Thursday, 27 September 2012

Sebab kenapa LELAKI cari yang lain ?...

Gambar hiasan

Entri ini aku tujukan khas buat seluruh wanita-wanita diseluruh dunia yang ingin diberitahu yang lelaki cari lain memang ada sebabnya...

khas dari perspektif seorang lelaki nukilan aku seorang lelaki yang gentel MAN ..hehe..

1) Kurangnya perhatian dari wanita itu sendiri...
Memang diakui yang seorang lelaki perlukan perhatian @ prihatin dari seorang wanita walaupun sekadar bertanya khabar, itu adalah mencukupi bagi seorang lelaki...Janganlah sampai tak prihatin langsung,yang ni memang gerenti LELAKI cari lain...

2)Melebihkan kawan dari insan istimewa seorang lelaki suami @ pakwe
Kalau yang ini bergantung pada situasi la kan, seorang LELAKI memang memahami tentang pentingnya kawan dalam hidup tapi jangan pula seorang wanita tu melebihkan seorang kawan dalam percintaan, pandai-pandai la kan nak bahagi masa antara kawan dan kekasih jantung hati sanubari..hehe..

3) Tiada komunikasi dua hala antara kedua-dua pihak...
Yang ni memang penting sebab kita manusia dengan cara ini la kita berhubung berkongsi rasa suka dan duka..tak kisahlah samaada jauh atau dekat, terutamanya kalau 'time' ada 'problem'...jangan la diam je atau menutup rapat mulut sampai kuman nak lalu tak lepas..hehe..kalau nak mengajuk pun pandai2 bagi signal dan jangan sampai terlebih sudah...sebabnya LELAKI pun manusia biasa kan?..tak tahu pun apa yang batin dalam diri wanita...

4)Tidak dapat nak terima Family LELAKI itu dengan rela hati...
Family dalam hidup sesiapa pun memang penting...begitu juga seorang lelaki, terutamanya ibu dan bapa seorang LELAKI, seganas mana pun LELAKI tapi kalau sentuh bak ibu dan bapa, jangan sesekali dicabar...ibaratnya sentuh dirasa eletrik, lepas dirasa ribut..(peribahasa ciptaan sendiri..hehe..)...Tapi ini memang serius sebabnya agak ramai yang bercerai disebabkan tak dapat terima Family tu seadanya, tak kira la naik Ferrari atau moto kapcai...Kalau perempuan pun macam tu jugak kan?

5)Cemburu terlalu berlebihan dengan seorang LELAKI...
Cemburu tanda sayang tapi kalau dah berlebihan, dah over sangat cemburunya, memang seorang LELAKI tak suka...So bila tak suka cari lain je la kan..mana tak nya, kalau sampai hidup pun dah macam robot kena control, sini tak boleh, macam ini tak boleh..macam-macam la lagi..dengan kata lain kita boleh panggil Cemburu Buta...buta pun tak macam ni..ada faham ka?

6)Bermuka-muka kalau time jumpa...
Bertopengkan apa yang tidak secara semulajadinya dalam diri si dia...maksudnya kat sini bila bersua muka je,terlalu nampak control ayunyeee ...hehe...bukan tak boleh tapi kalau dah mengalahkan pelakon terbaik wanita.,memang la meluatkan?...So just be yourself...actually, baik lelaki atau perempuan patut la jadi diri sendiri kan, tak payah la nak bermuka-muka bagai,.tak baik kalau tipu diri sendiri...

7)Berjauhan dengan pasangan...
Kalau dah jauh tak leh jumpa kan mesti ada sesetengah Lelaki akan cari lain, katanya bosan la,tak ada teman...tp Ingat !! bukan semua Lelaki macam tu...Mention again 'sesetengah Lelaki'...biasa la kan bila dah berjauhan nak lepaskan rindu pun susah, tp ini la dugaan 'Percintaan Jarak Jauh(PJJ)'...Lelaki yang setia macam aku masih wujud kat atas dunia ni..hehe...So pada wanita jangan risau sangat sebab Lelaki yang setia memang akan betul-betul setia pada seorang saja...Aku Lelaki dan aku tahu apa yang Lelaki ada...hehe..

Sampai sini dulu, aku buat entri ni sekadar suka2 dan nak kongsi apa yang aku fikirkan dari seorang LELAKI...bukan semua yang aku nyatakan betul...kalau ada tak betul, tegur aku mana salah...sayoonara...
Post a Comment