Monday, 19 March 2012

Filem Bunohan ada nilai tersendiri


Aku tengok filem Bunohan hari sabtu baru ni (17hb march 2012)...tayangan bermula pada 11.30am, tapi tak best sikit sebab kena rm12 sorang...hehe..ingat dalam rm8 untuk tayangan pagi tapi tak tahu plak yang hari cuti harga lain, katanya akak kaunter tu " sistem baru plok lenin".....lupakan pasal harga tiket...

Filem Bunohan ni pada aku memang best dari segi aksinya menjadi dan tak nampak janggal la...jalan cerita pun okay, memang lari dari kebiasaan cerita2 melayu sekarang yang berkonsepkan cerita untuk diamati dan membawa kita berfikir sejenak...Filem ni memang ada nilai estatikal...ada nilainya yang tersendiri...patut la banyak menang anugerah di luar negara...mungkin bagi yang tak minat genre cerita begini akan menilainya sebagai filem yang membosankan tapi tak la bosan sangat sebabnya ada juga jenaka sindiran yang boleh diterima akal...menggunakan dialeg kelantan sepenuhnya dalam filem ini...(ada sarikata bawah yeee)..so jangan risau kalau tak faham...hehe,...


Lakonan mantap Faizal husain,Zahiril adzim,Pekim,Hanafi Su dan ramai lagi memang menghidupkan filem ini dengan percakapan dialeg kelantan tak nampak janggal...Aksi zahiril adzim sebagai fighter muay thai pun memang nampak 'real' , dah macam profesional...berbaloi la beli tiket wayang...hehe...

Pada yang belum tengok tu, silalah ke pawagam berhampiran yang pasti bukan filem ber'genre' Hantu...hehe...

Post a Comment