Monday 7 May 2012

Saat aku perlukan seorang pendamping

Setiap hari aku jalani rutin harianku,
bila mana saatnya tiada berubah
seperti aturcara robot yg tersedia
mengikut segala turutan hayat hidup...

Bagai tiada hujung nafasnya
bila setiap detik telah terduga
segala apanya telah tahu berlakunya
hidup bagai menyerah takdir pelaku...

Sungguhpun begitu hidup diatas takdir illahi
bagai banyak misterinya dan tidak terduga
telah ketemu kepadaku bunga harum
asbab memecahkan ais pada atur hidupku...

Melencongkan jalan hidupku pada jalan yg lurus
tangan yang akan kupimpin utk ke syurga
tak terduga Tuhan menghadiahkn aku
sebutir permata dari khayalan mimpi
bagi menyinari hidup suram aku...

Hidup aku berubah sekelip mata
tiada lagi kata menyerah takdir semata-mata
kerna kini hidupku penuh misi dan visi..
Berusaha dan terus bermunajat kerana Allah..
Bagi masa depan yang cerah dan bertarget jitu..
Insyallah..Cinta kita bersemi kerana Allah swt...
agar kita selalu dibawah naungan-Nya 
Terima kasih ya Allah...


Nukilan : Yuqi
(tajuk entri berdasarkan keseluruhan ayat diatas)...jgn lupa share and like...hehe... 

No comments: