Saturday, 22 June 2013

Dah lama tak update blog...Malas...

Assalamualaikum...Selamat pagi semua..dah berkurun lama aku tak update blog ni kan..kesian peminat-peminat aku tertunggu..hehe..(perasan glamor)..aku sekarang dah hilang semangat nak tulis blog, idea tu banyak tapi dah bercampur malas apa semua memang tak jadi la kan..berangan nak berjaya macam yuyu zulaikha, Benashaari...tapi malas..macam mana tu?..hehe..

Bila dah lama tinggalkan blog aku yang picisan ini..tak dinafikan memang malas sangat nak update,dengan busy kerja lagi..Sekarang pun paksa diri untuk tulis juga sampai habis pagi yang hening ini..kata nak jadi macam yuyu dan abg ben kan?..So kena rajin la yee..aku memang respect dengan dieorang...Tabik !

Pic Terbaru..hehe..
Aku pun tengah fikir nak naik taraf blog ini...Nak background baru, cover baru, kalau boleh semua baru la..Walaupun aku belum dapat pape income dari Nuffnang..tapi maybe datang dari aku juga kan?..tak apa aku tak kan senang-senang nak 'give up'..Lagipun aku sekarang lebih kepada nak memberi daripada menerima..itu lebih baik kan?..Tak kisah la pasal income ke apa asalkan dapat sampaikan sesuatu yang lebih baik dari itu..

Maka bermula perjalanan baru..semangat baru..InShaaAllah doakan aku supaya istiqamah dengan segala yang baik.. =) sesiapa yang boleh bantu aku untuk cari tema dan background yang baru tu,jangan malu-malu yeee..komen-komen je...hantar email ke >>> successsokmo@gmail.com
Post a Comment