Wednesday 28 March 2012

Otai blogger Tak senang Duduk...

Blog bagi aku sekadar suke2 je...saja nak cuba nasib, kalau-kalau ada rezeki ikut jalan sini...Tapi bagi yang cari makan melalui blog ni memang blog dah anggap macam anak sendiri la kot...maklum la periuk nasik kan...Aku pernah bayangkan la macam mana la hidup seorang blogger Tegar !!!...Full-time job as the blogger...(speaking London)...hehe...

Bayangkan yeee...

Kalau dah popular mesti la ramai follower kan...So memang popular la dikalangan blogger-blogger yang ada...Tapi jangan ingat dah popular boleh relax je, buat entry seminggu sekali je kan...

Makin bertambah la kerja-kerja sebagai blogger yang sebenarnya...Tiap-tiap hari kena perah otak kena buat entry untuk peminat-peminat yang dah Like atau dah follow...

Lagi lagi lagi...

Promotion untuk iklan pun bertambah la kan, kena la pula buat 'deal' dengan klien pasal iklan kat blog dan cara promosi ke apa...macam-macam la kan....Busy la jugak kan...Otai-otai blogger maybe ada jemputan untuk hadir ke majlis-majlis yang berkaitan dengan blog ke...busy kan ?...huhu...

Ingat !!! tak ada kerja yang boleh santai dan relax je memanjang...Dah fitrah hidup sebut saja kerja memang la kena guna keringat yang ada bagi sesuap nasik...samaada keringat dari badan  ataupun dari power brain kita yang ada ini...

Otai-otai blogger pada bayangan aku mesti kerjanya menghadap Laptop je kot...Memang la perlu untuk update blog...kalau tak pun guna mana-mana gadget yang Fofular macam Ipad, galaxy tab ke and so On...

Aku respect dengan Abg BenAshaari yang memang sentiasa ada je idea baru untuk buat entri blog die.... Abg Ben memang dah sampai tahap otai r kan...ada lagi yang otai-otai....yang maybe aku sendiri tak habis explore semua blog-blog dieorang...hehe...

Kalau ada salah dalam entri ni...sila tegur...Let me know it...Sayoonara...

Tuesday 27 March 2012

Parents aku restui 'Nikah gantung'...


Tetibe je kan keluar topik 'nikah'..hehe..aku tergerak hati nak buat entri sebab dari Statement Mak aku hari tu(time tengok Al-Kuliyyah)..."Mak okay je kalau nikah gantung dulu asalkan dua2 pihak setuju"...Nampak tak situ 'Green light' dari Mak aku...hehe...:) Ayah aku cool je dengar macam tu...:)

Alhamdulillah aku dapat Parents yang sporting dan memahami apa yang perlu...Jangan ingat aku dah gatal nak nikah yeee...Calon pun tak ada lagi ni, macam mana tu?...hehe...Nikah bukan perkara main- main macam main pondok-pondok time kindergarten dulu...Besar tanggungjawab untuk memikul jawatan ber'title suami atau isteri...Tapi dimana ada kemahuan disitu ada jalannya...Atas pada diri kita sendiri untuk memilih mana yang lebih baik buat diri dan orang sekeliling kita...

Apa itu Nikah gantung?...

Nikah dari segi bahasa bermaksud berkumpul atau bercampur dan dari istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (akad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.Nikah gantung adalah bagi masyarakat melayu ialah nikah dulu dan kendurinya kemudian harinya pula...Kebiasaannya berlaku bagi pemuda-pemudi yang masih belajar untuk mengelak dari zina dan juga mengelak dari makwe/pakwe dirampas orang lain...


Tapi ingat !!! Keputusan mesti sebulat suara dari kedua-dua belah pihak, persetujuan dari ibubapa adalah yang utama untuk mendapat berkat dan redha dalam perkahwinan...Insyallah...
Tak berani nak ulas banyak-banyak sbb diri sendiri tak layak nak cakap pasal agama, masih perlu banyak belajar...Sekadar menyampai apa yang baik...untuk lebih lanjut : Ustaz Nor Amin

Monday 26 March 2012

JANGAN PANDANG-PANDANG Trailer - Di Pawagam 29 Mac 2012

Filem baru dari Pengarah 'Hantu bonceng', Ahmad Idham yang menampilkan ZIZAN RAZAK atau lebih dikenali ZIZAN RAJA LAWAK sebagai watak utama yang bakal ditayangkan pada 29 mac 2012 ini...Apa tunggu lagi, pada peminat filem komedi penuhkan pawagam berhampiran pada Khamis ini...(kuat promote ni..hehe..)...Sokong filem melayu !!!

Turut dibintangi oleh SARA ALI, NAS-T, MIERA LEYANA, ANITH AQILAH, AZHAR SULAIMAN.

Tengok dulu trailer bawah ni...

Tuesday 20 March 2012

Debaran Result SPM esok...

Pada adik-adik yang ambik result SPM esok tu, Gud luck la yeee...moga mendapat seperti apa yang ditargetkan...Negeri mana yang memegang rekod untuk tahun ini?...Nantikan esok yeee...Abg Yuqi pun tak tahu lagi..hehe..

sekarang dah canggih beb...boleh je nak check result guna SMS je...caranya bawah ni...


SMS ini untuk sesape yang malas atau sibuk nak gi sekolah la bagi aku...lagi excited kalau ambik je terus kat sekolah...boleh juga jumpa kawan-kawan, boleh tengok reaksi kawan-kawan yang aku jamin memang macam-macam ragam ada nanti..hehe..ada yang nangis,ada yang happy je,ada yang slumber je...macam2 la ada...hahax...

Apa- apa pun moga pilih jalan yang lurus la lepas SPM ni...Result yang kuar depend pada usaha kita...Insyallah...moga semua Success !!!

Ducati StreetFighter 848 kini di Malaysia

Next Bike Sdn.Bhd hari ini (19hb march 2012) selaku pengimport rasmi motor Ducati telah melancarkan Ducati Streetfighter 848 dengan enjin yang lebih kecil 849cc L-Twin. Superbikes naked ini dijual dengan harga RM99,333...memang berbaloikan bagi peminat2 superbikes yang berduit...hehe...:)

Deruman enjin dari Ducati memang mengancam jiwa la bagi aku...disatukan pula dengan teknologi2 yang terkini disuntik kedalam ducati streetfighter 848 ini...

lagi gambar Ducati Streetfighter 848...











Untuk lebih lanjut tekan SINI

Monday 19 March 2012

Filem Bunohan ada nilai tersendiri


Aku tengok filem Bunohan hari sabtu baru ni (17hb march 2012)...tayangan bermula pada 11.30am, tapi tak best sikit sebab kena rm12 sorang...hehe..ingat dalam rm8 untuk tayangan pagi tapi tak tahu plak yang hari cuti harga lain, katanya akak kaunter tu " sistem baru plok lenin".....lupakan pasal harga tiket...

Filem Bunohan ni pada aku memang best dari segi aksinya menjadi dan tak nampak janggal la...jalan cerita pun okay, memang lari dari kebiasaan cerita2 melayu sekarang yang berkonsepkan cerita untuk diamati dan membawa kita berfikir sejenak...Filem ni memang ada nilai estatikal...ada nilainya yang tersendiri...patut la banyak menang anugerah di luar negara...mungkin bagi yang tak minat genre cerita begini akan menilainya sebagai filem yang membosankan tapi tak la bosan sangat sebabnya ada juga jenaka sindiran yang boleh diterima akal...menggunakan dialeg kelantan sepenuhnya dalam filem ini...(ada sarikata bawah yeee)..so jangan risau kalau tak faham...hehe,...


Lakonan mantap Faizal husain,Zahiril adzim,Pekim,Hanafi Su dan ramai lagi memang menghidupkan filem ini dengan percakapan dialeg kelantan tak nampak janggal...Aksi zahiril adzim sebagai fighter muay thai pun memang nampak 'real' , dah macam profesional...berbaloi la beli tiket wayang...hehe...

Pada yang belum tengok tu, silalah ke pawagam berhampiran yang pasti bukan filem ber'genre' Hantu...hehe...

Tuesday 13 March 2012

Habis sudah demam Vanilla Coklat

Tak sangka aku ramai juga peminat drama 'Vanilla coklat'...bagi aku yang tak layan drama ni dari awal memang cakap tak best la kan...Bagi yang 'kipas susah nak mati' memang cakap best drama ni kan...klise r tu...hehe...(kena marah juga aku dengan dieorang)...hehe...Aku Round2 kat lobi hostel tadi ramai juga la yang terpacak nonton drama ni untuk last episod hari ni...

Apa yang best drama ini??...
aku pun tak tahu la kan, bagi aku jalan cerita klise je dengan filem 'Im not single' ...(ni pada aku punya fikir la kan)...


Inilah daya penarik utama kot :P

Izara Aishah
Secantik nama secantik orangnya semanis Vanilla Coklat...hehe...

Pada yang terlepas tengok tadi tu boleh la download kat mana2 web lepas ni...kan kepunang plak...hahax...
entri ini sekadar suka-suka saja...tiada kena mengena antara siapa-siapa pun...:D

Hot Video FB : Farahana Jamaludin Desak TG Nik Aziz Letak Jawatan

Layan Hot vdo FB ni...
Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin


Tak tahu nak cakap apa aku tengok video ni...Apa kaitan perletakan jawatan Datuk seri Shahrizat dengan Tok guru Nik Aziz ?...Tak faham betoi aku !..inilah dunia politik...takut ke tak boleh nak rampas kelantan bila ada tok guru Nik Aziz...?

Pada aku ini semua adalah sekadar propaganda bila dah nak pru13...nak memburukkan pihak pembangkang dengan tohmahan yang mengarut kepada seorang Ulamak kita...
 Dah tak ada modal kot nak mengampu Farahana ni...hahax...

Fikir-fikirlah yee...dah terang lagi bersuluh...
Yang benar pasti berani ke depan dan yang salah memang sukarela mengundur diri...:)

Sumber video dari: Page ini dan page lain

Nurul Nadirah...Rentung...


Memang betul-betul terkejut aku bila baca berita pasal ni...budak 5 tahun, adik Nurul Nadirah dibunuh kejam yang ditemui rentung mayatnya...Siapa Perlaku?...memang betul-betul syaitan siapa yang buat ni, waras ke jika sanggup bakar budak 5 tahun...Nauzubillah...:(

Aku harapkan moga si pelaku mendapat balasan yang setimpalnya dari Allah swt...

Takziah buat keluarga adik Nurul Nadirah , moga tabah menerima semua dugaan Allah...
Al-Fatihah buat adik...yang pasti Adik Nurul Nadirah pasti ke Syurga...:)

Wednesday 7 March 2012

(AFC CUP 2012~ FULL HIGHLIGHT) : TERENGGANU FA [1] VS [0] SONG LAM NGHE ...

Highlights perlawanan pertama Terengganu dalam liga AFC , menentang Song Lam Nghe An Fc(kelab vietnam)...Terengganu menang hasil jaringan Manaf Mamat...

Layan-layan...



Yeah !! Ganu kiter menang!! teruskan perjuangan...Peteh Ganu Peteh...:)

Filem Hantu???...Bosan la...

First aku tulis ini bukannya nak condemn mana-mana pihak tapi aku sekadar menyampaikan apa selera penonton wayang sekarang...Sedar atau tak sedar dah tahun kita berada dalam dunia berhantu...Maksud aku kat sini dengan lambakan filem-filem melayu yang bergenre seram(hantu)...Aku dah muak la dengan cerita-cerita Hantu ni...Hantu pun sekarang tanpa segan dilu dan bangganya bile watak-watak mereka dilakonkan...hahax...

Aku ada la tgk dua filem hantu yang terbaru yang bergenre seram komedi...dan..................memang agak mengecewakan aku bila aku rasa memang tak berbaloi buang masa 1jam setengah layan filem tu...(xyah nak sebut name filem)...hehe...nanti kena bang !!!  faham2 sendiri la yeee...Filem tu memang dah macam memperbodohkan penonton je dengan watak2 yang memang tak logik dan plot cerita yang kurang menarik...

Aku pencinta filem-filem melayu...tapi banyak filem-filem melayu yang aku rasa sekadar bertempel di pawagam tanpa memberi apa-apa impak pada industri filem kita...!!!...yang aku tak boleh bla bile asyik2 filem yang keluar...bergenre seram je...Come on la !!! tak ada cerita lain ke nak buat...

Tapi tak semua la yang tak best je kan...Antara filem yang terbaru yang mendapat pengiktirafan dari luar adalah Filem Bunohan yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 8 march ini(esok)...jom la pakat kita gi serbu pawagam esok yeee...yang ni bukan cerita pasal hantu tau..hahax..


Layan thriller ni dulu...

Tuesday 6 March 2012

Diet untuk orang kurus ???

Sebut je DIET mesti orang fikir hanya untuk orang-orang yang mengalami masalah berat badan...Macam-macam la gelaran yang dibagi Gemuk ! Debab ! Badak ! ... byk la lagi yeee...tapi hakikat berdiet bukan hanya untuk yang berbadan besar yeee...Diet juga perlu pada orang yang kurus dan Mantap bodynyeee...Ingat!!! diet adalah sebahagiaan untuk hidup sihat dan ia patut menjadi amalan pada setiap dari kita...

Diet sihat ini bagus bagi sesiapa yang nak kurus...definisi diet itu adalah luas...diet untuk individu adalah berlainan mengikut keperluan badan dan berat masing-masing...Cara berdiet klik sini...
Bagi yang kurus jangan ingat boleh makan macam-macam, kalau terlalu kerap makan manis, anda juga berisiko menghidap kencing manis...Sebab itu diet sihat patut diamalkan untuk mendapat kesihatan kita yang termantap...

Contoh paling baik adalah dari Rasulullah s.a.w.  ...Rasulullah makan secara sederhana...Makan sebelum lapar, Berhenti sebelum kenyang...dan dari amalan pemakanan ini, Baginda tak pernah sakit selama bertahun-tahun...Aku Nak syorkan beli buku ini...dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran...karya Muhammad Azraie...


Entri ini aku buat untuk berpesan-pesan sesama kite dan juga untuk mengingati diri sendiri...jom la kita pakat2 berdiet sihat belaka untuk badan yang sihat untuk performance diri kita juga kan?...hehe...


Saturday 3 March 2012

Sexy Subaru BRZ [gambar]

Sexy ???...hihi...kereta pun sexy eik...sexy tang mana tu?...memang la dengan bodynya yang beralun dan tegap...Lampu Subaru BRZ ni juga garang, memang ada kesinambungan dengan bodynya...itu dari mata aku la...yang pasti kalau sebut je Subaru performance engine memang power dan xpernah mengecewakan...(macam dah test drive je tulis)...hahax...tapi memang aku percaya la pada kereta subaru, antara pengeluar kereta yang terbaik...

Layan la gambar-gambar ni dari mr.google...











sporty kan !!! ...Insyallah harap-harap dapat la menerjah jalan dengan Subaru BRZ ni...

2012 Honda CBR1000RR[new]

Honda pada ini mengeluarkan model CBR1000RR yang terbaru dengan skema warna yang lebih menarik dan memang mengancam jiwa peminat superbikes macam aku...:D

Meh nak citer sket...model CBR terbaru ni menggantikan dengan 'fairing' yang lebih baru dengan teknologi 'multilayer' untuk aerodinamik yang lebih baik semasa menunggang dan juga enjin yang lebih power untuk merempit dijalan raya...hehe..(amaran : merempit adalah salah !!!)

tulis banyak tak guna...jom tengok gambar-gambar ni :











kumpul duit la nok beli gok se !!!..hahax..

Gambar dari : Google
Sumber info : Sini