sumbernya ..






Boikot juga bukan hanya pada pada Mac D dan Coca Cola tapi pada semua yang menyalurkan wang keuntungan pada Israel dan sekutunya ..

Ramai kata "ala kalau kau boikot takkan terjejaslah syarikat besar macam itu " .. Sebenarnya kita kena faham tujuan boikot diadakan .. 1. Untuk memberi tekanan bahawa tindakan menyalurkan dana pada Israel adalah salah .. 2. Sebagai tanda protes kita pada mereka yang telah menyeksa saudara-saudara kita di Gaza .. 3. Boikot kita juga sebagai usaha kecil kita pada Gaza, sedangkan nak pergi berjihad di Gaza memang belum mampu ..

Kita kena ingat yang boikot ini akan memberi impak pada mereka di Gaza dan jangan kita memandang negatif pada usaha memboikot ini .. kalau pun kita tak mampu memboikot semua barangan kita cuba untuk boikot sebahagian dari barangan bersekutukan Israel .. sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk menyumbang pada saudara-saudara kita di Gaza ..

Jangan jadi macam ni !

Banyak sebenarnya produk yang berkaitan dengan Israel dan boleh lihat kat SINI ...(tekan link ini <<)

Aku nak pesanlah dalam untuk boikot pun kita harus jaga adat-adat yang telah diajar dalam Islam dan teladan dari Baginda Nabi Muhammad SAW .. Jangan kita menjadi terlalu radical boikot sampai ada aku dengar pekerja Starbucks diludah, tak patut berlaku sebegitu rupa kerana kita Muslim telah diajar nilai-nilai murni dari teladan Baginda Nabi Muhammad SAW ..
 
Untuk akhir entri ini aku sertakan video mesti tengok kenape patut boikot Mac D !

Lihat video ini dari laman pages FB Sukan Star TV .. Boikot Mac D bukan sebab Israel semata tapi ... Video

Jika salah tegur, Jika tak tahu bertanya .. Wallahua'lam

No comments: