Wednesday, 7 March 2012

Filem Hantu???...Bosan la...

First aku tulis ini bukannya nak condemn mana-mana pihak tapi aku sekadar menyampaikan apa selera penonton wayang sekarang...Sedar atau tak sedar dah tahun kita berada dalam dunia berhantu...Maksud aku kat sini dengan lambakan filem-filem melayu yang bergenre seram(hantu)...Aku dah muak la dengan cerita-cerita Hantu ni...Hantu pun sekarang tanpa segan dilu dan bangganya bile watak-watak mereka dilakonkan...hahax...

Aku ada la tgk dua filem hantu yang terbaru yang bergenre seram komedi...dan..................memang agak mengecewakan aku bila aku rasa memang tak berbaloi buang masa 1jam setengah layan filem tu...(xyah nak sebut name filem)...hehe...nanti kena bang !!!  faham2 sendiri la yeee...Filem tu memang dah macam memperbodohkan penonton je dengan watak2 yang memang tak logik dan plot cerita yang kurang menarik...

Aku pencinta filem-filem melayu...tapi banyak filem-filem melayu yang aku rasa sekadar bertempel di pawagam tanpa memberi apa-apa impak pada industri filem kita...!!!...yang aku tak boleh bla bile asyik2 filem yang keluar...bergenre seram je...Come on la !!! tak ada cerita lain ke nak buat...

Tapi tak semua la yang tak best je kan...Antara filem yang terbaru yang mendapat pengiktirafan dari luar adalah Filem Bunohan yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 8 march ini(esok)...jom la pakat kita gi serbu pawagam esok yeee...yang ni bukan cerita pasal hantu tau..hahax..


Layan thriller ni dulu...

Post a Comment