Monday, 20 August 2012

Raya tahun 2012 ?...Hambar...

background x comel..hehe..
Raya oh raya...dam dam dum bunyi mercun..tapi tahun ni aku memang bersih tangan, sentuh mercun pun tak sekali pun..boleh fahamkan macam mana raya aku tahun ni memang tak meriah seperti tahun-tahun dulu...Sebabnya ?..Tak tahu la aku nak luahkan macam mana kan tapi aku tak nak bersedih di bulan syawal ini...aku lalui juga dengan senyuman seceria pagi menyinsing, yang batinnya biar Allah saja yang tahu..=)

Aku tak nak sedih !! ... macam mana tu?... pendahuluan entri pun dah 'macam' sedih...mujur la 'macam' je sedihnya...hehe...

 Aku mulakan langkah dipagi raya dengan bangunnya suboh...gosok baju Melayu yang baru beli 2 hari sebelum raya...lepas tu baru mandi...huhu...perginya aku, my luvdad dan adik aku ke masjid Sultan Mahmud.,Tertunainya sembahyang sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah sambil menginsafi diri...lepasnya dari itu bersalam-salaman dipagi raya dan terus balik rumah...(begini la aku pagi raya 18/08/12)...

Lagi..lagi..lagi...Sampainya rumah bersalaman memohon kemaafan dengan family semua, yang tahun ini semuanya mengalirkan air mata tanpa disangka walaupun sorang-sorang muka macam ganas je..huhu..tapi itu la hikmahnya hari raya kan, keikhlasan tu yang penting bagi aku...lepas tu susun kuih raya dan kemas rumah sebabnya aku dan abg aku balik pada malam raya, perginya ke Shahbandar menghabiskan sisa duit berbelanja raya...untuk rasa juga suasana malam raya kat situ, memang happening habis,semua barang dijual lelong...Last minute shopping sebab apa aku rancangkan tak menjadi...

Nak lagi?..sambung semula...lepas pada tu,dipagi raya sesi bergambar la kan...satu family..My luvmum menggagahi juga diri yang sedang sakit untuk bergambar bersama, untuk happy kan kami semua...perasaan time tu?..sedih + happy = terharu ... seorang ibu takkan suka melihat anaknya bersedih walaupun dirinya sanggup berkorban apa saja untuk happy kan kita...so hargailah ibu kita sementara mereka hidup...So lepas je bergambar ada la kan kawan-kawan My Luvmum datang menziarahi, tengok keadaan dan memberi semangat...begitu la kan macam mana Nabi Muhammad SAW mengajar kita, memang patut kita ikuti sampai bila-bila...

Hari raya pertama aku berakhirnya dengan bersantai depan TV je...memang mood nak raya macam gitu je tahun ini...Hari ni raya kedua, tak pergi mana-mana juga sebabnya Aku diserang sakit mata sampai bengkak mata aku ni tapi boleh juga type entri ni, untuk kongsikan raya aku yang tak seberapa...hehe...bawah ni ada beberapa gambar raya aku n family...






SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN PADA SEMUA DAN INSAN TERSAYANG
Post a Comment