Thursday 8 December 2011

Hoarders...Anda Tahu???

Tahu tak yang Hoarders adalah sejenis penyakit...Mungkin di negara kita Malaysia kurang yang kita dengar tentang penyakit ini...Tapi kalau di negara maju seperti Amerika Syarikat, ramai yang sedang mengalami penyakit psikologi ini...Sebuah rancangan tv realiti telah disiarkan di channel 731(biography channel) untuk mendekati in person seseorang yang mengalami penyakit ini dan diberitahu cara untuk mengatasi masalah ini...

Maksud Hoarders...dipetik dari web ini

Simplified Hoarding is about the fear of throwing something away that you might need someday, of not being able to remember it perfectly or that if thrown away it will cause a problem or that something bad may happen.


 Tahap penyakit ini di negara kita adalah sangat rendah tapi 'mencegah adalah lebih baik dari untuk mengubati ia di kemudian hari'...Kita biasa sayang untuk buang sesuatu barang yang telah rosak kan?...mungkin kerana nilai sentimental dari insan istimewa tapi disimpan barang yang tiada guna adalah antara ciri-ciri awal penyakit ini...juga menjadi kebiasaan kita lihat dalam peti sejuk rumah kita yang penuh dengan barang-barang yang sudah tarikh luput tapi masih disimpan rapi dalam peti sejuk...ini adalah permulaan pada sesuatu yang lebih serius...So bersih selalu ruangan rumah kita... =)

tapi jangan silap faham, ada lagi kriteria lain yang membuat kita terjebak dengan penyakit ini...antaranya:

1.Kebolehan membuat keputusan...
2.Pengurusan barang-barang kita
3.Tanggungjawab pada barang
4.Kawalan/kesempurnaan untuk diri
5.Takut untuk melupakan sesuatu barang
6.Merelakan kehilangan sesuatu barang
7.Nilai sentimental

Kes yang pernah berlaku...

Pernah ada di USA seorang lelaki tua yang tinggal dengan hampir@lebih 2000 ekor tikus di dalam rumah sendiri dan dengan keadaan rumah yang sangat teruk untuk didiami oleh manusia...bayangkan hidup bersama tikus???

Ada banyak lagi kes yang berlaku di USA ,boleh tonton sendiri di channel 731...ada yang tinggal bersama kucing dan najis-najis kucing sekali yang berselerakkan...Ada yang suka menyimpan barang-barang makanan yang banyak walaupun dah masuk tarikh luput...Ada yang berlebihan menyimpan barang-barang yang antik sehingga penuh ruang segenap rumah....Ada yang obses ber'shopping' sampai penuh barang dapur di rumah dan cerok2 isi rumah...dan macam-macam lagi...

Isu utama bagi Hoarders adalah KEBERSIHAN...yang dapat menjejaskan diri kita apabila ia terlalu kotor untuk didiami manusia...Apabila manusia membuat sesuatu secara berlebihan dalam sesuatu, ia akan saja memakan diri dan menyusahkan diri sendiri...sebab itu ISLAM menegaskan hidup sederhana dan KEBERSIHAN adalah sebahagian dari iman seorang muslim...


Sekian...sekadar berkongsi ilmu... =)

No comments: