Wednesday 10 August 2011

Bangun Bangun Sahur ooiii !!!

Aku baru lepas je sahur tadi...hari ini sengaja nk try sahur awal sambil2 menikmati keindahan tengah malam di tepian pantai...cewah...hehe...Sahur awal atau lewat atas kehendak masing2 r yeee tapi yg paling afdal ialah melewatkan sahur...Banyak hikmah kita disuruh bersahur...Ingat !!! tiap2 sesuatu itu ada sebab2 dan hikmahnya....


 Renungan dari Hadis:

Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Nabi saw:
“Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Nabi bersabda:
“Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para malaikatNya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur.”
(Hadis Riwayat Ahmad) 

Antara hikmah bersahur:
1.memberi kekuatan kepada yang berpuasa
2.besar ertinya pada kita ialah sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat
3..hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga di penghujung malam menjelang subuh, satu saat yang amat mustajab untuk berdoa
4.memastikan agar kita dapat solat subuh di awal waktunya, satu amalan yang amat disukai.

Menurut sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:
“Bahawa Rasulullah saw melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mula terang. Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat, dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.”
(Riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

Sekadar hiasan

 Wallahua’lam…… 

 Sumber dari http://indahkhairani.wordpress.com/2009/09/04/hikmah-bangun-sahur/

No comments: