Monday 9 July 2012

Murtabak Mi Segera...Best..

Time My mom tengah sakit ni kena la men-kreatifkan diri untuk makan dengan memasak sendiri..bermacam idea la yang keluar...Murtabak Mi segera adalah salah satunya..hehe..(tak lupa juga untuk My Cyg Lia yang juga tengah sakit,moga cepat sembuh yeee)...

Resepinya mudah je...

Bahan-bahan :
-Mi segera sebungkus (sebaiknya yang perisa ayam)
-Bawang merah yang besar satu biji (ikut citarasa nk byk2 mane)
-Telur 2 biji
-Daging burger satu keping (dicincang)
-Lada besar atau cili padi (untuk yang suka pedas)

 Cara-Cara :
1.Mula-mula rendamkan Mi segera dalam air panas sampai la kembang secukupnya dan toskan airnya.Selepas itu dicampurkan dengan perencah ayam tadi.
2.Ambik daging burger yang telah dicincang tadi dan digoreng sekejap atas kuali sehingga keluar minyak dari lemak daging tersebut.
3.Bawang merah dan lada dipotong dan dicampurkan sekali dalam semua bahan tadi(Mi segera,daging burger yang telah digoreng)...
4.Kemudian pukul 2 biji telur dan digaulkan sebati semua bahan tadi.
5.Last sekali, panaskan kuali dan digoreng sampai garing...(ratakan dalam kuali dan buatkan nipis2 je aduan tadi supaya dalamnya masak sekata)

Ini rupanya bila dah siap...


 Boleh dimakan begitu saja atau dibuat pencicahnya (campurkan cuka,gula dan lada jarum)...

Selamat Mencuba !

No comments: