Saturday 14 July 2012

2012 Tahun aku tak jangka

Tahun ini memang banyak yang aku tak jangka berlaku terjadi dalam hidup aku...Pada mulanya tahun 2012 aku diterima masuk ke tempat belajar yang aku sendiri tak pernah terbayang akan masuk sana,bahkan aku tak kenal pun tempat itu walaupun dah ada dalam negeri sendiri...Nama tempat tu rahsia la..nanti kena pada masanya aku beritahu semula..hehe..

Tahun ini juga aku tak sangka berkenalan dan berkenan dengan seorang wanita yang bagi aku telah menyempurnakan hidup aku..si dia datang pada masa aku perlukan sokongan dan semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan belajar aku ni,tanpa aku sedari dia telah menyuntikkan aku semangat dan inspirasi,sedangkan ketika itu aku bergelora cuba cari idea untuk keluar dari penjara bebas tersebut..Aku bersyukur sangat pada Allah kerana menganugerahkan si dia dalam hidupku sekarang..Alhamdulillah..Allah Maha Mengetahui segala yang akan berlaku kan...Aku redha dengan segalanya yang berlaku sekarang..Si dia pencetus perubahan aku yang telah datang semuanya dari Allah swt..Aku berharap sangat yang kami berkekalan sampai akhir hayat..Insyallah..=)

Tahun ini juga aku tak jangka yang aku mula memasuki alam Practical ditempat yang aku sendiri tak pernah sekali pun terbayang untuk berada disana..yang selama ini aku hanya lalu saja disitu tanpa aku sedari aku menghampiri alam pekerjaan disana..Insyallah jika dah rezeki aku dan dipanjangkan umur aku..Memang sebak juga hati aku bila mengenangkan semua yang berlaku dalam tahun 2012 ini...

Hari ini dah 14 julai 2012 bersamaan 24 Syaaban 1433 dah berada dalam pertengahan tahun 2012 dan tak lama lagi kita umat Islam akan berpuasa...Aku mengharap agar semuanya yang bakal kutempuh baik-baik saja dan moga Allah sentiasa mencekalkan hati aku untuk terima segala ujian dan dugaan dari-Nya...
Tahun ini bukan semua yang baik berlaku dalam hidup aku yang pahit juga ada ditempuh dari  awal tahun sampai sekarang...tapi biarlah ia tersimpan dalam hati sanubari aku ini...Hanya Allah saja yang tahu..

Macam mana tahun 2012 anda?..adakah sudah tercapai azam?...atau tak dijangka dengan apa yang berlaku?...kita serahkan saja pada Allah..kita mampu merancang tapi yang tentukan hanya Allah...Wallahualam

No comments: