Saturday 4 May 2013

Keyboard Warrior

Hari ini baru tergerak hati nak tulis entri baru..haha..nampak bebenor pemalasnya...

Tajuk atas itu dah lama aku tulis tapi sebab kekangan masa dan keadaan baru hari ini nak update...Mungkin dah basi cerita pasal Keyboard Warrior tapi ikut suka aku la nak tulis juga...haha...

Pada sesiapa yang tak tahu perkataan keyboard warrior ini terbit pada kala beberapa bulan sudah sempena pilihan raya yang bakal berlangsung 5 may 2013 ini...Straight to the point, Keyboard warrior bermaksud seseorang yang berjuang dalam dunia penulisan semacam blog ini tak kira dari segi bidang apa sekalipun sukan mahupun politik dan pelbagai lagi bidang...Medium ini adalah satu permulaan perjuang bagi seseorang dari menghadapi realiti sebenar diluar dunia maya...

Ramai yang kata keyboard warrior ini adalah penakut dan hanya berani pada papan kekunci sahaja...Pada aku tiada istilah pengecut dalam realiti sebenar kerana itu adalah cara perjuangan seseorang untuk sesuatu yang mereka pertahankan...Ramai yang mungkin tak bersetuju pada pendapat aku tapi bukan semua yang keyboard warrior ini adalah pengecut sebabnya ada yang berani untuk bersemuka bila tiba masanya diperlukan berbuat demikian...

Tak salah kita nak memberi pendapat atau pandangan tapi biarlah kena pada tempat dan caranya...tak perlulah kita sekadar berani dibelakang tapi bila didepan lari tak keruan...buat sesuatu perkara itu biarlah berasas dan berbuktikan yang kukuh dari kita lari pada kemudian harinya...dah macam Presiden pula kata-kata akhir aku..hehe..

Menunggu detik untuk Mengundi...First time mengundi ni...!

No comments: